Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 10, 2012

Celoteh Yana : Part 6 - Sebulan

Asssalamualaikum, 

Hari ni genap sebulan pemergian
kandungan kedua saya.. 


Ticker dah saya letakkan di bahagian
bawah header, untuk rujukan dan kenangan 
aya di masa akan datang.


Setelah dua kali keguguran, Yana tetap berhasrat
nak mengandung lagi. Tak pernah padam,
tak pernah lupus dari ingatan. Menjadi impian setiap
hari, tapi kan sekarang Yana kena rehatkan
rahim dulu..
At least, biarlah 3 bulan. 
Dan banyak langkah2 yang Yana dah rancang
nak ambil untuk membantu Yana mengandung
dengan lebih sihat pada masa akan datang..


Jom baca apa rancangan Yana :-


1) dah mula minum jus kurma setiap pagi
dan malam (untuk meningkatkan kesihatan)


2) lebihkan minum air masak.. 


3) sentiasa berfikiran positif dan ceria...


4) Asingkan kucing ke dalam sangkar,
tak benarkan mereka masuk bilik.. 
Boleh main di ruang tamu sahaja.
Sebab takut bulu atau bakteria melekat
di tempat2 yang tak mampu kita bersihkan
macam katil, bantal dan lain2.. 


5) Minta En.Suami bersihkan litter box / tandas kucing

6) Bersihkan diri sebersih bersih nya
selepas bermain dengan kucing
(saya guna LIFEBUOY :) )



Dan paling penting, Yana amalkan membaca
Al Quran selepas solat, setiap kali berdoa Yana
mohon Allah swt kurniakan
kami zuriat yang sihat dan soleh solehah.. 



Insyaallah, dengan izin Allah swt Yana 
pasti akan dapat lahirkan seorang
khalifah nanti ! :)

1 comment:

IntaNBerliaN said...

insyaAllah.. moga bila yana dah ada baby nanti akan jd ank yg soleh n solehah :-)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm