Wednesday, March 18, 2015

Celoteh Yana : Part 215 - Syahir Jalan2 Port Dickson

Assalamualaikum,



Bila nak pergi bercuti kena fikir tempat apa yang sesuai bawa anak kecik, kena fikirkan keselesaaan dan keselamatan anak. Kalau anak umur 12tahun ke bawah ni memang tempa2 yang sesuai ialah taman permainan, padang yang luas atau pun kawasan yang sesuai.


Kadang2 bula hujung minggu je memang pening nak pergi mana,end up kita pergi taman jela Syahir. Bawak bola sebijik atau pun bawak je dia pergi sana mesti ada macam2 benda dia bole main & tengok. Destinasi kegemaran kitorang dan paling dekat tentu la Taman Layang2, Kepong.


Tapi haritu kitorang lajak jauh sikit, sementelah Syahir dah besar sikit ni saja bawak dia mandi swimming pool & laut pulak, so ke PD lah kita. Kitorang pergi dengan family belah suami. 3 bijik kereta, sewa satu apartment 3 bilik dekat COCOBAY CONDO, PD. 1 malam berharga RM 180 cek in jam 2 ptg cek out jam 12tghri. Tapi kami extend masa cek out ke jam 6 ptg kena tambah RM 60 total nya RM 240. Apartment nya ok la, menghadap swimming pool memang senang & seronok la kan. Bukak sliding door jalan kaki sikit dah bole terjun. Cuma apartment ni tak bole masak ye. Ada satu lagi apartment kami biasa duduk di PD ialah KEMANG INDAH APARTMENT. Yang ni boleh masak. Tapi saja kami cuba COCOBAY pulak nak merasa.


Syahir dapat masuk swimming pool tak nak dah pakai pelampung sebab kaki dia boleh jejak dasar kolam tu. Kedalaman nya cuma 0.45m, berapa kali tenggelam timbul tak serik. Ntah banyak mana dah minum air kolam tu.. selamba je main air lagi. Kami yang risau.


Petang sikit kami jalan tepi pantai, tak jauh pun dari kawasan apartment. Kena naik kereta dalam 5minit dah sampai. Tepi pantai tu kan ada dataran, kat situ ada orang meniaga mainan kanak2, baju seluar pelampung macam2 lah. Syahir lagi berminat dengan kereta mainan yang bole sewa tu, dengan kuda2 yang bawak pelancing round dataran tu. Naik kereta kuda satu round RM 25 kau. . tak mampu mak. huhu. naik kat Titiwangsa baru RM 1 sorang dik. Tapi yela kawasan tarikan pelancong memang mahal sikit kan. Tapi macam mahal sangat rasa nya. Kereta mainan tu standard la sewa nya RM 5/10minit. Syahir bergaya atas motor mainan je, ibu tak belanja pun ssebba Syahir tak pandai lagi nak tekan minyak dan kawal sendiri.







Yang sronok nya jalan2 kat PD ni sekarang kerap dah bole nampak kapal terbang lalu atas kepala sejak KLIA2 dah bukak.. Mungkin laluan nya kat situ. kalau MAS terbang tinggi sikit nampak kecik je, AIRASIA punya nampak besar. Memang happy Syahir dapat tengok setipa 3minit tunjuk kapal terbang lintas atas kepala dia 

4 comments:

Allene typicalmommy said...

besar dah anak bujang ni

Fifi Nadhrah said...

kejap je syahir dah besarkan.. tak sabar tunggu ulwan besar..

Fifi Nadhrah said...

fifi singgah sini..

eMMe said...

Assalam Yana, pekabar? hehehe... akak dah mula keje ari ni.. ade update blog ari ni.. bos cuti, boleh la update, akak pun tak sangka dah anak 3, Alhamdulillah... pasni Shahir leh minta mama dia adik, nak friend katanya, hehehe... InshaAllah mane tau rezeki menambah pas ni... doa n usaha okey!

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm