Assalamualaikum...
Alhamdulillah Syahir dah merasa makan untuk pertama kali nya hari Sabtu lepas. Start dengan puri lobak, di blend halus. Dua tiga suap yang pertama makan lobak saja, lepas tu campur susu. Tu pon dia macam nak muntah. Huhu
Setakat ni, berak okay. Still sama macam masa minum susu saja. Seronok rupa nya bagi anak makan kan.. lagi2 kalau dia berselera. Tak sabar tunggu baby bullet sampai so boleh buat macam2 puri lagi.
Syahir dah tumbuh gigi pertama, gigi depan bawah. Haish cute ! Patut la dia asyik mengulum je sejak 2,3 hari lepas pastu tidur malam kadang2 terjaga sambil merengek. Tapi takde plak demam atau meragam teruk. Mana nak sangka nak tumbuh gigi kan.. eksaited tengok gigi pertama dia.. amik gambar banyak2. Anak pertama semua benda jadi ghairah kan..
Pada yang nak order tart nenas, boleh whatsapp Yana ye @ 014 6213262. Tart di bakar stiap hari :)
Tuesday, March 4, 2014
Saturday, March 1, 2014
Celoteh Yana : Part 190 - Syahir 5 bulan, Nak Bagi Makan
Assalamualaikum...
25.2 hari tu Syahir dah masuk 5 bulan, dah besar anak ibu..
Makin bijak. Makin banyak ragam. Makin buat ibu sayang dan belajar apa
erti menjadi seorang ibu. Menjadikan ibu seorang wanita yang lengkap....
Berta terbaru 8.3kg, tinggi 59cm. Alhamdulillah.
Syahir dah boleh meniarap sejak 4 bulan, sekarang dah pandai
meniarap pastu roll over balik membuatkan ibu semakin risau nak
tinggalkan lama2 sorang2 atas katil..
Dah pandai kumat kamit mulut tu macam hisap makanan, masa
minum susu pun camtu. Nyonyot macam makan pulak padahal minum je..
So ibu decide nak start bagi Syahir makan dalam masa seminggu dua lagi.
Nak start dengan puree buah dulu. Dah 6 bulan plus baru nak
campur dengan bubur.
Tapi biasa lah mak2 kan. Mesti nak beli sesuatu untuk kegunaan
anak kan.
So Yana dah pun beli set BABY BULLET dekat Groupon, murah tau.
RM 99 sekali delivery. Sebelum ni kan yana ada share pasal deal tu
jugak tapi RM 138. Yang ni murah berbaloiiiii...
Bila ada tools ni lagi semangat tak sabar nak tengok dia makan,
mesti comel dengan mulut kumat kamit. takpe nanti Yana
share kan ye moment tu..
kalau korang nak beli jugak, ni link nya :
Deals tamat dalam masa 9 hari lagi ye.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)
1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)
2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)
"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)
NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)
DEC : 16.12.2012
3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm