Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 29, 2013

Celoteh Yana : Part 126 : MGTT Test

Assalamualaikum,



Pagi ni, dah selesai test nan satu ni. Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar, takde sesi muntah memuntah kan semasa proses berlangsung. Yana dah sampai klinik jam 7.30 letak buku pink siap2 dalam bakul, tunggu kul 8 baru start .. Nasib baik datang awal, dapat ambil darah & minum air gula pun awal. Phew, air gula tu takdelah manis melenting macam yang Yana selalu dengar and baca tu. Manis dia macam kan kita nak buat air teh'o tapi sebelum letak teh.. Kira boleh minum sekali teguklah. Dan lepas 2jam tunggu, darah di ambil kali ke dua, amboi sampai 2kali cucuk sebab cucukan pertama nurse tak jumpa uratnya. Padahal jarum dah masuk dah ni, darah tak keluar pulak. Terpaksa cabut dan cucuk tempat lain pulak. Lepas cucuk boleh balik, hehee.. Alangkah bertuah nya otw balik boleh pulak muntah. Nasib baik ada standby plastik. Kira kebanyakan air gula tadi keluar lah, dah kata perut kosong kan. Terbatuk sekali je, meluru isi perut ni nak keluar. Tapi result nya belum dapat lagi. Entah bila, nurse tak cakap pun. Dia akan call kot. So, tunggu jela ye. Harap2 okay2 saja :)

Thursday, March 28, 2013

Celoteh Yana : Part 125 - Semua nya Baik2 Saja :)

Assalamualaikum,




Hari ni 'dak kecik' protes ! Habis semua makanan ibu dia makan, dia 'tendang' keluar ... Muntah kan semula .. Sayang betul rasa nya, pagi makan nasi lemak, tak sampai 5 minit siap makan, tetiba terbatuk, dan berjaya lah keseluruhan nasi lemak tu keluar tanpa tinggal sikit pun. Pastu minum air milo suam, kejadian yang sama. Terbatuk dan terluah semua nya. Tekak ni jangan kata lah camne sakit nya. Sebab nasi lemak kan ada sambal pedas2, pastu terbelahak camtu .. Apa nak kata lagi? Redha jela. 

Dah tu tengahari ni dia dah mula lapar. Pergi McD beli 1set filet o fish lagi, kegemaran dia lah sampai sekarang masih ok. Ada rasa nak terbatuk tapi tahankan aje, cakap dalam hati 'sayang ibu, kesian lah ibu ni.. Makan asyik muntah je, ibu ni lapar, lagipun baby jugak yang nak makan kan.. kalau tak camne nak besar' ... 
Semoga doa tu berkesan dan didengari 'dak kecik', 
bertahan lah filet o fish tu sampai petang nanti pun dah syukur..




so, ni lah gambar terbaru 'dak kecik'... Berada dalam posisi memandang depan, tak bagi can kawan2 ibu dia nak tengok gambar dari sisi macam kebanyakan baby lain buat. Harap2 'dak kecik' sihal wal'afiat la ye sampai masa dilahirkan. Alhamdulillah setakat ni semua nya berjalan dengan sempurna, takde bleeding yang ditakuti tu. 

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm