Thursday, June 21, 2012

Celoteh Yana : Part 15 - Update Biodex (3)

Assalamualaikum, 



Harini ialah hari terakhir Yana ambil
Tight La Honey iaitu salah satu produk Biodex
yang Yana dah mula pada 2/6 haritu.. 
(refer sini untuk entry Biodex 1)



Hasil dari mengambil TLH selama 20 hari ni,
Yana dapati ada keluar nya cecair berwarna
coklat cair pada hari ke 4 hingga hari ke 11
(refer sini untuk entry Biodex 2),
tapi masuk hari ke 15 terdapat sedikit darah, 
yang mana keluar nya tak kerap, mungkin sehari 
dalam 2 x sahaja. Dan kuantiti nya sedikit. 
Cuma pada hari semalam, 
Yana dapati terdapat darah dalam kuantiti
yang lebih banyak, dan Yana rasa ia adalah period. 



Walau macam mana pun,
Yana takde rasa sakit di bahagian ari2.. 



Jadi Yana akan teruskan dengan
Liquid Manja Prune pada esok hari, 


Liquid Manja Prune ni juga fungsinya
membantu menguatkan rahim.



Yana akan amalkan LMP dalam 24 hari
(setiap pek dijual 12 sachet,
jadi Yana cadang ambil 2minggu
ikut kesesuaian badan),
barulah Yana akan bertukar kepada
Supremix dan susu IGC sehingga lah
Yana melahirkan.
(cewah, cakap macam dah pregnant je) ..



Okay, Yana harap kawan2 doakan yang
Biodex ni dapat membantu Yana ye :) 



3 comments:

!k@ said...

insyaallah ika doakan harapan yana n hubby dimakbulkan allah.. :) amin..

IntaNBerliaN said...

InsyaAllah.. harap segalanya dipermudahkan.. :-)

take care..

anakinabalu said...

...gud luck :p

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm