Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 19, 2012

INFO : Panduan Dalam Membesarkan Anak (2)

Assalamualaikum,














Tambahan dari episod 1 : KLIK SINI



1. Sekurang² sekali sehari, beritahu anak-anak supaya takut kepada Allah bukannya takut pada makhluk.


2. Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari dengan niat yang ikhlas di dalam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus berkata bahawa anda sayang kepada mereka. Ramai org tahu, tp jarang buat.


3. Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan sesekali tidak ambil endah dengan apa yang diluahkan oleh mereka. Kadang² dengan cara begitu mereka mahukan lebih kasih sayang.


4. Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap terutama di hadapan mereka.


5. Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”, meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya. Kronologi untuk anak² kita :)


6. Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’ walaupun pada anda ia bukannya lawak mana. Mereka akan rasa lebih dihargai.


7. Puji setiap percubaan baik yang dilakukan oleh anak tanpa menghiraukan keputusannya. At least mereka dah try.


8. Ambil gambar hari pertama setiap permulaan sesi persekolahan anak kemudian abadikan kenangan tersebut dalam album berasingan.


9. Sentiasa cabar pengetahuan dan minda anak, hiburkan suasana itu dengan sama-sama mencari jawapan kepada cabaran tersebut.

5 comments:

Asmara said...

thanks for sharing! Nice!

Mooniqueen said...

Good sharing....

SUHAIDA said...

tenkiu sygggg

izla said...

dah lama rasa nak buat nombor 5 tu, tapi tak buat2 jugak :(

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

sama2 kasih semua.. semoga kita semua dapat manfaat ! :)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm