Wednesday, September 11, 2013

Celoteh Yana : Part 164 - Perut Dah Turun..

Assalamualaikum,




hurm, sejak 2 menjak ni ramai yang tegur perut ni dah nampak turun nya. Dari mak, mertua, kawan hatta makcik kat kedai makan. Terharu mereka prihatin. Agak nya sebab tengok makyong ni jalan pun dah terhuyung hayang.. hehee..


Malam tadi tengah sedap tidur, tetiba En.Suami mintak selimut, Yana kalihkan badan je ke kanan, tetiba macam rasa cramp kat area ari2 tu. Cakap ngan En.Suami, perut orang sakit... Dia yang mamai2 terus separuh segar tanya macam2. Yana balas bukan sakit nak bersalin lagi cuma macam kejang je, dia tarik macam kejang kaki. memang sakit sampai En.Suami dengar Yana mengerang macam menangis.. Pastu bila dah rasa okay, sambung tidur balik. Alhamdulillah, lepas tu takde pape sampai sekarang. 


Kawan2 saing Yana semua dah selamat bersalin.. Ada yang bersalin 36w 5d, ada yang 37w.. Semua awal2 belaka.. 'dak kecik' ni je belum tau bila. nebes sangat dah ni.. huhuu. Dan insyaallah minggu ni terakhir kerja lepas tu cuti rehat dah. Memang tak larat dah sebenar nya nak kerja lagi2 bila time drive nak pergi atau balik kerja, 'dak kecik' suka sangat mengeras. Nak kata eksaited naik kereta ke, takut ke.. En.Suami kata sebab dia gayat.. huhuu. Tapi memang kadang2 tu boleh buat Yana berhenti tepi jalan nak pujuk dia jangan keras2. 


Mengakhiri entri, sekeping gambar perut 
makyong yang menunggu hari.....







9 comments:

Aeen said...

semoga segalanya dipermudahkan yeh yana...:)

Fiza Rahman said...

Good luck. Semoga dipermudahkan olehNYA.

QueeN TerataI said...

InsyaAllah xlama je lg tu.. moga Allah permudahkan segalanya yer.

Allene said...

semoga dipermudahkan...

Nastyna said...

DAh tak lama la ni kan dear.. hahaha I dulu pun selalu kejang2 kaki, papa JJ sekali tu melompat dari tidur capai baju cari kunci kereta ingat I nak beranak.

Ummiarissa Mahdi said...

dah nak sampai masa dah tu,bersabarlah...semoga dipermudahkanNya ye..banyak-banyak berdoa ye...

::EIDA:: said...

haaa dah besar dah... best best.... ape ape jgn lpe update sinii ;)

Mrs. Engineer said...

Due ble yana?semiga dipermudahkanNya

Kenari Putih said...

Mcm tu la keadaannya bila mengandung kan.. hujung2 kehamilan ni mmg mcm2 kita rasa, rasa xtau nak tidor mcm mana sbb perut pon kdg rajin mengeras..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm