Assalamualaikum,
Ramai yang dah tahu apa itu Biodex? Tapi biarlah Yana selitkan sikit supaya siapa yang tak tahu, boleh tahu..
Tak banyak pun sikit aje..
Biodex adalah sejenis ubatan yang diyakini boleh membantu ibu2 yang bermasalah seperti sukar hamil, mudah keguguran atau penyakit2 yang menghalang kesuburan dan juga terdapat produk untuk para suami..
Produk Biodex merupakan kombinasi herba seperti manjakani,
kacip fatimah, madu serta digabungkan dengan bahan lain
seperti klorofil, spirulina, bijirin, perubatan sinseh,
ayurveda dan perubatan Islam.
Formula tersebut dibuat dalam bentuk pemakanan
dan minuman, perlu diambil setiap hari.
Rangkaian produk PKB terbukti berkesan untuk membantu
meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita, menstabilkan hormon,
menguatkan rahim serta dan menurunkan berat badan.
Produk bagi Program Kehamilan Biodex (PKB) ini perlu diambil
dengan cara yang betul mengikut masalah anda hadapi.
Lain orang lain punca masalah dan ada cara pengambilannya.
Pastikan anda membeli dari Stokist yang boleh memberikan
khidmat runding untuk memastikan wang yang anda keluarkan
tidak sia-sia tanpa nasihat yang betul.
Syikin sendiri telah menghadiri Seminar PKB
yang dianjurkan oleh pihak Biodex dan telah pelajari cara
penggunaan PKB yang betul dan Insya Allah akan
memberikan panduan pada customer yang membeli dari Syikin
Sedikit Info tentang masalah mendapat zuriat..
Untuk pada yg telah berumahtangga lebih dari
setahun dan masih gagal mendapat zuriat,
saya cadangkan anda membuat pemeriksaan
dari pakar sakit puan untuk memastikan tahap
kesuburan dan mengenalpasti punca anda belum hamil.
Setelah masalah anda dikenalpasti, baru kita boleh cadangkan
produk yg sesuai.
copypaste dari : biodex.blogspot.com
Macam Yana, sebab dah dua kali keguguran Yana terperdaya
juga membeli produk Biodex ni, harga boleh tahan mahal nya..
Yana beli
1) Tight La'Honey
fungsinya -
Madu lebah asli dengan ekstrak herba yang berfungsi untuk
mencegah bau, mengawal lendir
dan lelehan, membuang angin dalam perut, senggugut serta
menguatkan otot rahim.
Mencegah bau yang tidak diingini.
Mengawal lendir dan lelehan.
Membantu mencegah barah payudara dan barah rahim.
Menguatkan otot-otot rahim.
Membersihkan lelehan haid dan nifas.
Membuang angin dalam perut, senggugut serta sangat baik bagi
mereka yang mempunyai penyakit kelamin.
Sangat digalakkan pengambilannya bagi wanita yang mengalami
tempoh haid yang lama dan kitaran haid yang terlalu pendek.
2) SupreMix
fungsinya -
Khasiat yang terbukti membantu mempercepatkan kehamilan.
Membantu meningkatkan penyerapan nutrien yang penting
Mengandungi kesemua enzim, mineral, zat dan vitamin yang
diperlukan.
Sumber Protein dan Vitamin E yang boleh mencegah risiko
keguguran kerana kelebihannya yang memelihara kesihatan
rahim dan plasenta.
Mengurangkan alahan, serta membantu pembentukan kulit bayi
yang cantik,halus dan cerah. Membantu mengurangkan
kesembapan kaki dan tangan serta mengawal berat badan di
samping memelihara kandungan membesar mengikut jadual.
Membantu untuk meningkatkan kualiti
air mani bagi lelaki dan menguatkan sistem badan
3) Liquid Manja Prune
fungsinya -
Mengandungi Manjakani, Kurma, Spirulina, Prune dan Klorofil yang
membantu menguatkan imunisasi badan, menguatkan rahim dan
melancarkan peredaran darah. Sangat sesuai untuk yang sering
mengalami sengugut atau mudah keguguran.
Tapi, untuk menjimatkan kos,
Yana hanya cuba makan Tight La'Honey
dulu untuk membuang segala lebihan
lendir / darah / atau sebarang kotoran dari rahim.
Yana start makan pada hari ke 22 selepas
pantang iaitu 2.6 haritu dan nampak nya setiap
hari bermula hari ke3 Yana makan TLH tu,
ada keluar macam pink spot, takde sakit pun,
rasa nya itulah lebihan darah yang dibersihkan
dari dinding rahim Yana. dan sepatutnya kena
makan 2x sehari, pagi dan malam tapi Yana
makan malam sahaja sebelum tido.
Yang bagusnya, tido Yana jadi lebih
lena dari sebelum ni..
Untuk suami pula, Yana belikan
SkyHerbs Honey
fungsinya -
Membantu meningkatkan kualiti sperma lelaki kerana
kandungan BioFlavonoid dan Saponins di dalam Skyherbs
melebihi Ginseng, Tongkat Ali, Ubi Jaga dan lain-lain herba.
Mampu membuka saluran darah hingga yang paling luas.
(membantu zakar yang terdiri dari saluran rerambut darah yang kecil)
Yana plan habiskan dulu TLH ni, lepastu baru ambil
SupreMix dan
Liquid Prune.
Insyaallah mana tahu kalau ada rezeki kan, rahim Yana kembali
pulih dan kami dapat
menimang anak tahun depan... hehee,
4 comments:
biodex ni bagus ek.. ramai gak akka dgr org guna menjadi... :-)
tulah, harap2 nya ada lah rezeki kami nanti.. wat masa ni, HEALING PROCESS dulu .. :)
Hai tight la honey boleh hamil ke?
Hai tight la honey boleh hamil ke?
Post a Comment