Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 4, 2012

INFO : Penyusuan & Ramadhan

Assalamualaikum,










Maaf la jika kawan2 semua tengok entri saya 2,3 hari ni berkenaan puasa. hehee, eksaited nak puasa lah kata kan, sambil2 tu, nak kongsi info dengan kawan2 jugak. Sharing is caring kan :)


Pada yang dah ada anak tu, Yana nak share tentang penyusuan di bulan Ramadhan..
Penyusuan bukanla suatu proses yang sukar (cewah belum alami lagi bolehla cakap kan),
kalau kita tahu cara nya.. Dan orang kata, bila kita kekurangan air dalam badan (bulan puasa kita memang kurnag air ye) jumlah susu akan berkurangan. Tapi itu bukan halangan..


Jom baca dan amalkan tips2 yang di beri kat bawah ni :-



Perlukah saya berpuasa semasa menyusukan bayi? 

Jika anda menyusukan bayi, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan – seperti wanita yang tidak sihat atau sedang dalam perjalanan – dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu. 

Keputusan anda bergantung kepada beberapa perkara, tetapi usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada beza jika dibandingkan bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan mendapat makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama. 

Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya? 

Tidak mungkin berpuasa akan membawa kesan kepada bayi anda. Anda sudah tentu akan terasa jika berpuasa memudaratkan – dan mungkin anda perlu berhenti – sebelum penghasilan susu terjejas.

Satu kajian menunjukkan bahawa berpuasa selama 20 jam tidak membawa kesan yang besar kepada penghasilan susu wanita, namun begitu, wanita dalam kajian ini telah dibenarkan minum air. Nampaknya, badan akan menyesuaikan kekurangan makanan atau cecair dengan mengeluarkan tenaga yang lebih banyak. 

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya? 

Jika anda sedang menyusukan, anda tahu ia akan membuatkan anda berasa dahaga. Penyahhidratan akan membuatkan anda berasa tidak sihat. Apabila anda ternyahhidrat, anda akan tahu kerana:
  • Anda akan berasa sangat dahaga.
  • Urin anda akan menjadi pekat atau berwarna kuning gelap dan berbau kuat.
  • Anda akan pening, pengsan, lemah atau letih.
  • Anda akan mendapat sakit kepala atau demam panas atau terasa amat lesu.


TIPS DI SINI !! ALERT PLEASE !! >.<
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  
Jika anda sedar akan tanda-tanda ini, anda perlu berbuka dengan minuman bernutrien seperti jus buah-buahan segar atau kacang soya dan kemudian berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih lagi berasa tidak sihat, anda perlu hubungi doktor anda. 

Adalah penting apabila anda berbuka, untuk minum banyak jus bernutrien sama ada jus buah-buahan, yogurt atau air barli – tujuannya ialah untuk mendapatkan semua nutrien dan cecair dalam satu minuman. 

Sebelum berpuasa semula, minum sekurang-kurangnya lapan sehingga 12 gelas jus buah-buahan, susu atau lain minuman bernutrien setiap hari. Tetapi jangan hanya minum sahaja, kerana amat penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan pepejal daripada makanan. Anda perlu mengambil kira-kira 400 hingga 500 kalori tambahan setiap hari semasa anda sedang menyusukan. Anda akan merasakan sukar untuk makan secukupnya dalam jangka semalaman dan ada kemungkinan penambahan berat badan akan turun. Jika ini berlaku, hubungi doktor anda. 

Untuk sahur, Jennifer Hor, seorang kaunselor penyusuan dan ahli panel BabyCenter mengesyorkan supaya minum cecair dan makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah (low glycemic index, atau GI). GI adalah pengukuran efek kabohidrat atas tahap gula dalam darah. Kabohidrat yang dicernakan cepat mempunyai GI tinggi; kabohidrat yang dicernakan lebih perlahan dan melepaskan glukosa secara perlahan ke dalam saluran darah, mempunyai GI rendah. Makanan GI rendah ialah sebilangan sayur-sayuran dan kacang, dal, mi dan nasi. 
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 


Dapatkah saya menghasilkan susu secukupnya? 

Wanita yang sedang menyusukan masih terus menghasilkan susu semasa berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu badan akan berkurangan. Ini bukanlah satu masalah, tetapi akibatnya bayi anda akan berasa lapar dengan lebih cepat dan mahu menyusu lebih kerap. Anda boleh minimakan ini dengan memastikan diet anda mengandungi lemak yang cukup – tambahkan keju dalam diet, gunakan mentega dan minumlah milkshake. 

Adakah bayi saya akan terjejas dengan perubahan dalam susu badan saya? 

Susu anda akan berubah sedikit setiap masa, bergantung kepada beberapa perkara seperti pemakanan anda dan keperluan bayi anda. Kandungan lemak dalam susu anda akan berkurangan semasa anda berpuasa. Bayi yang masih kecil akan mahu menyusu dengan lebih kerap jika susu badan anda mengandungi kandungan lemak yang rendah kerana dia akan berasa tidak puas selepas menyusu. Bayi yang lebih besar mungkin tidak akan sedar perubahan ini jika dia juga makan makanan pepejal.

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu yang cukup termasuklah:
  • Tidak kerap buang air kecil (bayi yang baru lahir perlu buang air kecil sekurang-kurangnya lapan hingga 10 kali sehari).
  • Kotoran (tahi) yang kehijauan. (Baca lebih lanjut mengenai najis bayi anda.)
  • Tangisan nyaring yang berpanjangan atau meragam.
  • Penurunan berat badan atau berat tidak bertambah.
  • Mahu menyusu lebih kerap atau resah dan meragam setelah menyusu.
Hubungi ahli pediatrik atau doktor keluarga anda jika anda bimbang tentang bayi anda. 

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah? 

Penyediaan rapi sebelum berpuasa akan membantu anda mengelakkan masalah yang mungkin timbul.
  • Uruskan hal membeli-belah, pencucian dan lain-lain yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak sebelum mula berpuasa supaya anda mempunyai lebih masa untuk berehat kemudian.
  • Sentiasa bertenang dan berehat sebanyak mungkin pada waktu siang.
  • Simpan diari pemakanan supaya anda boleh pastikan bahawa anda makan dan minum secukupnya pada malam hari.

Bilakah saya perlu menghubungi doktor? 

Jika anda mula berasa tidak sihat atau risau bayi anda tidak mendapat susu secukupnya, berbincanglah dengan ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin ternyahhidrat atau mungkin bayi anda berasa lapar. Jika sebarang masalah penyususan berlaku, berbincanglah dengan kaunselor penyusuan.




sumber : BabyCenter

5 comments:

Aty Fared said...

info yang sangat2 bagus untuk saye..since saye ngah gigih menyusukan anak dan buat stock..:) mekaseh dear..:)

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

info berguna untuk mommy yg baru melahirkan anak nih

tq

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

yep memang bagus .. cuba lah :)

QA's ~ mamapapa said...

saya pn nervous jgk nk menempuh ramdhan skali lg dlm keadaan BF kn anak yg kecik, jemput follow kmbali :))

!k@ said...

thanks utk info nie..baguslah..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm