Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 28, 2012

Kehamilan Kedua : Episod 3 (Masih Menanti)

(update 16.4.2012)

Alhamdulillah, lepas buat ujian kehamilan yang kata positif tu,
hampir setiap hari saya berkawan dengan test kit.
Sebab apa? Sebab terlalu gembira, dan nak tahu
perkembangan kandungan. Semakin hari semakin terang
warna line yang timbul, saya rasa happy sangat.
Sebab kandungan sulung tu, lepas seminggu test pun
masih samar warna nya..

Jadi, kandungan kali ni, Yana jaga betul2. Makan jaga,
minum jaga, tak angkat berat, tak lasak2 tapi tak beritahu
sesiapa pun lagi. dah beritahu En.Suami supaya rahsiakan dulu
dari pengetahuan semua orang, termasukla keluarga kami sendiri..

Bukan apa, Yana masih lagi fobia dengan keguguran sulung tu.. 
Rasa tak sanggup nak beritahu orang lain sedangkan kita 
sendiri tak berapa pasti selama mana kandungan kali 
ni boleh bertahan. Tapi setiap hari Yana mohon pada Allah swt 
supaya kuatkan kandungan kedua ni, lindungi dia dari 
sebarang kesakitan atau ancaman. 

Sepanjang hari yang berlalu, semuanya rasa indah je.. 
Sebab kira2 Yana akan lahirkan kandungan ni dalam 
bulan January 2013. Walaupun tak dapat lahirkan 
kandungan yang sulung yang sepatutnya dilahirkan 
bulan Oktober 2012, sama bulan lahir Yana dan En.Suami,
dan juga ulangtahun perkahwinan kami.. 
Dan juga tahun yang sama, iaitu tahun Naga.. 
Takpelah, kami tetap bersyukur dengan rezeki 
kedua yang Allah swt berikan ni..

Hari demi hari, Yana masih belum alami simptom2 teruk.. 
Setakat rasa sebu perut, mual masa memberus gigi dan 
selera makan yang bertambah takde lagi simptom lain..
Yana rasa risau jugak, yelah takut kejadian lama berulang.. 
Tak sanggup nak hadapi nya kali kedua.. 
Cuma Yana panjatkan doa setiap hari selepas solat, 
Yana mintak Allah swt lindungi kandungan ni.. 

Untuk pengetahuan kawan2, setiap hari kadang2 Yana 
ada rasa sedikit cramping 
(macam senggugut tapi mild je rasa nya..tak kuat pun).. 
Yana anggap itu adalah tanda2 baik, yang rahim kita sedang 
mengembang sebab ada nya kehamilan.. Kira positif lah kan :)

Mingu berlalu, tapi Yana masih tak dapat agak 
dah berapa minggu kah kehamilan kali ni, 
sebab LMP langsung takde (Yana terus tak
period lepas gugur sulung tu)
Jadi, berharap pada doktor je lah nanti untuk
estimate berapa minggu dah & dapatkan EDD tu.. 
Yana dah decide nak pergi buat scan dalam seminggu 
dua lagi, kalau ikut kiraan last habis darah gugur sulung haritu, 
sampai harini dah 7minggu. Tapi tolak dengan 
"cuti rehat bersama" dalam 2 minggu, sepatutnya dah 5minggu..


Jadi, kita tengok jela macam mana hasilnya nanti.. 

3 comments:

IntaNBerliaN said...

oooo xsgka lak sy, lps gugur... xperiod n blh lekat... alhamdulillah... rezeki.. jg diri yer :-)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

ye kak, rezeki Allah bagi.. :)
Tapi sayang, Allah swt dah tarik balik..
Tunggu next entri ye

Aeen said...

ain da bce dr awl entry nie..huhu...harap awk byk bsabar la yeh..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm