Assalamualaikum..
Kehadiran Syahir dalam hidup kami memang dinantikan.. selapas 3tahun berkahwin Syahir dilahirkan. Alhamdulillah..
Walaupon Syahir lahir ikut tingkap (czer) dan sakit menunggu sembuh luka tu memang perit, tapi menatap wajah Syahir setiap hari dah cukup buat Yana lupa semua sakit tu. Melihat Syahir membesar setiap hari bagai memadam kan semua rasa duka yang pernah kami lalui.
Dan untuk pengetahuan semua, Syahir dilahirkan dengan ketumbuhan kecil dalam mata dipanggil demoit. Betul2 letak nya atas mata hitam, dan beberapa mm je jarak nya ketumbuhan tu dengan anak mata hitam kecil tu yang mana di situ la kita melihat..
Pada apointment pertama Syahir dengan pakar mata Hospital Selayang, diusia dia 3bulan.. doktor mengatakan yang kemungkinan Syahir akan mengalami masalah rabun, silau atau hilang sebelah penglihatan kalau ketumbuhan tu membesar dan menutup anak mata hitam tu. Kena buat pembedahan. Doktor buat check up guna kanta macam kita nak tempah cermin mata tu.. dan peratusan rabun dan silau nya tinggi. Masa tu Yana risau juga, tapi terus positifkan diri untuk redha dengan bahagian ujian Allah swt ni. Doktor beri surat rujukan untuk kami ke pakar mata HKL. Kata nya pakar mereka tak arif berkenaan kornea.
Umur Syahir 6 bulan apointment pertama kami dengan HKL. Sama juga rumusan nya.. kemungkinan rabun , kena pakai cermin mata dan pembedahan. Tapi masa akan menentukan semua nya. . Kami diberi appointment lagi umur Syahir setahun iaitu bulan September. Tapi ditunda kepada bulan Disember..
Disember tiba, Yana bertemankan En.Suami yang ambil cuti pergi la ke HKL.. dengan harapan menggunung ada sinar untuk kami. Syahir macam biasa, seronok dapat tawaf ruang luas.. orang dah dapat kaki ! Mana nak duduk diam dah.
Sampai masa jumpa doktor... kami masuk. Doktor macam biasa titiskan ubat untuk mengembangkan saraf kornea. Syahir tutup mata nya rapat2, berkali cuba baru dapat masuk ubat dengan baik.. kami di minta tunggu setengah jam baru masuk semula..
Lepas 30minit, doktor mula check.. Yana masuk sorang sebab ruang bilik doktor tak berapa mesra kalau masuk ramai2.. huhu. En.Suami kena tunggu luar ye jaga beg. Syahir memberontak tak bagi doktor usik dan buka kelopak mata nak tengok ketumbuhan tu. Puas kami cuba.. tak dapat jugak. Doktor guna kanta ujian tu ambik masa juga nak check power mata dia. Sebab tak duduk diam.. dalam 20minit baru dapat result. Ada penurunan kata doktor. Sebelum 400lbh, skarang 200 dan silau pun dah tak tinggi.. alhamdulillah. So dorang pas kepada doktor pakar sebenar, yang mana doktor ni mengesahkan Syahir tak perlu di bedah, tak perlu pakai cermin mata dan alhamdulillah ketumbuhan tu tak beri effect pada penglihatan dia buat masa ni. Lega sangat macam batu besar di alih dari bahu ni...
Appointment follow up sterus nya dijadualkan pada August 2015. Mohon doa kawan2 untuk Syahir ye.. smoga Syahir membesar dengan sihat.
Ni gambar Syahir yang bole nampak sikit ketumbuhan tu.. sebab kalau tengok biasa memang tak nampak.
Gambar ni di ambil masa Syahir tido
#Allah swt uji kami sikit je.. ada lagi orang yang melalui ujian lebih besar dan dahsyat..