Pantang Larang Ibu Cina Semasa Mengandung.
Dilarang makan daging arnab
Jika memakan nya, bayi yang dilahirkan
akan mempunyai bibir arnab.
Dilarang makan daging anjing.
Jika memakan nya, bayi yang dilahirkan akan suka menggigit orang, terutamanya semasa menyusu.
Dilarang makan daging ayam jantan.
Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.
Dilarang makan ketam.
Barulah bayi kurang mengeluarkan air liur.
Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai.
Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.
Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku
Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.
Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.
Ibu tidak mudah mengimbangi diri.
Dilarang tepuk bahu ibu.
Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.
Dilarang menyidai baju.
Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.
Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.
Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.
Sekian, terima kasih.
(nantikan pantang larang kaum India pula)
3 comments:
tu la.. setiap kaum ada pantang larang yg tesendiri kan...
tak bestnya bile pregnant takleh gi kenduri kahwin. huhu
huhuu,, kena duduk rumah setiap masa..
Post a Comment