Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 30, 2012

MACAM MANA NAK MEMBLOG??


Macam mana nak memblog KALAU ..........

1) TIADA MODAL membebel

2) TIADA MOOD membebel

3) TIADA MASA membebel

4) paling teruk sekali,,,,, BROADBAND TELAH HABIS HAYAT NYA...



Semoga ketemu lagi kawan2. Maaf, andai blog bersawang. Nanti kita jumpa lagi.

note : statik menurun kaw2, padan muka. lol =(

Friday, November 23, 2012

SCROLL THE IMAGE :)

SCROLL THE IMAGE :)



Tuesday, November 20, 2012

Celoteh Yana : Part 75 - Berusaha :)

Assalamualaikum, 

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 11 kan.. 
Tinggal bape hari je lagi masuk bulan 12. 
Cepat betul masa berlalu. Kalau Yana mengandung 
sulung aritu dah sebulan lebih kot umur baby. 
heeee, berangan.


Takpelah, bukan rezeki tu. So, sekarang ni 
Yana dah dapat period balik, berusaha untuk 
pregnant semula dalam masa terdekat. 
Sejak dah pandai kira Ovulate Day, Cycle Period 
dan berBBT terus bersemangat nak tengok 
UPT positif. Insyaallah kalau ada 
mesti jadi kan. 


So, memang tengah sibuk kat ofis siapkan 
segala kerja, sebab Yana dah decide nak CUTI 
bila sah je pregnant semula. Nak duduk rumah 
bariiiiinnnggg je.. (boleh ke?)

Kawan2 TTCians pun jangan putus asa ye.. 
Usaha, doa, tawakkal.. 



GOOD LUCK untuk KITA :)



Saturday, November 17, 2012

UPDATE (19.11.2012) KANAK - KANAK HILANG !!

UPDATE (19.11.2012)
Kanak2 ini telah ditemui tetapi telah meninggal dunia akibat dibaham BIAWAK 
di sebuah ladang
kira2 3kilometer dari rumah nya..
AL FATIHAH untuk arwah. 
Berita lanjut SINI









TOLONG SEBARKAN !

TERIMA KASIH 

Tuesday, November 13, 2012

INFO : TIDUR MEMAKAI BRA, BERBAHAYA?

Melihat ibu menderita akibat kanser payudara, membuatkan saya risau.  Sebab itulah hingga kini, saya mengelak daripada tidur dengan memakai bra," ujar seorang pelakon drama televisyen. 

Kata-katanya yang mungkin didengari oleh jutaan penonton di Indonesia itu, seperti mengesahkan bahawa memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara.  Akibatnya, ramai wanita mengelak daripada mengenakan bra ketika tidur.

Benarkah memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? "Tidak benar.  Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara," kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. Menurut beliau, tiada masalah untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.

 "Dengan syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu membuatkan payudara tertekan.  Akibatnya, aliran darah tidak lancar sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara," jelas Dr. Febriansyah.

Beliau berkata,  adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.

Tambah beliau,  "Jika payudara tertekan, bra akan menghalang aliran darah sehingga mengakibatkan beberapa masalah seperti sengal dan sakit."

Begitu juga dengan lelaki.  Menurut Dr. Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah tidak benar.

"Seelok-eloknya, lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur.  Tujuannya sama, supaya tiada tekanan pada alat kelamin dan darah dapat mengalir lancar," ujar beliau.

Lelaki boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan ia longgar seperti seluar boxer.  Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar atau tidak terlalu ketat semasa tidur.

"Memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada vagina seseorang wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah keputihan," kata Dr. Febriansyah.

Selain longgar, lelaki mahu pun wanita harus memakai pakaian yang mampu menyerap peluh. “Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.

Justeru, elakkanlah daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak menyerap peluh,” tegas beliau.




SUMBER : http://my.entertainment.yahoo.com/news/tidur-pakai-bra--berbahaya-.html

Thursday, November 8, 2012

LESS WORD : KELAHIRAN KACANG



Jumpa gambar ni kat FB, share dengan kawan2.


COMEL KAN?? hehehee
(habis rabak mak nye)

Wednesday, November 7, 2012

Celoteh Yana : Part 74 - Saya Ingat Saya Kuat

Assalamualaikum,



Saya ingat saya kuat. Rupa nya tak berapa kuat. 
Saya jadi marah, menyampah dan sakit hati. 
Sebab apa?
Sebab ada junior saya dah pregnant dan 

tunjukkan gambar scan dia, 

THE BABY LOOKS VERY HEALTHY !

Aaaaaaahhh, saya terus remove FEED 
dia dari Facebook saya, dengan harapan 
saya tak akan baca / lihat apa2 lagi. 
Kalau terjumpa tepi jalan, 
saya akan buat macam biasa. 

Saya insan lemah ! Fine rezeki dia,,,,,,,,,,
Haizzzz, 
tak mampu bersabar dan redha
dengan ketentuan Allah swt. 


Tapi takpe, sebab saya sekarang 
tengah follow ATKINS diet. 
Nak selim melim dulu sebelum bersedia 
MENJADI GEMUK (sebab selera makan 
untuk baby dalam perut sekali..hehehe)

TARGET SAYA ??

45KG instead of 60.1KG ...




JOM FOLLOW :)

Friday, November 2, 2012

Celoteh Yana : Part 73 - TOLONG

Assalamualaikum,




Yana nak tanya sikit.. Ada tak sesiapa 
kawan2 blogger kerja area MIDVALLEY KL ??
Nak minta tolong lah... 



Yana nak beli hard disk, untuk ofis ni 
memandangkan terlalu berat dah komputer 
ni nak menampung fail2 yang ada. 
Kebetulan MidValley ada buat ekspo PC
dari 2-4 November, 
dapat lah rege murah kan.

Yana takde transport nak pergi harini 
sampai Ahad. Tapi kalau En.Suami 
dapat balik awal esok (Sabtu) dapatlah kami pergi.


Kalau ada sesiapa yang nak bantu, 
tinggalkan komen ye. Yang tak bantu pun 
boleh jer tinggal komen :)

Thursday, November 1, 2012

Celoteh Yana : Part 72 - Maaf !

Assalamualaikum,



Haritu Yana saja join Nuffnang X conversations, 
dah install masuk blog pun. Tup2 bahagian 
komen jadi tunggang langgang. Ada yang 
masuk komen box, ada yang masuk 
Nuffnang X Conversations.. Habis semua wish 
birthday Yana tak keluar kat komen box. 
Sedih ! Maaf ye kawan2. 
Dah remove Nuffnang X Conversations tu,
harap2 takde masalah lagi.



Pada semua yang beri ucapan , 
terima kasih banyak2 !! Yana hargai nya :) 

Author pic
eppy bezday...=)
17 h
Author pic
happy birthday yana, moga sentiasa diberkati dan dilindungi oleh-Nya..aameen
18 h
Author pic
heppy besday :) may all ur wishes come true
21 h
Author pic
happy birthday yana..Mudah2an apa yg dihakati tertunai thn depan ea
22 h
Author pic
selamat hari lahir yana..semoga dimurahkan rezeki, dan dikurniakan anakanak yang chumelchumel belaka..hehe
22 h
Author pic
Happy Besdayyyyyyyy!!~
22 h
Author pic
selamat hari lahir dik. semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki,
22 h
Author pic
happy birthday yana..Mudah2an apa yg dihakati tertunai thn depan ea
22 h
Author pic
selamat ulang tahun yana..moga pjg umor & dimurahkan rezeki ye..
salam perkenalan..
22 h
Author pic
Salam Ulangtahun Kelahiran Yana! moga doa2 mereka dimakbulkan Allah.. saya pun doakan awak begitu... Amin....
22 h
Author pic
Hepi besday yana!! Moga sntiasa dmurahkn rezeki :-)
23 h
Author pic
Happy bufday yana...moga tercapai segala impian yg diingini, muda lagi..boleh enjoy honeymoon dulu..
23 h
Author pic
selamat ulangtahun kelahiran dik yana..mudah2an mendapat apa yang dihajati..(^_^)..ameeen..

Semalam birthday girl ni sambut kecil kecilan 
je dekat rumah mak dia, nanti Yana cerita. Taaaa

Celoteh Yana : Part 71 - Allah Bersama mu

Assalamualaikum,




Buat kawan2 TTCians..
Juga kawan2 lain..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm