Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 28, 2014

Celoteh Yana : Part 209 - Ekspo Baby Midvalley 21-23.11.2014

Assalamualaikum...



Ekspo baby midvalley baru2 ni Yana pergi hari Jumaat, 21hb. Pergi n Syahir & adik perempuan. Kitorang sampai awal dalam 9.45 pg sebab keluar rumah jam 9 pg semata taknak berebut dengan orang lain. So sempat la capture & rasa moment beratur depan pintu besar hall :)


Alhamdulillah dapat grab Pampers Day Pant PetPet offer 4pack @ rm120. Memang murah rasa nya sebab biasa beli kat Manjaku pun biasa dapat rm35.90, Econsave rm34.90 ..  kalau Tesco rm38.90. Sekarang memang Syahir pakai pants je.. senang nak pakaikan sebab dia semakin aktif. Itupon bkejar jugak nak pakaikan.
Dan jugak belikan Syahir susu Enfalac A+ step 3 tu 600g rm42. Tak offer sgt pun saja je belikan Syahir sebab bercawan2 dia minum sample.. huhu



Lepastu ada la beli sikit2 baju budak brand Tollyjoy buat meniaga online.. 
Booth paling havic hari tu ialah Tommee Tippee sebab mmg sale habis. Murah2 semuanya.. sale smpi 80%.
Kitorang selesai shopping, lepak foodcourt isi perut dan terus balik. 




Friday, November 7, 2014

Celoteh Yana : Part 208 - Santai Syahir

Assalamualaikum...





Syahir yang santai kekenyangan
tersandar kat sofa sambil
tengok fav tv show dia hi5.


Harini Yana masak lauk ni je..
Alhamdulillah cukup kami anak
beranak. Sekarang Yana dah start ajar
Syahir makan makanan org dewasa.. 
Masak lemak, masak kicap tapi tak letak cili la takut dia sakit perut kan.
masih lagi selangkan dengan lauk
biasa dia, sup2 ringkas. Taknak
perut dia terkejut tiba2 makan macam2. 


### Yana nak letgo 2 item ni
kalau ada yg berkenan whatsapp Yana ye. 014 621 3262. Tq

Avent classic bottle 4oz x 3 pcs
2pcs used (puting 6m+)
1pc new (puting newborn)
RM 85 INC POSTAGE

Babylove Nursing Pillow new +
New cover
RM100 INC POSTAGE



Thursday, November 6, 2014

Celoteh Yana : Part 208 - Kami selepas setahun !

Assalamualaikum..



Gambar kiri dalam pantang, gambar kanan yg terbaru. Muka ibu dlm pantang sama je dgn tak pantang. Mata lobam gakkk ! Haha. Syahir dari kecik cenonet dah godang.. alhamdulillah. 


Semoga Allah swt panjang kan jodoh kami berdua hingga akhir hayat. Kalau boleh biarla sampai Syahir dah kerja, kawin n ada anak.. cewah jauh mengelamun. Amin amin amin.



Celoteh Yana : Part 207 - ooh akaun nuffnang ku !

Assalamualaikum..



Setelah berblogging macam chipsmore hampir dua tiga tahun ni, baru kini seronok sikit tengok akaun nuffnang. Ala yang semua orang dah merasa cek hasil blogging ni, Yana je baru terhegeh2 nak tengok jumlah nya bertambah. Itu pun hasil sokongan kengkawan blog yang tak pernah jemu jenguk sini. Walau pon sebulan takde update, ada gak tu yang belek entri sama. Rindu la tew hehe..


Banyaaaaakkkk iklan tengah ongoing. Walaupon masuk nye sen2 je paling banyak ringgit2, syukur juga sebab ntah pape je yang di bebelkan kat sininpun orang datang baca. Dan jugak tolong klik iklan. Ke iklan nya memang menarik untuk di klik. Bak kata omputih "cant resist" .


Tu hah income Yana tak bole cash oit pun lagi.. tak sabo rasa nya nak merasa income pertama. Korang mesti dah merasa banyak kali and banyak jumlah nya kan? Mesti ada yang bole shopping sakan hanya dengan duit blogging je. Alhamdulillah. Siapa nak bagi kan bebel2 dapat duit. Ni juga yang tambah semangat nak bebel lagi.


Ok lah, nanti dah boleh cash out dapat cek nye baru cite lagi. Sekarang biar dia beranak-ranak dulu kat situ .. daaaa

Wednesday, November 5, 2014

Celoteh Yana : Part 206 - Kuasa Cottonbud ^.^

Assalamualaikum...


Semalam saja je lepas Yana mandi petang , keluarkan pek cottonbud nak korek telinga yg basah.. yela tak selesa bila rasa berair je dalam telinga tu. Datang lak Syahir nak gak suh korek telinga dia. Siap cakap nak pastu tunjuk cottonbud.
Padahal baru je korek telinga dia minggu lepas. Tak elok korek selalu sebenar nya kan ..


So kita tak korek dalam pun, just gesel2 and pusing kan cottonbud tu kat hujung2 lubang telinga dia supaya dia khayal. Hasilnya ........ sangat memuaskan ! Hahaha

Waktu ni syahir memang dah mengantuk.. dah mandi dah minum susu.  Alasan dia jela mintak korek telinga tu haha..
macam2 pe el dia ni ^.^



Monday, November 3, 2014

Celoteh Yana : Part 205 - Kesiannya Blog Ni

Assalamualaikum..



Hai readersssss...
kesian betul blog picisan ni jarang2 dah di update. Sejak mengasuh anak orang ni, memang kurang dah dapat pegang fon. Kalau pegang pon lepas gian main game je. Bila bebudak ni dah balik, sambung plak buat kerja rumah nak jamu suami balik kerja. Hari minggu dah sibuk ke sana sini ada je hal nya..


Kat taman layang2, tunjuk layang2 
banyak bertebaran di udara..
taknak jalan, nak main rumput je

teman ibu n baba berkaraoke..
botol taknak lepas -.-

Jalan2 naik kereta hadiah birthday
setahun haritu.. seluar pun tak pakai


Moh kita update sikit pasal dak Syahir yang dah makin banyak akal ni..
Sejak dah boleh jalan ke hulu ke hilir dia jalan dalam rumah. Yang seronok nya kan dia dah faham kita cakap sikit2, selalu buli dia suruh pergi buat susu sendiri.. terkedek kedek la dia jalan gi dapo konon nak buat susu.. dah sampai depan rak susu termangu blur2 last2 datang depan balik ajak kita pergi dapo sama.


Fevret tv show dia hi5, kalau pasang hi5 tu memang macam2 kerja boleh siap sebab dia akan stay je depan tv tu sampai habis. Nak pulak pasang astro Pvr, lagi senang la keja sebab bole rekod setiap siri. Syahir pun dah pandai, setiap kali nak tengok hi5 dia akan ambik remote and pass kat kita. Bila dah tukar channel elok jela dia duk tengok tak gerak2 ..


Orang kata bila anak dah besar ni rindu bau baby.. ha ah memang sgt ! Tapi nasib baik la ada baby2 yang Yana jaga ni. Dapat gak la gomol2, cium2 n amik bau kepam dorang tu kan.. insyaallah budak2 ni di jaga macam anak sendiri.


Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm