Assalamualaikum,
Berikut Yana berikan sedikit tips, dalam memudahkan ibu & bapa menjaga anak.. Cewah, diri sendiri pun belum ada anak lagi :)
Takpe, sharing is caring kan?
Jom layanssssssss...........
TIPS 1) Pemakanan
Ibubapa perlu WAJIB memberikan makanan yang berkhasiat dan cukup dari segala protien,mineral,vitamin,kalsium dan lain-lain lagi. Makanan yang baik dapat membentuk tumbesaran otak dengan sempurna.
Susu - Kalsium
Ikan - Protein
Minyak Ikan Kod - Multivitamin
TIPS 2) Keadaan Sekeliling
Kawasan persekitaran anak-anak anda juga memainkan peranan yang penting untuk menjadikan anak yang bijak. Rangsangan ibubapa sangat penting dengan cara menyediakan kawasan permainan khas untuk anak-anak kecil anda. Permainan yang sesuai akan merangsang minda si kecil. Selagi si kecil tidak membuat aktiviti yang bahaya, jangan sekat kemahuannya kerana itu adalah proses untuk dia menjadi kreatif.
TIPS 3) Pengalaman Luar
Sediakan peruntukan khas untuk membawa anak-anak pergi ke tempat lain untuk menimba ilmu. Suasana yang berbeza dari yang biasa mereka lalui pasti akan merangsang mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru. bak kata pepatah "jauh perjalanan luas pemandangan"
TIPS 4) Beri Peluang
Dalam melatih anak anda menjadi pintar apa yang penting ialah melibatkan anak anda dalam sesuatu situasi. Jangan pinggirkan mereka hanya dengan alasan anak anda masih kecil lagi.itu adalah kesilapan yang sangat BESAR! Contohnya jika anda ingin mengecat rumah cuba libatkan anak anda dalam membuat keputusan bersama dalam memilih warna yang ingin dipilih.ini dapat merangsang anak anda untuk berfikir dan secara tidak langsung akan menanam satu perasaan dalam hati anak anda yang DIA JUGA PENTING DALAM KELUARGA dan diri rasa diberi penghargaan.
TIPS 5) Beri Penghargaan
Anak-anak suka jika apa yang mereka lakukan mendapat perhatian dan mendapat pujian terutama dari ibubapa mereka. Contohnya apabila anada meyuruh mereka membuat sesuatu kerja apabila anak anda berjaya melakukan cuba beri satu penghargaan seperti memberi hadiah. Cara ini pasti akan menggembirakan anak anda. Dengan rangsangan sedemikian anak anda akan menjadi lebih rajin dan taat kepada anda.
1 comment:
a'aa bg ank2 peluang.. libatkan mereka.. cam akak ni pulak.. si alisha ni sk sgt duk menyibuk akat dapur.. kita potong sayur dia pun nak buat... kita p[otong bawang dia pun nak buat.. akka bg je.. tp bezanya, akak guna pisau, dia guna tgn dia je.. hehhehe
Post a Comment