Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 26, 2012

Kehamilan Sulung : Episod 4 (Rahim Kosong)

(update 27.2.2012)



Assalamualaikum, 

sambung balik entry saya..

Pada 27.2.2012 saya ada temujanji dengan doktor lagi untuk mengesahkan keadaan
kandungan.. Pagi tu, setelah berjanji dengan ibu mertua, kami keluar rumah pada jam
10 pagi kerana temujanji pada jam 11 pagi.. 

Saya memandu seperti biasa, jalan tak berapa sibuk..
Yelah, masa macam tu, semua orang dah pergi kerja. kecuali yang bekerja sendiri..
ikut suka nak masuk jam berapa..

Mengimbas kembali "percutian" saya yang diberi oleh doktor (1minggu MC), selama
hari itu darah keluar tanpa henti, macam period.. Saya hanya mampu bertawakal 
andai kata bukan rezeki saya minta Allah swt tarik secara baik, saya relakan kandungan
saya pergi sekiranya Allah swt telah tetapkan rezeki lain untuk saya..

Sepanjang saya MC, saya duduk seorang di rumah..yang mana orang lain semua
keluar bekerja, saya makan, baring, tido, tengok tv, semua saya buat ..
Termasuk lah membasuh baju, sidai baju menyapu serba sedikit.. 

Saya tak rasakan itu kerja berat, sebab rumah pun kecil saja (rumah flat),
jadi tak banyak langkah yang saya ambil, bakul baju pun saya tak angkat..
Seret aje sampai ke mesin basuh.. Selebihnya memang saya banyak tengok tv dan baring..


Sambung cerita di hospital, 
Kami menunggu hampir 4jam, (faham2lah hospital kerajaan, 
pesakitnya ramai, murah lagi)


Masuk ke bilik doktor, 

Doktor : Ye puan, saya dah baca report tentang puan di sini.. Dan dapati puan alami masalah
"ancaman keguguran".. macam mana seminggu berehat, masih ada darah?

Yana : yep, masih ada. Dari hari kehari, macam makin banyak.. 
Mungkin dah takde kot kandungan saya..
(hati saya kuat mengatakan memang "dia" dah takde)

Doktor : jangan cakap macam tu, kita tawakal je..Andai bukan rezeki awak, 
lain kali akan dapat lebih baik.. 
Sekarang kita scan dulu ye..

Yana : okay, 

Doktor : (memulakan ujian imbasan).. Urmm, rahim awak ni dah kosong.
Rasa nya dah "Complete Abortion"
Masa keluar darah ada keluar macam tisu2 tak? 

Yana : Adalah sikit2 doktor, tp sebelum kawin pun memang ada camtu kadang2.. 

Doktor : okaylah, mungkin ia hanya "Chemical Pregnancy" sebab
report mengatakan yang awak pernah melakukan scan di klinik swasta
pada minggu ke 5 pun masih tak nampak ..
Scan di hospital minggu ke6 pun tak nampak. hanya nampak sac
berukuran 2mm..
Mungkin dia baru nak jadi / sac tu hanya lah gumpalan2
darah yang terhasil pada dinding rahim awak..

Yana : Makna nya takde lah ye??

Doktor : ye, rahim awak dah kosong. Saya nasihatkan awak berehat dulu,
continue ambil asid folik
dan jangan buat kerja berat.. Okay..





Begitulah ceritanya... Setelah "hamil" 6minggu, rahim saya kosong...

Saya redha, Allah swt tahu dan telah atur yang terbaik untuk saya.... :)




* TAMAT KISAH KEHAMILAN SULUNG *

No comments:

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm