Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 1, 2012

Celoteh Yana : Part 1 - Habis Pantang (22 Hari)

Alhamdulillah,
tamat sudah kisah kehamilan sulung
dan kedua Yana untuk dikongsi dengan kawan2,..
Semoga Allah swt akan kurniakan rezeki
yang lebih baik buat Yana sekeluarga lepas ni..


Yana mengharapkan dapat kembar pulak
*Wink Wink* (mana tau rezeki kan :) )


23.5.2012 hari tu Yana dah pergi semula ke
Klinik Kesihatan tu, nak tutup buku...


Jadi, setelah di tutup "akaun" tu,
buku merah kena conteng dekat muka
surat belakang ...hehee

(COMPLETE ABORTION, D&C NOT DONE)


Siap nurse tu cakap "Adik, kena pantang tau !"
Ha, dengar tu, walaupun nurse bukan doktor tapi
dia pun tau kena pantang..
Jangan main redah je kawan2, dah sakit nanti, 
merengek lah macam mana pun. Tanggung jelahhhh ...



Semalam , genap hari ke 22 Yana berpantang..
Ini bermakna, Yana dah bebas.... 


Aip ! Bukan bebas buat sesuka hati, 
sebab Yana masih kena jaga makan, 
jaga diri jangan lasak2 jangan angkat 
benda berat sampai hari ke 100... Lama?? 
memangla sayang, kita orang perempuan ni, 
kenala jaga badan.
Kalau kita tak jaga, siapa yang nak jaga kan :)


Jadi apa yang bebas nya?? 
hehee..sebenarnya tak de apa yang bebas, cuma
bolehla kalau setakat nak lepas rindu dendam 
pada En.Suami kan, sikit2 bolehla.. tamau lebih2..


En.Suami pun dah berkira2 hari,
rindu kat isteri dia yang sorang ni..
Yana dan beritahu dia awal2, 
kita belum boleh ada baby.. 
Yana kena rehat sekurang nya 3 bulan. 
Tapi kalau dah TER EKSIDEN, ada rezeki 
baru Yana bagi tau ye :) 
(mesti mak marah kalau terbaca ni...hehehee)


Yana dah janji pada diri sendiri, 
yang Yana kalau boleh memang nak jarakkan 
kehamilan ni, supaya rahim Yana betul2 sihat dan kuat. 


Dalam tempoh berpantang hari tu, Yana ber urut 3kali, 
bertungku dengan batu sungai, memang besttt..
Kalah bertungku dengan bantal elektrik tu.. 


Kalau ada sesiapa nak berurut atau
bertungku atau apa sahaja yang berkaitan, 
boleh hubungi mak cik ni : 
CIK AS (016 634 4420)


Yana banyak kali dah urut dengan dia,
dia ada pengalaman lebih kurang 22 
tahun dalam bidang ni. 
Yang ada masalah tak boleh mengandung 
pun dia pernah urutkan, mengandung dah orang tu..



Apa pun kuasa Allah swt lah kan,
kita hanya mampu merancang...



errr, tekak ni rasa kering la. 
boleh tak nak order milo ais??

EH NO NO NO !! 
kalau boleh elakkan terus ye sampai bila2.. 
Tak elok !!! 



Okay,sekian berjumpa lagi
episod akan datang..

Assalamualaikum.....

No comments:

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm