Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 19, 2013

Celoteh Yana : Part 174 - Perubahan Hidup

Assalamualaikum...



sejak dah ada anak ni memang masa peribadi
kurang sangat. Nak mandi makan semua kena cepat2.
Seronok nya kalau ada mak ayah kat rumah hari minggu
dapat la relaks sikit. Mak tolong mandikan atau ayah 
tengok2 kan syahir. Kalau hari biasa tinggal kami
berdua je kat rumah lepas adik yana gi sekolah.
Masa tu la yana dapat tido kalau syahir tdo.


Syahir ni plak dah pandai.. kalau takde orang sebelah dia
bila dia tjaga dia terus jerit macam kena cubit.
pernah sekali yana dalam toilet buang air besar tinggalkan
syahir masa tu tido.. tak sampai 5 saat dia dah jerit. 
Menggelupur selesaikan hajat pastu cepat2 gi tengok 
dia. Takde apa pun cuma dia saja je jerit. Bila yana
tepuk dah tdo balik.. 



Lagi satu bila ada anak ni hati selalu risau je..
yela malam2 kita susukan dia dalam mamai takut
juga dia tsedak ke.. muntah ke. Dahla sekarang ni hidung 
dia macam tersumbat dan ada kahak sikit.
 dah bawak gi klinik doc bagi ubat
spray hidung tu je.. yelah baby2 mana boleh 
makan ubat air ke pil ke kan.. 
dah cuba juga petua macam buh air kunyit kat batang hidung
letak vicks depan belakang badan etc.. belum nampak 
hasil nak sembuh lagi. Nasib baik tak demam.. 
kesian tengok dia susah bernafas.
Macam pagi tadi jam 6 tiba2 dia bangun nangis jerit terus..
terkejut kitorang laki bini yelah kot dia tsedak ke apa ke
rupa nya sebab hidung sumbat. 
Harap2 dijauhkan dari perkara buruk.



Any tips tak geng ??





(Muka budak hidung sumbat)



Friday, October 11, 2013

Celoteh Yana : Part 173 - Jaundis

Assalamualaikum....





Wah lama dah tak menulis kat sini. Sibuk berpantang, uruskan anak dan 
selesaikan kerja rumah... ye yana buat sendiri semua nya sejak mak dah mula kerja.
memang seronok ada anak kan tapi sikit penat la. Insyaallah bila dah betul2 sesuaikan diri nanti semua nya mesti macam petik jari kan ;)


Alhamdulillah luka operation haritu dah kering sepenuhnya.. minggu ni baru yana berani nak mandi beria basahkan badan. Sebelum tu mandi lap2 je.. takut luka tu basah dan lain jadi nya nanti. Badan dah rasa kuat sikit.. kira nya 2 minggu pertama memang mencabar la nak jaga macam2. Sekarang jaga makan dan jangan angkat berat2 je..


Balik pada tajuk.. ye Syahir kena jaundis bila balik je rumah hari Jumaat tu. Sabtu pagi nurse klinik datang cek ibu dan anak so dia cakap baby kena jaundia. Minta cepat2 bawa ke klinik hari tu juga untuk ambil sampel darah dan tau bacaan nya berapa. Mak dan ayah yang pergi bawa baby... bacaan hari sabtu 222. Nurse galakkan beri banyak2 susu badan dan elak makan lada hitam dan halia. Isnin kena ambil darah lagi.

pagi isnin mak dan baba Syahir yang bawa dia ke klinik... mengejutkan bacaan dah jadi 307.8 !! Syahir kena pergi hospital dan ditahan.. yana ikut sekali untuk susu badan.
sampai hospital baby kena tahan NICU untuk rawatan selanjut nya.. darah di ambil lagi.
kali ni bacaan 348.. terus kena duduk bawah double mesin fototerapi. Sedih nya hati ibu
tebgok baby nangis2 tak selesa... yana pam2 susu tapi tak berapa banyak sbb stress tengok baby camtu. Sakit bersalinkan dia tak hilang lagi dah kena uji... 

malam tu yana tidur hospital juga.. setiap 2jam pergi tengok baby. Mujur boleh susukan guna botol.. Langsung tak selesa nak tidur dengan luka jahitan rasa berdenyut sebab terlalu banyak bergerak..

esok pagi darah di ambil lagi... bacaan turun 230. pihak hospital mahu kan bacaan bawah 289 jadi kami boleh balik hari tu (selasa). Syukur sangat2...




Syahir kena jemur bawah double foto machine... kesian dia

Thursday, October 10, 2013

Celoteh Yana : Part 172 - My Breastfeeding Journey

Assalamualaikum...




sebelum bersalin dari 7 bulan mengandung lagi yana dah kerap picit2 breast ada je susu keluar sikit2. Bila dah bersalin setitis pun takde. Baby dah nangis2 nak susu tapi ibu nya takde susu. Memang stress last2 baba nya tak sanggup tengok anak menangis dia beli susu formula. Jadi susu pertama syahir ialah susu enfalac a+ tu. Memang sedih tapi dari pada dia kelaparan. Tambahan luka ceaser yang masih baru memang nekad je la bagi dia susu formula.


Dalam pada tu yana pam juga.. setitik setitik susu keluar yana kumpul masukkan dalam botol dan rasa nya syahir dapat juga kolostrum tu. Yana susukan syahir curi2 yelah dekat hospital mana boleh bagi botol kan.. dorang paksa jugak susu badan.


Bila dah balik rumah dah berurut baru lah susu jadi meriah.. alhamdulillah syahir dapat menyusu susu ibu sepenuh nya start dari hari selasa 1.10... yana masih pam dan masuk botol akibat puting yang tenggelam dan leper.tapi yana dapat solution kelmarin guna nipple shield dapatla syahir susu direct dari breast...  walaupon terpaksa melalui shield tu.
Insyaallah yana akan susu kan syahir susu badan selagi ada dan ada juga yana pam susu buat stok bekukan..











Wednesday, October 2, 2013

Celoteh Yana : Part 171 - Cerita Bersalin Saya

Assalamualaikum...
(Entri ditulis hari sabtu 29.9 .. akibat beberapa
masalah tak dapat di elak terpaksa tunda
dan sambung publish harini - rabu 2.10)



alhamdulillah yana & baby sihat je...
terima kasih atas ucapan tahniah kalian.


yana dah balik ke rumah semalam (jumaat) setelah 
5 hari berkampung kat hospital. Lega rasa nya dah tengok
rumah.. yana pantang kat rumah mak. Alhamdulillah beruntung 
masih ada mak kan.. pada yang dah takde mak mesti sedih kalau
kena berpantang sendiri. Kalau ada ibu mertua pun okay juga cuma
taklah sama macam mak sendiri..


okay.. mula cerita bersalin ye. 


Pagi 23.9 yana pergi klinik kesihatan dulu untuk cek dan dapat kam
surat rujuk doktor untuk bersalin. Selesai urusan dapat surat dalam
jam 2.30 sebab ramai orang dan terpaksa tunggu lepas lunch time baru
doktor free. Lepas dapat yana dan suami terus bergegas ke hospital.
masa tu eksaited sb dah bayang anak yang comel bakal 
dilahirkan tanpa memikirkan apa2 perkara buruk..


sampai hospital urusan daftar masuk semua yana dapat katil
dalam jam 6 ptg.. petang tu doc cek bukaan bawah. Dah 2cm kata nya.
tnggu la esok pagi kata nya masuk ubat induce. Esok pagi jam 7,
Doc datang seluk lagi. Bukaan 3cm makna nya ada progress so tak
payah masuk ubat ikut cara normal. Tunggu labour room kosong dorang
akan tolak yana masuk... dapat labour room jam 6 padi esok nya
25.9.2013. Nurse masukkan ubat berak kat bontot pastu suruh breakfast.
Lepas tu terus dorang tolak yana ke labour room.


dalam labour room, doc cek lagi bukaan. Masih 3cm
jadi mereka pecahkan air ketuban. Dan masukkan ubat induce
melalui air ke tangan. Yana masih boleh bergelak ketawa dengan suami
sampai jam 8pagi dah terasa sakit senggugut sikit.
jam 11.30 doc cek bukaan baru 4cm. Ubat induce di percepatkan..
sakit kian terasa pada jam 1 ptg.. perut memulas mulas..
jam 3.30 doc cek bukaan baru 6cm , ubat dicepatkan lagi
yana dah minta 1 suntikan pethadine untuk kurangkan sakit. Padahal
tak rasa kurang pun.. makin sakit ada la kesan induce..


jam 6ptg bukaan 6cm yana dah tak bertenaga langsung kesan ubat
dan kesakitan yang ada. Hanya allah yang tau.. jam 7 malam doc cek bukaan
8cm dia minta tunggu lagi padahal yana dah macam separuh sedar tahan sakit
jam 8mlm bukaan 9cm mereka suruh teran sebab jantung anak dah tak
menentu. Suami di sebelah meleleh air mata dah tengok isteri dia mengerang
macam dah hujung nyawa. Silih ganti mak yana dan suami temankan.


yana cuba teran sekuat hati tak berjaya.. kata mereka baby masih tingfi
belum turun laluan sepatut nya. Di paksa lagi teran teran dan teran..
sampai kena marah sebab kata mereka yana tak teran betul2 dan
tak dengr arahan.  bebel2 sorang nurse perempuan kat situ
macam kan kita ni taknak anak kita lahir..walhal menanggung
sakit separuh nyawa.


jam 8.30 mereka dapati baby langsung tak bergerak ke bawah
dan masih tinggi mereka suggest untuk bedah. Yana memang 10 minit
sebelum tu dah merengek minta suami bedah je sebab tak tahan
sangat sakit nya.. lepas tu doc setuju melihat keadaan genting
dorang siapkan yana untuk operation. Masa tu sakit menggila suami
kat sbelah dah pujuk supaya kuat takut kehilangan yana..


masuk OT doc cuba vakum pulak.. di sedut sedut nya dari lubang bawah
tu sampai yana rasa ya allah besar nya ujian untuk aku.. dalam hati
asyik berdoa supaya di permudahkan... istighfar banyak2 walaupon sakit menggila.
di sedut tak turun jugak yana di bedah. Lepas cucuk je ubat bius spinal nama nya
yana terus rasa lega. Sambil baring perut di bedah di godek godek ye terasa kiri
ke kanan perut di tolak. Terus terbayang video yang yana tengok..m
Senyum yana dengar suara baby nangis.. ya allah dah keluar anak aku.
lega rasa nya penderitaan tadi berakhir..
tak sampai 30mnt kot nurse datang tunjukkan baby.. yana ucap
assalamualaikum dan kiss baby.. pastu nurse tunjuk jantina nya.
dan dia di bawa pergi.. siap perut dijahit baby keluar dulu dan yana
dikuarantin untuk pemantauan kesan bius dalam sejam.


jam 12.30 yana dapat duduk di katil semula dan baby di serahkan.
masa tu belum terasa sakit operate sebab bius masih ada..
Tapi dapat tengok baby semua sakit hilang... esok pagi
baru tau. Ha azab juga nak jaga sakit operate
.. hehe... apapun syukur semua nya selamat walaupon yana
terpaksa lalui 2 pengalaman.. cuba bersalin normal setelah di induce
dan di bedah.. demi mu anak



Kami discharge pada 28.9 jumaat....




NAMA DIBERI : 
MUHAMMAD SYAHIR  NAQIUDDIN
BIN MOHD SYUAIB


Kesimpulan nya 13jam dalam labour room masih
belum bersalin dan 1 jam dalam OT selesai semua nya


Nantikan cerita Syahir masuk wad nicu hari lahir ke 6 
akibat demam kuning... 

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm