Melihat ibu menderita akibat kanser payudara, membuatkan saya risau.
Sebab itulah hingga kini, saya mengelak daripada tidur dengan memakai
bra," ujar seorang pelakon drama televisyen.
Kata-katanya yang
mungkin didengari oleh jutaan penonton di Indonesia itu, seperti
mengesahkan bahawa memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser
payudara. Akibatnya, ramai wanita mengelak daripada mengenakan bra
ketika tidur.
Benarkah memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan
kanser payudara? "Tidak benar. Memakai bra semasa tidur tiada kaitan
dengan kanser payudara," kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar
Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. Menurut
beliau, tiada masalah untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.
"Dengan
syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti
itu membuatkan payudara tertekan. Akibatnya, aliran darah tidak lancar
sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara," jelas Dr. Febriansyah.
Beliau
berkata, adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika
tidur supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih
relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.
Tambah beliau,
"Jika payudara tertekan, bra akan menghalang aliran darah sehingga
mengakibatkan beberapa masalah seperti sengal dan sakit."
Begitu
juga dengan lelaki. Menurut Dr. Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki
yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah
tidak benar.
"Seelok-eloknya, lelaki tidak memakai seluar dalam
yang ketat ketika tidur. Tujuannya sama, supaya tiada tekanan pada alat
kelamin dan darah dapat mengalir lancar," ujar beliau.
Lelaki
boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan ia longgar seperti seluar
boxer. Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar
atau tidak terlalu ketat semasa tidur.
"Memakai seluar dalam
yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada vagina
seseorang wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah
keputihan," kata Dr. Febriansyah.
Selain longgar, lelaki mahu pun
wanita harus memakai pakaian yang mampu menyerap peluh. “Ini kerana
semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.
Justeru, elakkanlah daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak menyerap peluh,” tegas beliau.
SUMBER : http://my.entertainment.yahoo.com/news/tidur-pakai-bra--berbahaya-.html
5 comments:
dah lama dengar tentang info ni waktu zaman u dulu,tapi tak pasti kesahihannya..bagus info ni..elok di kongsi bersama..
Mak i selalu ckp benda ni..
tapi aty sendiri tak selesa tidor pakai bra...huhu...rase macam rimas..huhu..tapi since nyusukan anak ni..kene jage lebih sikit lah..;p
Xpake bra tetek mengelebeh ler
A'aa pernah gak dgr pasal ni ms zmn sek2 dulu lagi..
Post a Comment