Tuesday, June 5, 2012

Celoteh Yana : Part 4 - Bayi Kembar

Assalamualaikum, 




Yana tengah berangan ni, nak dapat bayi kembar pulak la lepas ni, cewah ingat senang lah dapat kan macam senang nya bercakap.. Takpe, orang kata cita2 kalau kita usahakan insyaallah jadi kenyataan. 


Tadi Yana cuba google cara2 nak dapat hamil bayi kembar, petua dapatkan bayi kembar macam2 lagi lah berkenaan kembar ni.. Jom sama2 kita tengok :)





Tips Mendapatkan Bayi Kembar

1. Sejarah keluarga
Apabila di dalam keluarga anda memiliki

sejarah kelahiran kembar, kemungkinan
Anda juga akan dapat anak kembar 
berdasarkan faktor keturunan atau genetik.



2. Gemuk atau berat badan berlebih
Sebuah penelitian yang dimuat di 

American College of Obstetrics and Gynecology, menunjukkan hubungan yang erat 
antara kecenderungan kelahiran kembar 
dengan naiknya kasus obesitas.



Menurut penelitian, ibu dengan

Body Mass Index (BMI) lebih dari 30, 
berpeluang mengandung anak kembar. 
Tapi statistik ini hanya berlaku bagi 
pasangan dengan sejarah keluarga kelahiran kembar.



3. Hamil di usia tua
Wanita yang hamil di usia tua, 

memiliki kemungkinan untuk melahirkan bayi kembar, karena pada usia tersebut diperkirakan 
produktivitas ovulasi akan tinggi seiring 
usia biologis yang juga bergerak cepat. 
Sekitar 17% wanita yang hamil di atas 
45 tahun, berpeluang mengandung anak kembar.
Sayangnya, semua tahu mengandung 

di usia tua sangat berisiko, dari keguguran hingga meningkatnya kadar gula selama hamil.



4. Konsumsi umbi-umbian dan susu
Belum lama ini penelitian yang dilakukan

 di Amerika Serikat, membuktikan bahwa 
jenis umbi-umbian, seperti ubi, kentang 
dan susu dapat meningkatkan ovulasi 
pada sel telur sehingga membuka 
kemungkinan seseorang mendapatkan anak kembar.

Salah satu buktinya, etnis Yoruba 

di Afrika Barat yang penduduknya sebagian besar mengkonsumsi umbi-umbian, terkenal 
sebagai negara dengan kelahiran kembar 
tertinggi di dunia. Diyakini bahwa umbi-umbian 
memiliki zat kimia yang memicu terjadinya hiperovulasi.

Sedangkan penelitian di tahun 2006 

lalu memperlihatkan, wanita yang mengkonsumsi
 susu lebih banyak, cenderung memiliki 
kemungkinan besar untuk mengandung anak kembar.



5. Fertilitas
Jaman sekarang Program teknologi 

reproduksi sudah demikian pesat. 
Dengan menyuntikan hormon tertentu dan 
melakukan terapi fertilitas, seorang wanita
 dimungkinkan melahirkan bayi kembar.



6. Sering melahirkan
Semakin banyak anak yang telah 

Anda miliki, kemungkinan mengalami 
kehamilan kembar juga semakin besar. 
Namun tak ada yang bisa memastikan pada 
kehamilan ke berapa terjadi kehamilan kembar.



7. Hamil saat masih menyusui
Banyak yang beranggapan, saat menyusui, 

seorang wanita tidak dapat hamil. 
Tetapi proses laktasi saat menyusui 
menjaga ibu tetap berovulasi dan 
mengalami menstruasi.



8. Sedang beruntung
Tak sedikit kasus kelahiran kembar yang 

justru menggambarkan kriteria umum di atas, 
serta tak dapat diketahui penyebabnya. 
Kembar identik (monozigot twin) yang
 banyak terjadi pun, hingga kini penyebabnya 
masih misterius. Tak ada yang bisa 
meramalkan, kapan dan bagaimana 
sebuah sel telur akan memecahkan diri 
menjadi dua janin.


(maaf, bahasa Indonesia pulak... Kopipes dari blog lain)








JENIS - JENIS KEMBAR



1. Kembar seiras (Monozygotic)

Pembentukan anak kembar seiras terja
di

apabila satu embrio 
membahagi kepada dua embrio
yang berasingan pada peringkat
 awal perkembangan embrio. 
Kedua-dua embrio ini akan 
berkembang dan membentuk dua fetus 
berasingan di dalam 
uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang 
berada di dalam uterus ibu 
mempunyai tali pusat sendiri tetapi 
berkongsi satu plasenta (uri). 
Oleh kerana kembar seiras berasal 
daripada satu embrio, 
maka hanya satu sperma dan satu ovum 
yang terlibat dalam 
persenyawaan untuk membentuk zigot. 
Ini menyebabkan kembar 
seiras serupa dari segi kandungan genetik 
dan sifat fizikalnya termasuk jantina.


