Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 7, 2012

Celoteh Yana : Part 5 - Majlis Sana Sini

Assalamualaikum, 


Minggu sudah 2 June,  ada 2 jemputan kahwin
yang saya hadiri,, 

1, jemputan dari seorang kawan semasa
sekolah rendah dekat je dengan rumah..
Jumpa kawan2 sekolah, memang seronok..


2, jemputan majlis perkahwinan juga dari
seorang saudara sebelah ibu, dekat FRIM,Kepong.
Tak pergi sebab banyak kerja, dan family saya
semua balik kampung. Ada kenduri juga majlis
perkahwinan sebelah bapa.. 


3 June pulak, abang ipar saya iaitu abang
En.Suami bertunang... nun jauh di area Pelabuhan Klang.
Phew, perjalanan yang panjang membuatkan
saya rasa penat sangat.. Kalah penat bersenam..
(ceh, padahal duduk je dalam kereta dan tertidur..
ye, saya tertidur kerana perjalanan memakan
masa lebih kurang 1 jam lebih !! )



Dan bila dah jumpa ramai orang tu,
mulalah soalan cepu mas keluar..




DAH ADA ISI KE??




BILA NAK BERTIGA??




BILA SARA NAK DAPAT ADIK SEDARA??



dan macam2 soalan berkaitan,
berbuih mulut saya ulang jawapan yang sama 


"BELUM ADA REZEKI LAGI"



tu pun masih ada yang kata
"CEPAT2 LAH YE"



Amboi, ingat buat harini keluar esok ke?? 
lagipun saya masih dalam tempoh berehat ...



Ada 2 bulan lagi sebelum saya boleh mula TTC...


sabarlah wahai hati, kesian saya kan... ;(

4 comments:

Nurul Aziz said...

Tu la kan, kalau dengar cakap orang memang stress. Huhu.. Takpe, takpe sabar ;) Insyallah, kalau ada rezeki tak kemana...

IntaNBerliaN said...

insyaAllah... akakdoakn moga dpt baby cpt..

tp skrg ni kne bg rahim tu rehat dulu..... bg dia kuat dulu... :-)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

ye, memang stress ! Kadang2 rasa malas nak berjumpa orang, tup2 dah keluar anak sorang baru muncul.hehehe
ye, insyaallah.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

terima kasih kak,

ye insyaallah dan bagi dia betul2 rehat dulu kan.

jeles sgt tengok orang lain ada baby ;)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm