Assalamualaikum,
Kalau di kira kira kan, di tolak tambah kan,
dah nak masuk bulan ke3 Yana kehilangan
"baby" ke2 Yana tu..
Hari keguguran yang ke2 tu boleh
baca entri sini : AKHIRNYA .. (10.5.2012)
Jadi, 10.6 dikirakan sebulan berlalu,
10.7 dua bulan berlalu, 10.8 tiga bulan bakal berlalu..
Tempoh "pantang bersama" bakal habis..
Ye, memang Yana dah bersedia nak mengandung balik,
Yana dah ambil asid folik, dah turut program Biodex,
tapi...... Yana masih ada perasaan takut !
Ye, takut untuk KEHILANGAN kali ke3 !!!
Perasaan bila dapat tahu kita mengandung
adalah satu perasaan yang indah..
Perasaan yang tak ada kata2 boleh gambarkan,
tak ada orang yang boleh merasa kan,
sebab pengalaman masing2 adalah berlainan.
Walaupun perjalanan kehamilan adalah sama,
9 bulan seperti yang ditetapkan oleh Allah swt,
mungkin ada yang lebih dan ada yang kurang
sudah melahirkan.. Tapi bagi Yana,
pengalaman DUA kali "kehilangan"
membuatkan Yana serik pun ada, sedih, hiba, takut,
sebab semua orang tahu, anak merupakan "hadiah"
tidak ternilai dari Allah swt untuk pasangan yang
telah berkahwin.
Anak juga akan menjadi pengikat cinta antara
suami dan isteri, anak juga yang akan menghiburkan
hati ibu dan bapa nya dikala mereka gundah..
Anak juga lah yang akan mendoakan kedua
orang tua nya di akhirat kelak..
Yana jadi tambah sedih setiap kali terbayang
wajah mak, ayah dan adik beradik yang lain,
yang mengharapkan si comel menghadirkan diri
dalam hubungan sah kami ni..
Kadang2 terasa bila adik lelaki Yana yang rapat,
cuba2 pegang perut Yana sambil kata "tak besar pun" ..
mungkin dia pernah terdengar yang Yana
mengandung sebelum ni, tapi dia tak tahu "anak buah"
dia tu dah tunggu ibu nya ni di syurga....
Yana hanya terseyum sambil kata "tahun depan besarlah"..
Ye, Yana memang ada plan nak mula mengandung
kalau bukan tahun ni, awal tahun depan...
Kita merancang Allah swt menentukan..
Cuma masih ada perasaan TRAUMA yang
sangat sukar Yana lupakan..
Mungkin juga Yana kena plan betul2,
mungkin bila dapat tahu diri mengandung
terus ambil MC tanpa gaji selama 3bulan supaya
kandungan betul2 kuat, atau berhenti kerja
sebelum bercadang untuk mengandung..
Semua ni Yana dah fikirkan, tapi macam mana nak ambil MC 3bulan sedangkan hanya Yana seorang bekerja di ofis ni.. Bagaimana nak berhenti kerja sedangkan
banyak tanggungjawab harus di pikul??
Persoalan demi persoalan keluar dalam fikiran Yana,
mungkin juga Yana hanya patut berserah pada Allah swt untuk menentukan perjalanan kehidupan kami.
Melalui cara apa sekalipun..
Yana perlu berserah dan tawakkal..
Ada cerita ....
Baru2 ni, Yana berjumpa seorang kawan,
yang membeli barangan kucing dari Yana..
khabar nya anak lelaki nya baru berkahwin Januari tahun ni..
Isterinya bunting pelamin..
Tapi selepas beberapa minggu mengandung,
dia rasa sakit sangat pada kawasan ari2..
Setelah pemeriksaan dijalankan, didapati dia
HAMIL DI LUAR RAHIM : DI SALURAN TIUB FALLOPIO.. Dan saluran itu terpaksa di buang !!
Ya Allah besar nya dugaan dia kan..
Baru berkahwin, didapati hamil terpaksa menerima
berita DUKA pulak ! Kini tinggal satu tiub sahaja !
TETAPI...
dengan kuasa Allah swt dia telah hamil semula !
Dan kini, kandungan dia telah pun berusia 3BULAN lebih.. Rezekiiii...Yana tumpang gembira..
Walau hanya mendengar cerita tu dari ibu mertua dia,
Yana tetap dapat rasa kan betapa mereka sekeluarga
bersyukur dengan kurniaan Allah swt tu..
Apa yang Yana harus lakukan?
Mencuba, dan berserah pada Allah swt??
Mencuba, dan berserah pada Allah swt??
HANYA ALLAH SWT YANG TAHU JAWAPAN NYA.....
8 comments:
yana..insyaAllah tuhan akan bg yg terbaik utk yana....mungkin ade dugaan tuhan buat mcm ni...yg penting yana usaha ye...basya! sy doakn yana cepat2 pregnant n kandungan yana akan sihat sehingga dilahirkan...aminnn...:)
semoga tabah yer..ade nnti rezeki yana..Allah tak bagi rezekianak, mungkin Allh bgi rezeki yang lain..
tersuakan berusaha..
:-)
berusaha yana...tp make sure yana betul2 dah ready au....insyaAllah..berkat kite berusha dan sabar Allah akan kabulkan permintaan kite tu...:)
insyaAllah yana...
kite usaha sama2...
Tuhan sayang kite sbb tuh dia uji kite lebih
bl dia uji kite bermakna, DIA ingat kat kite
hai..yana..
kila pun baru aje keguguran..
memang sedih bila benda ni berlaku tapi kila redha..ada hikmahnya..
Insya-Allah,rezeki yana untuk menimang cahaya mata akan tiba juga nanti..yang penting banyak'n berdoa, usaha dan sabar.. :-)
hai yana,
sy baca dr kehamilan pertama dan kedua, semua episod sy baca. Moga yana dan suami tabah dgn dugaan ini. InsyaAllah Allah sdg merancang suatu yg terbaik buat yana dan suami, moga yana sentiasa yakin dan kuat utk terus berusaha dan berdoa dlm miliki zuriat sendiri.
Hai Mrs Lurve, terima kasih kata2 sokongan tu :)
Yana terbaca entri cubaan utk hamil semula awak, teringin nak cuba Pati Delima tu.. tak sabar2, terus order 2 botol... hehe. harap2 Yana pun akan dapat berita gembira macma awak. Tq ya !
Sedih la bce blog yana ni,sy 1st gugur dh sedih sangt tp yana still lagi happy n kuat walaupun dh ggur 2x..semoga ada rezeki 2uk yana tahun depan..;) Insyaallah.
Post a Comment