2. Kembar tak seiras (Dizygotic)

Anak kembar tak seiras terjadi apabila 

dua ovum dibebaskan 
serentak semasa proses pengovulan. 
Setiap ovum ini disenyawakan 
oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. 
Kedua-dua zigot akan 
berkembang membentuk dua fetus 
yang masing-masing mempunyai 
plasenta dan tali pusatnya sendirl. 
Dua anak akan dilahirkan pada 
akhir tempoh kehamilan. 
Kedua dua anak ini tidak sama dari segi 
kandungan genetik kerana berasal daripada
dua ovum dan dua sperma 
yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua 
anak ini mungkin sama 
atau berbeza. Maka, kembar jenis ini 
disebut sebagai kembar tak seiras.


3. Kembar siam

Sekiranya pembahagian satu embrio 

berlaku dengan lengkap, 
maka anak kembar seiras terhasil. 
Walau bagaimanapun, 
kadangkala pembahagian embrio 
berlaku dengan tidak sempurna. 
Ini menyebabkan kedua-dua embrio 
masih terlekat antara satu
 sama lain pada bahagian tertentu. 
Dalam keadaan ini, kedua-dua 
embrio akan membentuk dua fetus 
yang masih terlekat pada 
bahagian kepala, dada, punggung, 
ataupun di bahagian perut. 
Anak kembar ini dikenali sebagai 
kembar siam. Biasanya kembar 
siam dikeluarkan dari uterus ibu 
melalui pembedahan. 
Kembar siam mungkin berkongsi 
satu jantung, otak atau organ lain. 
Pakar pembedahan boleh melakukan 
pembedahan ke atas kembar 
siam untuk memisahkan kedua-duanya. 
Namun, pembedahan seperti ini 
mempunyai risiko yang tinggi.




Ha, amik ! ingat senang nak dapat kembar lagi2
kalau takde sejarah dalam keluarga yang ada
beranak kembar ni.. Tapi macam Yana,
dalam keluarga bapa mertua, adik perempuan
dia adalah kembar tak seiras. Satu pasang jela pun,
tapi kami masih ada chance kan?? :)
Kira nya En.Suami la kena kerja lebih sikit,
sebab genetik tu datang dari keluarga dia.. 
Tapi rasa nya bab makan ubi ubian tu memang
ada kena mengena, sebab lebih kepada makanan
yang menyihatkan la.. Macam kita zaman sekarang
ada je makan ubi, tapi ubi kentang yang dah
diproses menjadi "french fries" dan digoreng oleh McD..
Urmm sedapnya kan, tapi tulah yang tak sihat.
Dengan minyak, garam ...errr, jauhkan lah ye
"junk food" kalau nak hamil secara sihat .. 





Phew, penat celoteh, jom tengok gambar baby kembar..
Kat Malaysia pun dah banyak baby kembar.. cute je tengok dorang pakai baju sama, seluar sama, main sama2, kerenah pun lebih kurang..














Comel comel semua nya.. Mana ada baby yang tak comel ?? hehe





Yang best nya, siapa ada anak kembar boleh join
kelab kembar tau !! Ibu bapa kembar
saling berhubung ceritakan kerenah anak2 kembar
diorang ni, mesti seronok kan.. 
Macam2 cerita boleh kongsi..



KLIK SINI : untuk laman web kelab kembar :)

6 comments:

IntaNBerliaN said...

akak xpnh terpikir nak kmbar sbb takut xleh handle.. hhuuhuu

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

eee, saya nak sangat !! org kata rezeki kembar ni lebih.. happy lebih, penat pun lebih !! hehee...
insyaallah, kalau dapat seorang pun bersyukur kan ;)

cikcoklat a.k.a Haiza said...

tringin jugak nk twins..hehehe,...tp xtaula blh handle ke x

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

mesti boleh punya, sebab kalau tak takkan Allah swt bagi rezeki twins kan..kalau dia tu kita tak boleh handle :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Bestnya kalau dapat baby kembar ....kawan saya ada dua orang yang dapat baby kembar ... :)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

yeke... orang kata kembar ni rezeki nya lebih murah, double happiness. Best kan. Tapi kalau dapat seorang pun syukur sangat2, rezeki juga :)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm