Assalamualaikum,
sahabat sekalian, setelah keguguran pertama, Yana berehat dari
sebarang aktiviti "bersama" suami..
Biarlah rahim rehat dulu, lagipun mungkin kehamilan sulung
tempoh hari belum menjadi / belum membesar dengan baik, jadi rahim tak berapa terjejas...
Selepas 2 minggu, kami memulakan aktiviti seperti biasa, ...
Kisah sedih keguguran pertama dilupakan demi memberi ruang diri ini berehat..
Kini setelah lebih sebulan berlalu, Yana masih belum period..
Anggapan Yana ianya normal, sebab doktor kata kemungkinan besar
hormon belum stabil, ada setengah orang yang dapat balik 1st cycle
setelah sebulan habis darah gugur, ada yang 5-6bulan.. Jadi Yana tak risau langsung ...
Happy je hari2 macam biasa, dalam pada tu, awal bulan April
kami berpindah rumah..
Kami menetap bersama mertua, (sebelum ni tinggal bersama kakak ipar
di blok bersebelahan tingkat atas sekali, sekarang di tingkat bawah pula..)
Kerja2 mengangkat barang Yana buat yang mana mampu.
Yang berat2 lepaskan pada En.Suami, dia pun faham.. Keluarga mertua pun faham..
Berkemas lah kami dalam seminggu ulang alik dengan sikit2 barang dipindahkan, s
ehinggalah semuanya selesai.. Sekarang kami punya bilik yang lebih selesa,
dan terasa berada di rumah sendiri..
Pada masa ni, Yana balik dari kerja selalu terasa pening kadangkala sampai tertidur..
Yana andaikan kepenatan bekerja, dengan rumah belum siap kemas adalah punca..
Segala habuk, dan barangan berteraburan pun sama main peranan..
Seminggu kemudian, Yana terasa sakit di bahagian buah dada..
Masa ni,dah terfikir
"Eh aku belom period lagi ni lepas gugur haritu" ..terdetik di hati..
Bagitau En.Suami, dia kata buatlah test tu..
Tapi kebetulan masa tu hari cuti, tangguhkan dulu..
Tunggulah Isnin depan pulak buat test tu "hati kecil ni cakap"
APAKAH ADA SINAR LAGI???
No comments:
Post a Comment