Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 16, 2015

Celoteh Yana : Part 213 - Bawak Syahir Jalan2 ICT

Assalamualaikum...



Syahir ni memang suka tengok lampu, bunga api.. So haritu kitorang decide bawak dia pergi tengok lampu dekat ICT, Shah Alam. Memang suka la dia dapat tengok banyak lampu, padahal masa tu jam dah pukul 11 lebih. Mata dia pun dah kuyu masa perjalanan. Sampai je ICT terus segar mata dia.


ICT sekarang dah besar, last kitorang pergi masa dia baru bukak. Tahun 2011 kot? Memang dah banyak yang berubah... Dulu mana ada parking area, kitorang parking dekat kawasan berpasir tu je. Dulu mana ada kedai makan banyak macam sekarang, ada macam2 restoran. Ada macam2 jenis permainan & tempat boleh jalan. Dah maju. Tambah lagi dah ada tempat mandi tu kan.


Dapat la bawak Syahir naik train budak tu, tapi Yana la kena teman dia naik sebab kecik lagi kan tak selamat kalau naik sorang. Sekali naik RM 5. Dekat 5 round. Bolehla kan yang tu je sesuai dia nak main, besar sikit lagi sok kita main banyak lagi.




Saturday, March 14, 2015

Celoteh Yana : Part 212 - Akikah Muhammad Syahir Naqiuddin

Assalamualaikum...





Alhamdulillah Syahir dah selamat di akikah kan pada 3.1.2015 haritu..
Atok & nenek Syahir sebelah Baba dia yang sponsor akikah sekali dengan 2 sepupu perempuan Syahir, Syaqeera & Sofea. Seekor lembu seberat 100kg lebih telah ditumbangkan. Jemputan pun tak ramai. Tak sampai 500 orang pun.

Untuk gegirl berdua tu ada pelamin sebab diorang buat cukur jambul sekali, Syahir dah bercukur masa dia 2 bulan lebih haritu. Kami strat sibuk pada malam Jumaat lagi.. Buat itu ini, paling banyak kerja mak & pak mertua la. Beli barang kemas sana sini, jemput2 mulut saat akhir.

Kami masak sendiri, gotong royong dengan jiran2, sampai jam 4pg baru siap masak. Tapi Yana pukol 12malam dah tergolek ngan Syahir sebab penat siang tu lari sana sini pergi ambik barang & pergi pasar. Petangnya potong2 bawang semua. Alhamdulillah jugak ramai jiran2 datang tolong. Kalau harap kami anak beranak je memang tak siap kot..huhu.


Kira dah selesai satu tanggungjawab ibu & baba Syahir, sok dah besar sikit kenduri sunat pulak hehehe








Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm