Assalamualaikum...
Alhamdulillah Syahir dah selamat di akikah kan pada 3.1.2015 haritu..
Atok & nenek Syahir sebelah Baba dia yang sponsor akikah sekali dengan 2 sepupu perempuan Syahir, Syaqeera & Sofea. Seekor lembu seberat 100kg lebih telah ditumbangkan. Jemputan pun tak ramai. Tak sampai 500 orang pun.
Untuk gegirl berdua tu ada pelamin sebab diorang buat cukur jambul sekali, Syahir dah bercukur masa dia 2 bulan lebih haritu. Kami strat sibuk pada malam Jumaat lagi.. Buat itu ini, paling banyak kerja mak & pak mertua la. Beli barang kemas sana sini, jemput2 mulut saat akhir.
Kami masak sendiri, gotong royong dengan jiran2, sampai jam 4pg baru siap masak. Tapi Yana pukol 12malam dah tergolek ngan Syahir sebab penat siang tu lari sana sini pergi ambik barang & pergi pasar. Petangnya potong2 bawang semua. Alhamdulillah jugak ramai jiran2 datang tolong. Kalau harap kami anak beranak je memang tak siap kot..huhu.
Kira dah selesai satu tanggungjawab ibu & baba Syahir, sok dah besar sikit kenduri sunat pulak hehehe
No comments:
Post a Comment