Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 10, 2013

Celoteh Yana : Part 157 - Sakit Perut Sangat2 !!

Assalamualaikum,



Kelmarin (Sabtu) ada kenduri kahwin di Ampang. Sepupu sebelah ayah.. Majlis berlangsung meriah, tak hujan (alhamdulillah) dan lancar. Macam biasa, malam ada sesi buka hadiah oleh pengantin baru. Yana dan En.Suami turut serta, sibuk juga nak usha hadiah orang . eh taklah, nak meriahkan suasana lah.. Sedari siang, ramai saudara mara yang tegur Yana dah pakai 'uniform' haha.. Yelah dah tak muat pakai baju kurung moden kita tu, kena lah pakai uniform. Bukan uniform apa pun, maxi dress aje.. ramai yang ucap tahniah sambil tanya bila dua, jantina baby, morning sickness etc.. Alhamdulillah, ramai yang mendoakan. 


Nak dijadikan cerita, berbalik pada tajuk... Malam tu kami sampai rumah jam 12 tengah malam.. Lepas bersihkan badan, terus 'pengsan' atas katil. Sedar2 perut sakit memulas sangat2 ! Yana dah 'cuak' @ takut sangat2 sebab tak pernah sakit camni lagi sejak mandong ni. Memang rasa nya macam nak buang air besar, so pergi tandas. Tandas dah la cangkung, 'hasil' pulak macam takde je tanda2 nak keluar. Yana ulang alik 5,6kali ke tandas tak jugak selesai. Masa ni dah berpeluh sakan, macam nak nangis nak call mak tanya kenapa. Yelah kita 1st timer mana tau pape kan. Risau jugak pasal selalu baca orang nak bersalin ni ada rasa nak buang air besar. Takut sangat ! Sebab masuk je tandas, hilang kejap rasa sakit tu, bila keluar tandas masuk bilik mula balik. Nak kejut En.Suami macam tak sampai hati, dalam pada tu tengok2 jugak kot ada bleeding, takde pulak. 





So, Yana tunggu lagi, sambil menonggeng atas katil (macam dalam gambar tu) masa ni memang berpeluh macam baru lepas berlari, dengan perut memulas, takut nya semua ada. Dalam pada tu, Yana tertidur. Sakit perut tu masih ada selang 20 saat kot. Tiba2, rasa perut berangin je macam ada gelodak2 dalam tu, terus masuk tandas balik dan selamat lah yang 'menakutkan' tadi keluar.. Phew! Lega weh ! rasa macam nak luruh jantung di buat nya sebelum tu, ingat kan apa lah tadi. 


Dan alhamdulillah, lepas tu dah ok.. Perut pun tak memulas macam tadi lagi. Yana sambung tidur .......
Esok nya cerita kat En.Suami dia kata "mana cukup bulan lagi, apa pulak nak bersalin" adoi cik abang, kita kena lah fikir jugak pasal tu kan.. mana tau pape jadi kalau kita wat derk je tak pasal2. 


Sekarang dah ok, 'dak kecik' pun masih aktif kat dalam.. agak nya salah makan masa hari kenduri lah tu. 

Saturday, June 8, 2013

Celoteh Yana : Part 156 - Kejang Kaki Semasa Tidur

Assalamualaikum, 




Tengok tajuk pun dah tau kenapa kan.. 
Biasa nya kebanyakan perempuan mengandung 
akan rasa kejang kaki ni. Selalu nya di alami dekat 
bahagian betis masa tidur. Sedap2 tidur, tiba2 
kejang tu tangkap kat betis. Memang rasa nak
 jerit kuat2 sebab sakit nya yang alami je tau ok.


Yana kena 2hari lepas. Dalam pukul 4 pagi nak 
bangun pergi tandas, tup2 kejang pulak betis 
sebelah kanan. Masa tu En.Suami sedap tidur tak 
dengar pun bini dia ni mengerang. Tanggung sorang2. 
hehe. Gegas bangun tegakkan kaki terhincut 
jugaklah pergi tandas. Nak cangkung pun sakit. 
Pastu dah rasa ok sikit, tidur semula. Terjaga nak ke
tandas lagi sekali jam 7 pagi, kena pulak belah kiri. 
ADoi ! masa ni En.Suami tengah mandi, tapi dah nak 
siap keluar tandas Yana bangun cepat2 berdiri tegak 
baru berhenti kejang tu. Keluar tandas cepat2 baring 
balik sambil buat muka marah kat En.Suami 
(haha taktau marah sebab apa) dia tanya sebab apa, 
Yana cakap lah kaki kejang! Pastu dia senyap je 
wat derk.. haha. Ingat kot dia nak keluar kan ayat2 
pujuk ke apa, hampeh.. takde ok! En.Suami siap2 
nak pergi kerja Yana buatkan air pastu kemas2 
apa yang patut dan bersiap nak kerja pergi kerja jugak.. 


Sini Yana share sikit info pasal kejang kaki ni, 
dan cara tangani nya :-


Kejang kaki biasa berlaku kepada ibu hamil pada trimester akhir kehamilan. Kadang=kadang ia berlaku di waktu malam dan ketika sedang tidur.

Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki anda. Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan:

  • Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas)
  • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda,
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.


Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:

  • Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
  • Urut otot yang kejang.
  • Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.



Selain itu anda juga boleh mencuba cara2 dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:

  • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali  sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
  • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
  • Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
  • Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.



Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yg berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan naishat dari doktor anda. Ini kerana kemungkinan anda menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm