Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 13, 2014

Celoteh Yana : Part 200 - Kidzoona @ Aeon Au2, Setiawangsa

Assalamualaikun...



Semalam kebetulan anak asuhan tu cuti, Yana ambik peluang bawak Syahir jalan2. Seronok jalan2 hari biasa, kurang sesak. Lagipon bulan2 Syawal ni penuh jemputan rumah terbuka Sabtu Ahad taknak la ketinggalan kan.


So, ke Kidzoona lah kita. Yana ajak kakak ipar bawak anak dia join sekali.. Sara 3tahun, Sofia 2bulan. Kami naik lain2 kereta sebab Yana dari Damansara dia dari Gombak. Deal junpa kat sana je. Kebetulan waktu kami sampai sama lbh kurg jam 3ptg, parking pun dekat2 je.


Kidzoona ni macam Kidzania tapi dalam bentuk yang lebih kecil n simple. Sesuai dengan harga tiket masuk nya : rm6 (weekday), rm12 (weekend) tiada had masa.. Budak bawah 12tahun sahaja.. dan perlu pengawasan orang dewasa.


Dari luar Syahir dah tak tentu arah nak masuk dalam.. iye, Syahir dah lasak. Aktif dan dengan harapan ibu dapat kuruskan badan. Hahaha



Suasana dalam Kidzoona.. luas dan selamat utk anak seawal usia 6bulan









Macam2 Syahir buat dalam Kidzoona ni, ada video tapi besar sangat saiz nya..


Lepas dah puas main, kami keluar jam 5.30ptg.. sibggah Mr.Diy yang letak nya sebelah Kidzoona ni.. dan Syahir yang kepenatan dan kepuasan main tertido. Tapi gambar selepas keluar Kidzoona takde sebab bateri fon kingKONg !


Yang ada pun gambar kekazen ni berposing depan pintu Aeon ..
Dari fon kakak ipar 


Syahir pon kengkonon nak buat peace.. huhuu.. 


Kesimpulannya, bagus jugak kalau mak2 pak2 yang nak anak luangkan masa beraktiviti lagi2 kalau hari hujan tak dapat bawak main taman luar bolehla bawak anak datang sini. 
Spend rm6 tiada had masa anak enjoy sampai penat !





Tuesday, August 5, 2014

Celoteh Yana : Part 199 - Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum...


Dah seminggu lebih kita sambut Syawal, Alhamdulillah tahun ni kami dapat balik beraya kedua dua belah kampung.


Start bercuti hari Ahad last puasa, kami balik Perak (Ipoh & Kuala Kangsar) sebelah Yana, Rabu petang balik Damansara tinggal apa yang patut jalan semula nak balik Seremban pulak (Lenggeng) sebelah suami. En.Suami cuti seminggu puas la kami beraya..


Gambar tak banyak sebab tak pegang fon, dan pulak melayan tetamu. Bila dah malam penat tidur jela.. huhu.



Gambar raya pertama





Gambar Syahir raya kedua


Gambar jalan2 raya kat Seremban
(PALM MALL)
Siapa pernah pergi, sep !! 


Sampai rumah , Sabtu malam minggu esoknya kena masak sedara nak datang pulak.. takde rehat la kira nya.

Isnin semalam dah start mengasuh budak, Yana baru jaga sorang lelaki 3tahun. Awal tahun depan adik nya lepas pantang pulak masuk. 
Alhamdulillah rasa nya ni kerja paling mudah Yana boleh buat sambil jaga Syahir depan mata. 
Semoga Allah swt terus beri kekuatan




Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm