Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 29, 2013

Celoteh Yana : Part 159 - Kencing Kotor Ni !

Assalamualaikum,



Hiyark ! Baca tajuk pun dah tahu apa benda nya kan... 
Hurm, pagi tadi ada cek up LAST untuk batch 2 minggu 
sekali kat KKIA. Dan ingatkan takde masalah pape 
macam selalu, RUPA NYA kena urine infection. 
Cis, apa kono tah. Kata nya sebab kurang minum airrrrrr.. 
Ye, saya memang KURANG minum air pun. 
Sebab malas nak ulang alik ke tandas, yelah dah 
hujung2 mandong ni kan lagi kerap lah nak kencing 
sebab kepala baby dah turun ke bawah dan 
selalu tekan pundi kencing kita. Urm, malam tadi 
pun ada minum air teh ais, dan dari jam 
11 malam - 7 pagi ada dekat 10 kali pergi tandas. 
Hamek ko ! Langsung tak lena tidurrrrr... 


Kata misi, kena minum air masak banyak2, 
begitu juga kata doktor.. Ada bakteria dalam air 
kencing tadi. Doktor bagi ubat lawas kan kencing, 
dan datang semula minggu depan. Ye, minggu depan 
dah bermula sesi cek up SATU MINGGU SEKALI ! 
Fedap ooohh ! Ikutkan hati memang dah malas sangat 
nak berulang ke KKIA tu, sebab nak kena bangun 
awal pagi pastu menunggu giliran. Kadang2 datang 
awal pun tak semesti nya boleh siap awal. 


So, dapat lah ubat seperti dalam gambar di bawah,, 
kena minum 3 x sehari sebelum makan.. maybe 
setengah jam sebelum makan kot. Dan ulangan 
cek up pada 5.9.2013 Khamis depan... Hurm, 
harap2 masa tu takde apa dah sebab kalau masih 
kotor kena jumpa doktor pakar kat hospital 
Selayang pulak. Lagi leceh sebab sana biasa nya 
tunggu paling cepat dapat masuk 2 jam ! 
Doakan kitorang okeh :)



(gambar google jek)


TIPS DARI DOKTOR : 
Ambil air kencing yang tengah2 sebab yang 
 banyak bakteria....
Take note ibu2 sekalian :)

Monday, August 26, 2013

Celoteh Yana : Part 158 - Katil Bayi @ Playpen

Assalamualaikum,




Malas nya nak menulis.. hehehee. Sebab perut memanjang kekenyangan memenuhi undangan jemputan rumah terbuka. Yang tak boleh terima, pergi dengan perut lapar, balik pun perut lapar semula.Sebab apa? Sebab menghadap JEM di jalan raya.. Memang lari ikut mana pun akan jumpa baaaannnnyyyaaaakkk kereta. Apa boleh buat, semua orang pun dapat jemputan rumah terbuka kan. Sama2 lah kita kongsi jalan :)


Nak tanya kawan2 nih, Yana ada beli 1 katil bayi aka playpen untuk kegunaan 'dak kecik' nanti. Dalam pantang memang dah start nak letak dia dalam tu sampai dia taknak. Yelah, bukan semua budak suka duduk dalam ketil tu kan.. Yana beli sebab fikirkan nanti Yana pantang tidur atas katil single, mana nak selesa tidur berhimpit pulak nanti. Melainkan nak menyusu kan dia, memang angkat letak sebelah. Masa2 lain nak letak je dia dalam katil tu. Dan bila dah habis pantang nanti dah balik rumah semula, akan tidur katil kelamin takkan 'dak kecik' nak tidur sekali sebab KAMI mak ayah nya memang lasak ! Melainkan kerja nya nak mengempeng je kenalah fikir cara lain.. CUMA NYA , sekarang ni dah fikir lain pulak ! Sebab takut kan kalau kita tak letak baby tidur sebelah, kot nanti dia muak ke, dia sesak nafas ke, kita tak dapat alert secepat mungkin. Banyak kes SIDS ni dah berlaku kan.. 


So, apa pendapat kawan2 yang dah ada baby tu.. Korang letak dalam katil bayi ke (kalau ada) atau bawak tidur sebelah korang???


(gambar google)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm