Assalamualaikum,
Phew, diam2, dah masuk bulan ke 5 ooh bawak 'dak kecik' dalam perut ni. Kalau selalu berjalan memang sakit ari2 di buatnya. Penat kaki takyah cakap lah. Pergi eskpo hari tu, balik je sampai rumah terus rasa lemah tulang temulang. Kalau di kira kan ada balance lagi 4 bulan je nak bawak 'dak kecik' dalam perut lepas tu insyaallah dia lahir melihat dunia. Sekejap je lagi kan. Tapi kalau kira minggu ada 20 minggu lagi, laaaaammmmaaaaa lagi tuh ! hehee.
So hari ni adalah cek up yang ke 4 dekat klinik kerajaan. Harap2 semua nya baik2 je. Berat tak naik banyak pun. Selalu timbang kat rumah. sekilo dua je naik. Taktau lah esok lusa tulat sampai bersalin macam mana plak kan. Tapi sekarang sikit stress sebab muka dah membulat pakai tudung pun rasa ketat je, nasib lah pakai tudung sarung. kalau bawal segala memang malas, nak pin2 kan. Kalau nak berjimba kadang2 tu ada lah jugak pakai. Kalau nak cepat memang sarung jadi pilihan.
Ikut kata babycenter.com, 'dak kecik' sekarang bersaiz sebijik tomato yang ranum. Sila imejin.
:: ini adalah schedule entri di tulis semalam, saat ini Yana masih di KKIA ::
No comments:
Post a Comment