Assalamualaikum,
Yelah, kan Yana dah cakap nak rehatkan rahim
koman2 pun 3bulan tapi ni baru habis pantang 2
hari dah terasa nak preggy balik..
Seronok tau perasaan bakal menjadi ibu ni..
Betapa tak sabar nya Yana nak ada ank sendiri..
Sebab tak lama lagi (bulan 9) Yana dan En.Suami
akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama ..
kalau dapat hadiah UPT positif lagi memang best kan :)
Apapun sekarang Yana tengah plan nak start
makan makanan kesihatan dulu, nak kasi rahim kuat,
tingkatkan kesuburan dan fizikal mental bersedia
jadi masih survey produk yang nampak nya
boleh membantu ramai orang, lagi2 yang pernah
keguguran macam Yana...
Produk apa? Produk ni untuk kesihatan dalaman,
menguatkan rahim, meningkatkan kesuburan,
membantu kandungan supaya lebih sihat
dan kalau bertuah akan nampak effect luaran juga..
Macam kulit lebih licin, mulus dan bertenaga.
Kita takkan mudah letih yang mana produk ni
memberi tenaga lebih untuk melancarkan aktiviti seharian kita..
Setakat ni, Yana dah baca testimoni2 pengguna dia,
ramai yang kata insyaallah berkesan.
Yang penting, kita tak menaruh 100% kepercayaan
pada produk semata mata tapi percaya pada kuasa
Allah swt yang lebih utama.
Nanti bila dah start, Yana beritahu ye produk apa.
Sebab Yana pun masih survey, belum beli lagi..
Kalau nak start konsume pun mungkin lepas
genap sebulan gugur iaitu 10.5.2012 ni..
Tengoklah macam mana nanti ok..
Buat masa ni, Yana dah start makan
asid folik balik. Supaya kalau mengandung
nanti, baby dah dapat kebaikan dari nya..
No comments:
Post a Comment