Keguguran ada banyak jenis,
macam2 masalah boleh menjadi punca keguguran..
Penyebab Keguguran :
Dari sudut kesihatan, keguguran sebenarnya
berlaku disebabkan faktor ibu dan janin. Dalam kebanyakan kes,
usia ibu yang lanjut, ibu berpenyakit seperti kencing manis,
buah pinggang, endokrin dan lain-lain penyakit yang tidak dirawat atau
dikawal rapi boleh membawa kepada keguguran.
Selain itu, kecacatan pada pangkal rahim
(cervical incompetence) dan kecacatan rahim (uterus)
juga boleh menyebabkan keguguran.
Jenis Keguguran :
Threatened abortion (Gugur Ugut)
BIASANYA bakal ibu mengalami pendarahan tetapi apabila pemeriksaan dilakukan, kandungan masih lagi hidup. Pesakit dinasihatkan banyak berehat dan mengelak daripada kerja-kerja fizikal yang berat. Kemungkinan pendarahan akan berhenti dan kandungan kembali stabil itu ada.
Inevitable abortion
MERUJUK keguguran yang tidak boleh diselamatkan.

Biasanya ibu akan berasa sangat sakit dan pemeriksaan mendapati
pintu rahim sudah terbuka.
Complete abortion (Keguguran penuh)
PESAKIT akan mengalami kesakitan dan pendarahan pada mulanya.
Complete abortion (Keguguran penuh)
PESAKIT akan mengalami kesakitan dan pendarahan pada mulanya.
Dalam keadaan ini keguguran berlaku di mana janin dan segala
tisu yang berkaitan keluar dengan sendirinya.
Incomplete abortion (Keguguran bersisa)
KEGUGURAN yang tidak membersihkan seluruh ruang rahim.
Incomplete abortion (Keguguran bersisa)
KEGUGURAN yang tidak membersihkan seluruh ruang rahim.
Apabila pemeriksaan dilakukan selepas keguguran, didapati bahawa
masih terdapat tisu-tisu atau janin di dalam rahim.
Missed abortion
BIASANYA, ia disedari apabila si ibu berhenti mengalami alahan seperti sebelumnya, apabila perut tidak membesar seperti yang dijangkakan atau bayi di dalam kandungan tidak bergerak. Pemeriksaan akan mendapati bahawa janin meninggal.
Septic abortion (Keguguran Jangkitan)
KEADAAN ini berlaku apabila keguguran disertai jangkitan pada fetus,

placental atau endometrium. Demam adalah simptom keguguran
begini dan disertai simptom yang dikaitkan dengan keguguran
biasa seperti pendarahan. Antara sebab berlakunya jangkitan, ia dikaitkan
dengan tisu placental atau fetal yang tertinggal dalam
rahim berikutan incomplete abortion.
p/s :
Tetapi, kebiasaannya keguguran yang kita alami pada peringkat
awal kehamilan adalah disebabkan
ketentuan oleh Allah swt yang sengaja mahu menguji umatnya..
Selalu berdoa dan bertawal supaya dikurniakan rezeki dan zuriat
yang lebih baik, dan sihat...
No comments:
Post a Comment