Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 21, 2014

Celoteh Yana : Part 188 - Review Pampers, PetPet @ Drypers @ BabyLove

Assalamualaikum...


Sebelum Syahir lahir, kitorang dah siap2 belikan pampers PetPet untuk kegunaan siang & BabyLove untuk kegunaan malam, hasil rekomen dari salesman masa baby ekspo kat Midvalley bulan 5,2013.



Dan alhamdulillah vontot Syahir okay je takde naik ruam mahupun melecet. Biasalah baby baru lahir kerap tukar pampers kan, sebab kulit dorang sangat sensitif. Kami pakai dua brand ni dalam 2 bulan jugak. Habis je stok terus stick dengan PetPet je masa tu pakai saiz S lagi. Masuk bulan ke 3, Syahir dah kena pakai saiz M sebab peha n vontot chubby macam ibu hehe...



Satu hari kitorang jalan2 kat Tesco, biasala masuk bahagian kanak2, susu, pampers dan ada sale pulak. Terus terpandang sampel pampers Drypers bergantungan. Terasa hati nak tukar pampers Syahir, cakap kat En.Suami dia okay je. So belek punya belek ambik jugak 1 paket kecik Drypers Wee Wee Dry saiz L untuk try dulu. Kebetulan kami nak travel masa tu so paket kecik sangat mudah untuk dibawa. Paket kecik pun ada 20+ keping dalam nya cukup la pakai 4-5 hari.



Alhamdulillah vontot Syahir pun boleh terima. Dan kadar serapan Drypers pun boleh tahan baik nya. Sama macam PetPet. Yana tetapkan setiap keping pampers hanya boleh pakai paling lama 5-6jam bergantung juga pada berapa banyak kuantiti susu yang Syahir minum dan pegang kawasan depan pampers untuk tahu tahap kebasahan.
Biasalah kalau terlebih minum, ada jugak kadang2 bocor waktu tidur malam. Yana terlajak tidur tukar pampers tak tentu masa. Berak tak pernah pulak bocor walaupun Syahir punya poop jenis yang sedang2 cair.
Puas hati la pakai 3 brand ni.



Jadi kami selang2 beli PetPet dan Drypers je sekarang, tengok mana yang murah walaupun beza harga rm1-2 je. Tapi kalau sebulan beli 2 paket jimat jugak kan rm2-4. Tapi sekarang ternampak pulak pampers Huggies Dry dalam range harga yang sama. Rm30-33 dan kuantiti 80pcs untuk saiz M. Saiz L tak pasti pulak. Teringin nak cuba, kesian vontot Syahir jadi bahan eksperimen. Hehe.. yelah kalau tak try n error mana nak tau kan. Kot2 kedai nanti kehabisan stok PetPet @ Drypers boleh amik Huggies sebagai penyelamat. Teringin jugak nak try brand Fitti ke, Diapex ke tengokla nanti kalau ter bekenan plak kan. Huhu






Apapun, tak kisahla brand apa kita pakai janji sesuai dengan anak2 kita. Jangankan nak jimat tapi kulit dorang takleh terima lagi kesian kan pedih je nanti kita pun sedih tengok.

9 comments:

Unknown said...

Husna dah stop beli diapex dgn huggies utk irfan...diapex cpt bocor..leh tgk kat entry husna psl pampers diapex ni..mommies2 lain pun setuju diapex cpt bocor...yg huggies ok,cuma dia punya plaster dia x best...susah nak bukak...pasni husna juz teruskan guna petpet,mamypoko n drypers je..

Puan K said...

try pampers whoopee nnt... pampers dh penuh pun tak de bau hancing.. dan kadar nak bocor pun agak kurang...

InaYusoff said...

rasenye..pet pet yang terbaik kot..
:)

Nastyna said...

masa kat malaysia dulu JJ ok dengan pet pet, so itu jer yg kami guna. Haaa tak nak bagi melecet vontot jangan harap pada diapers jer, kebersihan kena jaga berak tu terus cuci, kannn.

Nurul Aziz said...

huggies dry tu murah, tapi nipis sangat.. kang cepat penuh.. tapi baby okay, takdehal pun kan.. :) kalau nak guna huggies better beli huggies ultra.. tebal sikit. tapi dulu masa guna huggies guna huggies total protection je.. yang tengah-tengah.. tak tebal, takdela nipis sangat.. boleh la.. macam drypers/pet2 :)

Chekgu Azrine said...

Akk suka brand whoopee..best..tp byk brand yg akk guna utk aish so far okla

- AZIE - said...

akak pernah guna tiga je...whoopee, huggies dan mamypoko. mamy poko guna masa qisya kecik lg..so far memg sgt ok..tp sbb costly tukar kepada whoopee..tp yg xbest whoopee ni keras sikit bhgn dlm tue...tukar lg amek huggies..lebih puas hati..jimat jugak sehari hantar pd pengasuh 6pcs..qisya cuma guna 2-3pcs je sepanjang dgn pengasuh..bontot ok,xde masalah..

bella amanda said...

syifa pkai mamypoko,bgus kering je kt tut...:-)

adam said...

Jom pakat beli online kat 11street.my. Hari ni beli untuk PetPet M76 RM20.33 after less discount coupon RM 11 dan payment by Maybank card entitled less lagi 12%. Consider mula giler dapat harga serendah RM20.33.

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm