Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 15, 2014

Celoteh Yana : Part 198 - Macam2 Kerenah Syahir

Assalamualaikum..



Alhamdulillah dah masuk hari ke 17 kita berpuasa. Kurang dua minggu dah raya..  macam mana persiapan semua? Mesti tengah sakan shopping lagi kan. Nak2 yang ada anak kecik.. selagi ada duit tak puas round kedai.


Bulan puasa kali ni kurang mencabar sebab Yana dah tak keja kan. Duduk rumah dengan Syahir yang baru lasak sikit ni masih lagi cukup tenaga. Tahun depan tatau la pulak kan. Haha.


Syahir dah start nak belajat jalan, tolak kerusi meja makan tawaf ruang tamu. Tak kurang jugak panjat sana sini.
Seronok tengok dia membesar depan mata. Alhamdulillah Allah swt bagi peluang jaga anak sendiri.


Antara aktiviti Syahir kat rumah :-


Tolong 'kemas' rak ibu..


Belek2 oven ibu..


Mensopankan diri main toys


Cubaan menjadi plumber ..


Ha.. tu la antara kerja dia kat rumah. 
Sambil explore sambil belajar. Asalkan tak bahaya ibu okay je..


SELAMAT BERPUASA & BERBUKA
KAWAN- KAWAN..



Thursday, July 3, 2014

Celoteh Yana : Part 197 - Siapa Makan Cili Terasa Pedasnya

Assalamualaikum...



Pepatah ada mengatakan, siapa makan cili terasa pedasnya. Begitu jugak Syahir.. heheh.

Iye, Syahir dah termakan cili potong ..
Kejadian sebelum puasa ritu, Yana sibuk kat dapur sediakan makan malam untuk Baba Syahir.. Syahir ni main kat ruang tamu. Dalam pada potong cili nak dijadikan cili kicap, terlantun plk spotong kecik .. Yana tengok lantai tak nampak plk mana cili tu jatuh so biarkan jela. Dalam fikiran takpe siap makan nanti sapu la.


Siap je makan Yana basuh pinggan.. datang la Syahir. Dia mmg suka main kat dapur, gobok (almari) kecik tu habis dia selongkar. Tiba2 dia berpaut belakang Yana sambil merengek. Yana wat dek jela.. sebab dia memang suka kacau gitu. Tapi masa tu lain macam plk mrengek nya.. Yana toleh belakang nampak ada biji cili kat bibir dia !
Terus gelupur angkat Syahir yang masa tu dah merah muka dia, lalukan air sinki kat mulu dia pastu korek nak cari cili tu. Last2 dapat gak. Syahir masih lagi mrengek, tak nangis.. cepat2 Yana bagi gula la, madu la, ais batu, air kosong.. panik jugak kitorang laki bini.


Elok je Syahir dah lega kitorang tgelak gak la .. dia suka sangat kutip sana kutip sini last2 dapat makan cili. Tapi tak jadi pengajaran pon, dia masih kutip dan masuk mulut.. apa je yang dia pegang. Yela besar ni apa je dorang faham kan.. kita sebagai parents la kena alert. So, hari tu jadi pengajaran untuk kami semua.


Budak yg dah makan cili, tapi semalam 
breakfast roti n epal potong..
Mat saleh style ! ^.^

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm