Assalamualaikum,
Yana sangat tertarik dengan tajuk ni,
KEGUGURAN & BULAN RAMADHAN.
Pasti ada yang mempersoalkan nya kan..
Jadi, Yana nak tolong sikit..
Kita tanya doktor yang bertauliah :)
konsultan kanan di
Jabatan Obstetriks & Ginekologi,
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Saya mengalami keguguran beberapa bulan dahulu. Saya hamil lagi dan risau jika berpuasa akan menyebabkan saya keguguran lagi.
Keguguran berlaku kepada sebilangan wanita oleh kerana pelbagai sebab. Jika anda pernah mengalami keguguran, anda akan berasa sangat risau semasa kehamilan berikutnya.
Tiada bukti kajian terdapat hubung kait antara amalan berpuasa dan keguguran.Wanita hamil yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat boleh menjalani puasa dengan lebih baik.
Ia adalah perkara normal untuk berasa tidak selesa mengenai kehamilan selepas keguguran, tetapi adalah lebih baik jika anda berbincang mengenai apa yang anda rasa dengan seorang yang anda percayai. Sesetengah wanita berasa lebih positif dan relaks apabila mereka sudah melepasi minggu di mana mereka mengalami keguguran terdahulu. Baca dengan lebih lanjut mengenai cara menghadapikehamilan selepas keguguran.
sumber : BabyCenter

1 comment:
kalu kita bimbangkan keselamatn kandungan... xpa xpose... normally, time 3 bln pertama la kot, org akn risau2.. :-)
Post a Comment