Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 30, 2013

Celoteh Yana : Part 160 - Kemusykilan Yang Belum Terjawab

Assalamualaikum,




Bila dha masuk hujung2 kehamilan ni, 
mula lah otak asyik fikir pasal saat2 nak melahirkan 
nanti. Apa tanda nya, bila masa nya, sakit nya 
macam mana, apa nak buat bla bla bla... 
walaupun semua nya terletak hujung jari dengan 
kata BOLEH TANYA ENCIK GOOGLE saja, 
tapi kalau dapat jawapan dari orang mulut ke 
mulut seronok juga, berkongsi pengalaman dan cerita :)


Alkisah nya, sejak akhir2 ni Yana terfikir....... 
orang zaman sekarang kalau ditakdirkan 
TAK BOLEH bersalin normal, boleh melalui 
pembedahan. ada macam2 prosedur, nak pakai 
macam2 ubat. 

TAPI, macam mana dengan orang zaman dulu??? 
Yang mana bersalin menggunakan khidmat mak bidan. 
Yang diketahui hanya menggunakan 
alatan biasa : kain basah, besen, kain batik dll. 
Tak ada bius, tak ada forsep mahupun alatan bedah. 
Macam mana ibu2 zaman tu melahirkan anak 
andai kata memang tak boleh 
melahirkan normal. 
Adakah bayi tersebut dan ibu nya 
meninggal dunia akibat masalah tadi ? 
Takkan pula mak bidan kampung tadi ada
kepakaran melakukan pembedahan ?
Siapa ada jawapan ye..

LESS WORD : KEGILAAN APAKAH INI !




Kereta Kabel di Swiss-Alps

Duduk dalam boleh diterima lagi, 
tapi yang duduk belah atas tu ??? !!
ini di panggil MENEMPAH MAUT ! 
Seram tengok aih !

Thursday, August 29, 2013

Celoteh Yana : Part 159 - Kencing Kotor Ni !

Assalamualaikum,



Hiyark ! Baca tajuk pun dah tahu apa benda nya kan... 
Hurm, pagi tadi ada cek up LAST untuk batch 2 minggu 
sekali kat KKIA. Dan ingatkan takde masalah pape 
macam selalu, RUPA NYA kena urine infection. 
Cis, apa kono tah. Kata nya sebab kurang minum airrrrrr.. 
Ye, saya memang KURANG minum air pun. 
Sebab malas nak ulang alik ke tandas, yelah dah 
hujung2 mandong ni kan lagi kerap lah nak kencing 
sebab kepala baby dah turun ke bawah dan 
selalu tekan pundi kencing kita. Urm, malam tadi 
pun ada minum air teh ais, dan dari jam 
11 malam - 7 pagi ada dekat 10 kali pergi tandas. 
Hamek ko ! Langsung tak lena tidurrrrr... 


Kata misi, kena minum air masak banyak2, 
begitu juga kata doktor.. Ada bakteria dalam air 
kencing tadi. Doktor bagi ubat lawas kan kencing, 
dan datang semula minggu depan. Ye, minggu depan 
dah bermula sesi cek up SATU MINGGU SEKALI ! 
Fedap ooohh ! Ikutkan hati memang dah malas sangat 
nak berulang ke KKIA tu, sebab nak kena bangun 
awal pagi pastu menunggu giliran. Kadang2 datang 
awal pun tak semesti nya boleh siap awal. 


So, dapat lah ubat seperti dalam gambar di bawah,, 
kena minum 3 x sehari sebelum makan.. maybe 
setengah jam sebelum makan kot. Dan ulangan 
cek up pada 5.9.2013 Khamis depan... Hurm, 
harap2 masa tu takde apa dah sebab kalau masih 
kotor kena jumpa doktor pakar kat hospital 
Selayang pulak. Lagi leceh sebab sana biasa nya 
tunggu paling cepat dapat masuk 2 jam ! 
Doakan kitorang okeh :)



(gambar google jek)


TIPS DARI DOKTOR : 
Ambil air kencing yang tengah2 sebab yang 
 banyak bakteria....
Take note ibu2 sekalian :)

Monday, August 26, 2013

Celoteh Yana : Part 158 - Katil Bayi @ Playpen

Assalamualaikum,




Malas nya nak menulis.. hehehee. Sebab perut memanjang kekenyangan memenuhi undangan jemputan rumah terbuka. Yang tak boleh terima, pergi dengan perut lapar, balik pun perut lapar semula.Sebab apa? Sebab menghadap JEM di jalan raya.. Memang lari ikut mana pun akan jumpa baaaannnnyyyaaaakkk kereta. Apa boleh buat, semua orang pun dapat jemputan rumah terbuka kan. Sama2 lah kita kongsi jalan :)


Nak tanya kawan2 nih, Yana ada beli 1 katil bayi aka playpen untuk kegunaan 'dak kecik' nanti. Dalam pantang memang dah start nak letak dia dalam tu sampai dia taknak. Yelah, bukan semua budak suka duduk dalam ketil tu kan.. Yana beli sebab fikirkan nanti Yana pantang tidur atas katil single, mana nak selesa tidur berhimpit pulak nanti. Melainkan nak menyusu kan dia, memang angkat letak sebelah. Masa2 lain nak letak je dia dalam katil tu. Dan bila dah habis pantang nanti dah balik rumah semula, akan tidur katil kelamin takkan 'dak kecik' nak tidur sekali sebab KAMI mak ayah nya memang lasak ! Melainkan kerja nya nak mengempeng je kenalah fikir cara lain.. CUMA NYA , sekarang ni dah fikir lain pulak ! Sebab takut kan kalau kita tak letak baby tidur sebelah, kot nanti dia muak ke, dia sesak nafas ke, kita tak dapat alert secepat mungkin. Banyak kes SIDS ni dah berlaku kan.. 


So, apa pendapat kawan2 yang dah ada baby tu.. Korang letak dalam katil bayi ke (kalau ada) atau bawak tidur sebelah korang???


(gambar google)

Monday, August 19, 2013

Celoteh Yana : Part 157 - Di Kala Memasuki Usia 34 Minggu

Assalamualaikum,




Menginjak masuk usia 34 minggu usia 'dak kecik' 
duk dalam perut ibu dia... Alhamdulillah semua nya 
lancar je, dah start rasa BRAXTON HICKS dan sakit 
kaki bila banyak berjalan. Dan mood menulis semakin 
ke laut.... Tu pasal dah seminggu masuk kerja pun blog 
bersawang lagi, kemain malas nak update. Ditambah 
dengan card reader yang tak memberi kerjasama. 
Padahal dah bawak balik broadband, tapi di sebabkan 
kesibukan hari minggu memenuhi undangan jemputan 
berhari raya, ingatan nak update blog telah pun hilang. 
Harap nya minggu ni dapat catch up balik mood tu, 
walaupun seronok ber blog walking saja, tapi kalau 
dapat bebel sikit sebanyak kat sini pun syiok juga. 
Doakan lah cepat2 Yana tangkap balik mood yang 
degil dah lari jauh tu k.. 
Buat masa ni, tatap lah gambar raya pertama 
Yana & En.Suami, serta 'dak kecik' dalam perut :)



SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir & Batin !




Friday, August 2, 2013

Celoteh Yana : Part 156 - Tersenyum Sendiri :)

Assalamualaikum,







Hari ni, tersenyum sendiri baca status 
Facebook En.Suami .. 
sweet sangat ni ! 
Harap2 ke eksaited an En.Suami tu berkekalan 
hingga anak ke berapa pun, dan juga
hingga akhir hayat kami. Nak2 pulak anak 
dia ni laki, lagi lah dia seronok.. Agak nya 
tahun depan raya shopping barang anak dia je, 
baju mak nya ni turun lah bajet nya.. huhu


Apapun, doakan kelahiran 'dak kecik' 
dipermudahkan, lahir nya sihat walafiat, 
tanpa masalah & membesar menjadi anak 
yang baik & soleh. Insyaallah .. 



p/s : Tak ramai yang update blog harini, 
masing2 tak sabar nak cuti lah tu.. 
ntah2 ada yang dah sampai kampung ! >.<

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm