Monday, June 22, 2015

Celoteh Yana : Part 216 - Lama Nya Tak Bersiaran

Assalamualaikum.... semua,




Lama nya tak jenguk blog.. Sejak Ngasuh ni memang banyak masa habis dekat budak2 je, ada masa free belek FB & whatsapp. Blog dah tak singgah. Macam2 cerita kawan2, ada yang dah mengandung, dah bersalin & ada jugak yang dah semakin berjaya dalam hidup. Alhamdulillah.


Kami? Masih macam ni juga, Syahir masih anak bujang ibu dia. Belum ada adik, belum ada tanda pun. hehe. Actually Yana masih tunggu period datang sebab lepas ambik suntikan perancang start Syahir umur 2 bulan, suntikan kali ke3 tu dah tak period (bulan 7) sampai sekarang. Yana dah stop perancang tu bulan 12 haritu yang terakhir. Ada jugak try makan Maajun dua bulan lepas, tapi tak jugaaaakkk period. Kawan suggest pergi klinik ambik ubat turun haid tapi tak pergi lagi sebab kekangan masa. Insha Allah nak pergi jugak dalam masa terdekat sebab rasa macam tak lengkap la tak de period. Sebagai perempuan seronok tau bila datang bulan sebab menandakan kita subur. Korang ada tips lain tak?? Atau pun apa2 produk korang pernah try yang lancarkan period


Dan teringin jugak nak mengandung lagi,, Seronok tengok kawan2 sebaya dah tambah ahli keluarga.
Terbaru ni Syahir demam, batuk & selsema tiga serangkai.. Bawak jugak pergi hospital malam kelmarin dapat ubat 3-4 botol jenuh nakbagi dia makan sebab dia dah pandai menolak sekarang. Tapi kesian kat dia bila makan ke minum susu ke mesti muntah sebab perut & badan tak sedap. Tu bawak jugak pergi hospital sebab ubat klinik sebelum tu tak jalan. Sekarang dah nampak okay sikit.. Dah tak demam. CUma masih ada batuk & selesema. Harap cepat lah sembuh tu.. Dia makin kurus sekarang taknak makan sangat, makan pilih2, ayam suka.. ikan kurang. Daging Yana jarang masak untuk dia sebab dia nanti poo dia keras. Tapi memang banyak bagi dia makan smoothie buah (buat sendiri) & buah segar. Tolong dia lawas sikit kan di samping dapat khasiat buah2 tu.









1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm