Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 31, 2012

Celoteh Yana : Part 39 : Kehamilan Ketiga

Assalamualaikum,


Kalau di kira kira kan, di tolak tambah kan, 
dah nak masuk bulan ke3 Yana kehilangan 
"baby" ke2 Yana tu..
Hari keguguran yang ke2 tu boleh 
baca entri sini : AKHIRNYA .. (10.5.2012)


Jadi, 10.6 dikirakan sebulan berlalu, 
10.7 dua bulan berlalu, 10.8 tiga bulan bakal berlalu.. 
Tempoh "pantang bersama" bakal habis.. 
Ye, memang Yana dah bersedia nak mengandung balik, 
Yana dah ambil asid folik, dah turut program Biodex, 
tapi...... Yana masih ada perasaan takut ! 
Ye, takut untuk KEHILANGAN kali ke3 !!!



Perasaan bila dapat tahu kita mengandung 
adalah satu perasaan yang indah.. 
Perasaan yang tak ada kata2 boleh gambarkan, 
tak ada orang yang boleh merasa kan, 
sebab pengalaman masing2 adalah berlainan. 
Walaupun perjalanan kehamilan adalah sama, 
9 bulan seperti yang ditetapkan oleh Allah swt, 
mungkin ada yang lebih dan ada yang kurang 
sudah melahirkan.. Tapi bagi Yana, 
pengalaman DUA kali "kehilangan" 
membuatkan Yana serik pun ada, sedih, hiba, takut, 
sebab semua orang tahu, anak merupakan "hadiah" 
tidak ternilai dari Allah swt untuk pasangan yang 
telah berkahwin. 
Anak juga akan menjadi pengikat cinta antara 
suami dan isteri, anak juga yang akan menghiburkan 
hati ibu dan bapa nya dikala mereka gundah.. 
Anak juga lah yang akan mendoakan kedua 
orang tua nya di akhirat kelak.. 
Yana jadi tambah sedih setiap kali terbayang 
wajah mak, ayah dan adik beradik yang lain, 
yang mengharapkan si comel menghadirkan diri 
dalam hubungan sah kami ni.. 
Kadang2 terasa bila adik lelaki Yana yang rapat, 
cuba2 pegang perut Yana sambil kata "tak besar pun" .. 
mungkin dia pernah terdengar yang Yana 
mengandung sebelum ni, tapi dia tak tahu "anak buah"
dia tu dah tunggu ibu nya ni di syurga.... 
Yana hanya terseyum sambil kata "tahun depan besarlah".. 


Ye, Yana memang ada plan nak mula mengandung 
kalau bukan tahun ni, awal tahun depan... 
Kita merancang Allah swt menentukan.. 
Cuma masih ada perasaan TRAUMA yang 
sangat sukar Yana lupakan.. 
Mungkin juga Yana kena plan betul2, 
mungkin bila dapat tahu diri mengandung 
terus ambil MC tanpa gaji selama 3bulan supaya 
kandungan betul2 kuat, atau berhenti kerja 
sebelum bercadang untuk mengandung.. 
Semua ni Yana dah fikirkan, tapi macam mana nak ambil MC 3bulan sedangkan hanya Yana seorang bekerja di ofis ni.. Bagaimana nak berhenti kerja sedangkan 
banyak tanggungjawab harus di pikul?? 
Persoalan demi persoalan keluar dalam fikiran Yana, 
mungkin juga Yana hanya patut berserah pada Allah swt untuk menentukan perjalanan kehidupan kami. 
Melalui cara apa sekalipun.. 
Yana perlu berserah dan tawakkal.. 


Ada cerita ....
Baru2 ni, Yana berjumpa seorang kawan, 
yang membeli barangan kucing dari Yana.. 
khabar nya anak lelaki nya baru berkahwin Januari tahun ni.. 
Isterinya bunting pelamin.. 
Tapi selepas beberapa minggu mengandung, 
dia rasa sakit sangat pada kawasan ari2.. 
Setelah pemeriksaan dijalankan, didapati dia 
HAMIL DI LUAR RAHIM : DI SALURAN TIUB FALLOPIO.. Dan saluran itu terpaksa di buang !! 
Ya Allah besar nya dugaan dia kan.. 
Baru berkahwin, didapati hamil terpaksa menerima 
berita DUKA pulak ! Kini tinggal satu tiub sahaja !

TETAPI... 
dengan kuasa Allah swt dia telah hamil semula ! 
Dan kini, kandungan dia telah pun berusia 3BULAN lebih.. Rezekiiii...Yana tumpang gembira.. 
Walau hanya mendengar cerita tu dari ibu mertua dia, 
Yana tetap dapat rasa kan betapa mereka sekeluarga 
bersyukur dengan kurniaan Allah swt tu.. 



Apa yang Yana harus lakukan?
Mencuba, dan berserah pada Allah swt??





HANYA ALLAH SWT YANG TAHU JAWAPAN NYA.....

Monday, July 30, 2012

Celoteh Yana : Part 38 : Terkorbanlah Puasa ku...

Assalamualaikum,




Camane puasa korang? Masih penuh lagi? urm, Yana setakat ni okay lagi lah.. cuma semalam TERBUKA pose sebab rasa nak pitam. Semalam Yana ada buat delivery barang jualan kucing ke Bangi dan Cheras.. Sebelum tu, dok angkat barang tu turun tangga dan jalan kaki lebih kurang 5 minit nak ke parking kereta,, masuk kereta terus rasa nak pitam. Berpeluh sakan. Yelah masa tu perut kosong, padahal pagi tu dah makan nasi goreng minum nestum masa sahur tapi still rasa tak boleh blah.. Dalam perjalanan Yana dah rasa tak sedap perut, turunkan seat kereta, terus rasa macam ter awang awang,. Nak muntah pun ada. Tanya En.Suami, rasa macam nak buka, takleh tahan sangat la.. Sambil tu dok sendawa angin sampai rasa nak muntah.. Ada gaklah dalam 10 minit Yana cuba tidur still rasa tak selesa..perut mula rasa nak bergelodak. Last2 En.Suami singgah kat Petronas, Yana beli lah air mineral dan roti 2 paket. Maka TERKORBANLAH PUASA SEMALAM .............. Sedih jugak, sebab masa tu dah masuk jam 3.. Tapi memang rasa tak mampu dah nak tahan.. 
Harap2 harini, esok dan seterus nya takde masalah..

Saturday, July 28, 2012

LESS WORD : Kasih Ibu & Bapa

Tuesday, July 24, 2012

"AXE Anarchy Island Getaway"

AXE Anarchy Island Getaway


Dengar nama nye aje dah cukup membuatkan aku teruja !! Siapa taknak percutian percuma ke Pulau Carribean bersama insan tersayang ??? Ye, Nuffnang akan bagi pada 2 orang yang BERTUAH !! 

Nak join jugak :)



Aku punyai cara tersendiri untuk memikat wanita, dan aku dah aplikasi kan cara aku tu dekat isteri aku..
Dari hari pertama kitorang bercinta, sampai lah harini, kitorang dah jadi pasangan suami isteri. Kali pertama aku kenal dia, masa kitorang kecik lagi.. Sekolah rendah, kitorang naik bas yang sama .. Masa tu isteri aku nampak eksyen sangat, dia berdiri atas tangga bas, sambil pandang aku amcam nak telan. Bila masuk sekolah menengah, kebetulan masa tingkatan 4 kitorang dapat kelas sama.Tempat duduk dia belakang tempat aku.. Masa tu dia bercinta dengan orang lain, tapi aku selalu kacau dia.. Aku dapat rasa kan dia suka kat aku *blink blink*

Setiap hari aku suruh dia tolong bawak kan balik beg sekolah, aku pergi melepak dulu dengan kawan2. dan aku akan ambik beg tu kat rumah dia... walaupun dia marah, sebab terpaksa bawak beg aku, tapi sebenar nya dalam hati dia suka ! (Aku agak lah, sebab dia rela je kan?) Aku dapat rasa macam aku ada jodoh dengan dia .. Jenis aku pulak, kalau aku nak kan sesuatu memang aku akan usaha sampai dapat ! Hari demi hari berlalu, aku dah tak boleh tahan .. Aku memang betul2 dah suka kat dia, (masa ni dia dah putus dengan pakwe dia), suatu petang lepas balik dari sekolah.. masa tu aku ingat lagi, kat TV tengah mainkan 1 drama Mexico yang kitorang memang suka follow cerita tu.. Dia suruh kawan dia telefon aku sebab dia memang nak sangat luahkan isi hati  .. Dia suruh kawan dia cakap aku nak jadi pasangan aku ! Aku kata boleh .. Tapi aku nak cakap telefon dengan dia, so kawan dia pun pass line kat dia..
Dia : "hello"
Aku : "hello"
Dia : "urm, boleh ke?"
Aku : "boleh apa?"
Dia : "nak couple"
Aku : (sambil ketawa kecil) "boleeehhh"
Dia : (ketawa jugak, malu gila !) "okay, bye"

Terus aku letak gagang talifon, kan aku dah cakap ! Dia memang ada hati kat aku.. Sebab tu dia okay je kan bawak kan beg sekolah aku ! hahahaa
Besok nya, jumpa dekat sekolah dia dah tersipu sipu malu .. Bermula dari hari tu lah hubungan kitorang..
Kitorang jalani hari2 biasa macam budak sekolah lain, bila waktu balik dari sekolah, dia mintak aku hantar dia sampai rumah (aku dah ada motor dah masa ni).. Sampai dekat area rumah dia, dia turun motor dan nak tunjuk aku ni pakwe yang macho dan boleh jadi suami yang baik, sambil aku nak pikat lagi hati dia, aku suruh dia salam tangan aku, cium sekali.. Pergh, mithali dapat awek camni ! Aku dah cakap dalam hati, "boleh buat bini ni" ;)

Hubungan kami berjalan macam pasangan lain, dalam diam, aku jadi terlalu sayang pada dia.. Seminggu sebelum hari jadi aku, dia belikan aku t-shirt LEVI'S, dia naik bas dari rumah sampai Pertama Complex.
Dia bungkus cantik2 dalam kotak, aku letakkan surat cinta sekali gambar dia dalam kotak tu, kat belakang gambar tu dia tulis "Abang, semoga hubungan kita berkekalan selama-lama nya.. I LOVE U" Romantik jugak dia ni !
Pada hari jadi aku, dia berikan kotak tu pada aku, aku buka sambil tersenyum dan ucap terima kasih kat dia.. Gambar dia aku letak atas meja dalam bilik.. Surat cinta tu, aku cakap tunggu aku balik baru aku baca.. 

Kitorang dibuai perasaan yang indah, yelah orang bercinta kan.. Lebih kurang 4tahun bercinta, suatu hari, tak aku duga aku dapat tahu yang dia ada berkawan dengan lelaki lain ! Aku tak faham kenapa, aku jadi marah, sakit hati dan kecewa... yang teramat ! Aku tak dapat terima orang yang aku sayang bersama lelaki lain ! Aku nekad, aku memang betul2 sayang kan dia, dan aku nak dia jadi suri hati aku sorang je, aku nak dia dengan aku sorang je sampai mati ! Aku tanya pada dia, apakah dia masih sayangkan hubungan kami.. Dia jawab ye,, dan lelaki tu hanya kawan biasa.. Aku sedaya upaya nak tawan hati dia, aku belikan dia rantai silver berharga ratusan ringgit, aku bawak dia pergi shopping setiap kali aku dapat gaji, aku bawak dia pergi tempat makan yang dia nak, bercuti...pendek kata semua aku buat untuk dia.. Dia hanya perlu sebutkan je, aku akan usaha kan. Walaupun aku tak ada belanja untuk diri sendiri, yang penting aku dapat tawan hati dia.. AKU MESTI TAWAN HATI DIA !!

Aku sanggup menitiskan air mata sebab dia, ye, memang aku sayang dia.. Dan aku buat keputusan, aku kena lamar dia untuk menjadi milik aku selama nya.. Setelah 7tahun berkawan, duit simpanan aku pun dah cukup, aku hantar rombongan meminang dia.. Aku dan dia ditunangkan selama 6bulan, dan pada 24.9.2011 dia telah sah menjadi isteri aku ! Aku telah tawan hati dia untuk hidup bersama aku, selama - lamanya.. Aku bawak dia ber bulan madu ke Phuket, Thailand 4hari 3malam.. Kami sama2 menikmati saat tu.

Dan kini, aku masih tetap setia menawan hati isteri aku, setiap bulan aku serahkan tugas menjaga kewangan pada dia, aku buat dia tahu yang dia orang penting dalam hidup aku. Setiap kali ada duit lebih, aku akan bawa dia bercuti.. Aku akan suruh dia minta atau tentukan apa dia nak beli, .. Aku akan cuba penuhi setiap permintaan dia.

Dan kini, aku rasa aku layak memenangi percutian ke Pulau Carribean anjuran AXE dan Nuffnang sebab
aku nak bawak dia ke negara luar pulak. Menikmati suasana di tempat mat saleh,  pasti isteri aku mesti akan lebih gembira kalau dia tahu aku buat ni semata - mata untuk dia ... SEBAB AKU SAYANG SANGAT DEKAT DIA.




hasil nukilan : MOHD SYUAIB BIN ABDUL MALEK
(suami kepada NURDIYANA BINTI MOHD ROSDI)

Monday, July 23, 2012

Celoteh Yana : Part 37 - Dah Nazak !

Asalamualaikum, 



Selamat Berpuasa hari ke 3, Alhamdulillah, 
Yana masih berpuasa sehingga hari ini. 
Penuh.. Harap2 tak payah lah nak berganti kan.. 
sebab nya ikut date , yana sepatut dah period 21 haribulan. 
Tapi belum ada lagi ni.. Hurm, hormon ni menggila lagi.. 
Ooopps, Yana tak mengandung pun, sebab masih "pantang" :)



Ye, dah nazak ! Apa yang nazak? 
KUOTA BROADBAND ni hah ... 
Sebab selalu tengok video best2 dan 
comel2 korang siarkan, makin kuranglah 
kuota ni.. Dah limit sangat tinggal lagi tak 
sampai separuh MB pun !

kesiaaaaannn, nak tunggu bil masuk, 
kena tunggu 28 haribulan.. Sementara ni, 
kena beli 1GB berharga RM28 
(kira macam topup la).. 
melayang lagi duit nak raya.. hehe.. 
Takpe, En.Suami bayarkan.. 
Terima kasih sayang.. 
Kalau tak topup camne nak blogwalking kan?? 
Rindu tau hari2 nak baca entri korang..




Tadi singgah kat blog Kak Hana ternampak bingka bakar 
atau Yana biasa dengar mak sebut nama BENGKANG ... 
Sedap nya letak bijan makan suam2,,, 
perrgghh sementara nak menunggu dia masak, 
bau dia memang menusuk kalbu ! 
Petang ni dah plan nak buat.. 
Kat sini ada resipi dia kalau korang nak cuba, 


JOM KITA BERBINGKA petang ni :)
Senang je nak buat tu... Campur2, 
blend2 masuk loyang, BAKAR... 

Ni resipi nya :  Resipi Bingka Kak Hana


Selamat Mencuba ! 

Celoteh Yana : Part 36 - Parenthood Expo @ Midvalley KL

Assalamualaikum ,



Mak bapak mana terlebih duit, rajin nak berjalan sakan sambil berpuasa, sila lah menjenguk ke Ekspo IbuBapaan dekat Midvalley ni .. Nak tambah stok barang2 anak pun boleh ;)













Macam2 ada . . . . . .  ;)

Saturday, July 21, 2012

LESS WORD : Simpan Sedikit ..

Friday, July 20, 2012

Yana Shop : Almond Biscotti

(sticky post sampai 20.7.2012)
sila skrol lagi untuk entri baru :)



Assalamualaikum, 








Siapa tahu, apakah nama makanan ni?? 
hehee, dah ada tajukkan mesti ramai dapat teka.. 
Ye, nama nya Almond Biscotti ! 
Rasa nya macam mana? Yum yum !
Sedap !! Dengan limpahan kacang badam, 
biskut nye rangup sekali rasa nya cukup !


Biscotti ni enak dimakan begitu saja (tiru lagu Gardenia), 
sambil tengok TV or layan blog, 
cicah dengan air panas2 pun sedap.. Coffee or tea.
Pergh, Yana baru dapat sample semalam, 
dah habis kudap sebalang..



Biscotti ni di datangkan khas 
dengan balang comel. 
Nak buat kuih raya pun boleh, nak makan 
sendiri pun boleh, nak jadi hadiah pun boleh ! :)




Nama Barang : ALMOND BISCOTTI 

Jumlah : 45 - 50 keping 1 balang

Harga : RM 20 1 balang TIDAK TERMASUK POS  
Harga 2 balang RM 40 TERMASUK POS 
(order harini esok dapat terus boleh makan !)

Kandungan bahan : Tepung gandum, kacang badam,
serbuk penaik, garam, gula dan telur.




BERMINAT SILA TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH :)
ATAU EMAILKAN ORDER KEPADA
yanapinggiran@yahoo.com.my


CHOP CHOP CHOP !!! 
Sekarang ada harga pengenalan, 
RM 20 1 balang TERMASUK POS !!!
Besttttt, cepat order !! 














Celoteh Yana : Part 35 - Solat Sunat Tarawikh

Assalamualaikum ,


Kita nak puasa kena solat tarawikh sekali..
Ramai yang share niat puasa dan doa berbuka tapi belum nampak yang share niat solat tarawikh..

Jadi, dibawah adalah niat nya ye ;;



Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.


Serba sedikit info tentang solat tarawikh :-

Hukum

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Bilangan Rakaat
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. 

Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat tarawikh, Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, “Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup”.
Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka. Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.
Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabien di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata, “Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.[1]
Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Kelebihan Solat Tarawikh
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.



sumber : Wikipedia

Celoteh Yana : Part 34 - Ramadhan Al Mubarak =)

Assalamualaikum,


Sahabat sekalian, diam diam dah nak berpuasa ye.. Pada detik 12 malam ini, bermulalah perjalanan kita dalam bulan yang penuh berkat ni, iaitu bulan RAMADHAN. Alhamdulillah, Allah swt masih kurniakan kita kesihatan yang baik, mengizinkan kita meneruskan kehidupan dan menyambut sekali lagi bulan MULIA ini..

Jom kita sama2 penuhkan aktiviti di bulan berkat ini, dengan aktiviti baik dan mencari keredhaan Allah swt.

Ingat lagi tak niat puasa :



NIAT BERPUASA SELAMA SEBULAN


“Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi hazihissanati lillahi taala.”
Sahaja aku puasa bulan Ramadan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.



NIAT BERPUASA HARIAN


“Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”
Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.


DOA BERBUKA PUASA :

"Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin"

Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang




MAKANAN SUNNAH NABI saw :







Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan


Pokok kurma berasal dari Teluk Parsi namun 
banyak di tanam di China & US. Daun dan 
batang kurma pernah dijadikan atap dan bumbung 
semasa membina Masjid Madinah oleh Nabi Muhammad SAW.


Dari segi khasiat kurma kaya dengan tenaga, 
serat (potasium), vitamen dan mineral. 
Kandungan tenaga yang tinggi dapat mengembalikan 
paras gula rendah dalam darah kepada normal 
semasa berbuka. Amalkan 3 biji sahaja.



*MOH BERTARAWIKH
MALAM NI DAH START* :)

Thursday, July 19, 2012

INFO : Jangan Lakukan !





Gambar di atas menunjukkan, 
regangan otot di bahagian siku ...
Pada ibu bapa yang SELALU melakukan aksi ini, 
SILA BERHENTI JANGAN 
PERNAH BUAT LAGI. 


Kajian menunjukkan bahawa, 
semakin kerap aksi ini dilakukan, 
otot di bahagian siku anak akan meregang dan seterus nya mengakibatkan struktur tulang lari dari tempat asal.


Menakutkan bukan?? So, sila lah berhenti ...

Sayangi lah anak anda.. 

INFO : Panduan Dalam Membesarkan Anak (2)

Assalamualaikum,














Tambahan dari episod 1 : KLIK SINI



1. Sekurang² sekali sehari, beritahu anak-anak supaya takut kepada Allah bukannya takut pada makhluk.


2. Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari dengan niat yang ikhlas di dalam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus berkata bahawa anda sayang kepada mereka. Ramai org tahu, tp jarang buat.


3. Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan sesekali tidak ambil endah dengan apa yang diluahkan oleh mereka. Kadang² dengan cara begitu mereka mahukan lebih kasih sayang.


4. Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap terutama di hadapan mereka.


5. Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”, meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya. Kronologi untuk anak² kita :)


6. Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’ walaupun pada anda ia bukannya lawak mana. Mereka akan rasa lebih dihargai.


7. Puji setiap percubaan baik yang dilakukan oleh anak tanpa menghiraukan keputusannya. At least mereka dah try.


8. Ambil gambar hari pertama setiap permulaan sesi persekolahan anak kemudian abadikan kenangan tersebut dalam album berasingan.


9. Sentiasa cabar pengetahuan dan minda anak, hiburkan suasana itu dengan sama-sama mencari jawapan kepada cabaran tersebut.

Wednesday, July 18, 2012

Celoteh Yana : Part 33 - Duhai Para Isteri

DUHAI PARA ISTERI..

♥ CINTAI LAH SUAMIMU MU SEPERTI SEORANG KEKASIH,
LAYANINYA PENUH KASIH SEOLAH-OLAH HANYA DIA INSAN YANG PALING UTAMA DALAM HIDUPMU

♥HORMATI SUAMI MU SEPERTI SEORANG PEMIMPIN,
UTAMAKAN KEPENTINGANNYA SERTA DAHULUKAN KEHENDAKNYA

♥HARGAI SUAMI MU SEPERTI SEGUNUNG PERMATA,
WALAU TIKA DUNIA MENENTANGNYA, TETAPLAH BERSAMANYA

♥TERIMA LAH DIA SEADANYA,
WALAU PADANYA TIADA HARTA DAN PANGKAT ATAU KELEMAHANNYA MENGGUGAT KESABARAN

♥MESKIPUN DIALAH RACUN DIALAH PENAWAR,
TATANG LAH DIA SEPERTI MINYAK YANG PENUH,

♥ANGGAP LAH SUAMIMU YANG TERBAIK,
INSYAALLAH YANG TERBAIK JUA YANG AKAN KEMBALI PADAMU

~♥~Amatlah baik seorang isteri yang mampu melayani suaminya yang turut menunaikan hak2 isterinya, tetapi amatlah bijaksana seorang isteri yang masih mampu melayani suami yang tidak menunaikan hak2 isteriya...hanya kerana dia tahu segalanya tidak sia-sia dan pasti diganjari syurga yang abadi.~♥~

LESS WORD : Kekeluargaan

Tuesday, July 17, 2012

Celoteh Yana : Part 32 - Mengantok !

Assalamualaikum, 






Yana sekarang tengah praktis nak puasa... so sebolehnya memang taknak jamah nasi..
Tapi sekarang musim hujan petang, mesti akan terasa lapar sikit2, semalam Yana boleh bertahan, makan roti celup milo panas saja, lepas bertahan selama berjam jam dari bangun tido sampai jam 4.. Lepastu dah tak boleh tahan, Yana order la milo panas tu. Hari ni, perut mengada ngada, lapar menggigit dinding perut (eh, lapar ada gigi ke?) Terus Yana jalan kaki pergi bungkus nasi berlauk. Sungguh tension sebab impian nak "avoid" nasi selama sebulan belum dipenuhi sebab skip hari ni.. Tak kisahla.. 
Cuma, lepas dah jamah tadi, mata rasa berat, ibarat Setan Nirrojim sedang bergayut. Beberapa kali juga mata ni terpejam ! Sangat geram sebab kerja bertimbunan menjerit minta disiapkan sedangkan pekerja yang berhemah ni sedang mamai.. Ya Allah, ampunkan dosa aku hari ni mungkin makan gaji buta. 
Nampak nya nasi bukanla jawapan kepada perut lapar lepas ni. Taubat takmau makan lagi terutama waktu kerja, mungkin akan makan apa bila duduk takde kerja di rumah.. Oooh, sebelum lupa nak bagitau..
Sepatut nya 18-19 ni Yana akan period.. (motif?) saja bagitau korang.. Yana dan En.Suami tak buat baby pun lagi.. buat biasa2 je, .. Dah kata kena tunggu 3 bulan kan. Ikutkan hati Yana, langgar je, kasi eksiden tapi takut pulak hehee.. Ok bai ! (sungguh penutup yang tak best)


p/s: perlu kah daku mengoder nes-k-pe ?? (nescafe lah)

Celoteh Yana : Part 31 - Suami

Assalamualaikum,




Suatu malam semasa baru je labuhkan badan di atas katil, 
(masa ni En. Suami dah baring),
En.Suami capai tangan Yana, genggam, dan cakap 

En. Suami : Orang terbaca dalam paper ke mana ntah, 
"Kalau suami pegang tangan isteri sebelum tidur, 
akan terhapus dosa isteri tu"

Yana : gulp (terkedu dan terdiam je)
Lepas 2 minit, baru Yana cakap, "Terima kasih B"




Ya Allah, terima kasih ko kurniakan aku "suami" ini,..
Walaupun kadangkala sikap dia ada buat Yana geram.
Tapi dia masih cuba amalkan sesuatu yang mampu 
"mengurangkan" dosa isteri dia ni,.. hehee. 



Malam tu, atak tito tenyummmmm ... =)



p/s : tak pasti dosa yang terhapus ialah dosa pada hari itu atau bila punya dosa.. 
Sebab i'm SPEECHLESS ! tak nak tanya bebanyak..


Monday, July 16, 2012

Celoteh Yana : Part 30 - Ajar Anak Pandai Bahasa Inggeris

Assalamualaikum,



Yana dapat tips dari Facebook.. 
Yana nak share jugak dengan kawan2. 
Yelah Yana kan belum ada anak lagi,
 jadi kawan2 yang dah ada anak boleh start 
PRAKTIK kan pada anak2 tu,.. 
Siapa taknak anak bijak kan? 
Lagi2 kalau boleh "speaking LONDON" ... 
Kalau kita nak harap mereka bijak sendiri boleh, 
cuma lambat la.. Kalau tak di asuh.. 


Ni antara 3 tips yang boleh di guna 
pakai dalam sesi mengajar anak bahasa Inggeris ! =)




1. Guna sumber pengajaran seperti flash card, poster, vcd, cd dan lain2 untuk wujudkan persekitaran yang sesuai untuk anak belajar. Budak² memang cepat belajar kalau ada banyak warna warni, grafik menarik, dan muzik.


2. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah . Pastu terangkanlah kepada mereka yang paling penting ibu bapa kena ULANG² dan TERANGKAN pada mereka. Jika anak² bertanya elakkan drp berkata "Pergi main jauh²", "Mama penat kerjalah, anak mainlah sendiri". Anak² akan frust dengan jawapan tersebut dan mereka akan carik kawan² untuk bermain.


3. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda. Kalau kita nak SMS dengan kawan takpa, tp jangan apply untuk anak²
















PENGAJARAN BOLEH BERMULA 
DARIPADA ANAK DALAM PERUT LAGI, =)



Selamat Mencuba !!

Sunday, July 15, 2012

INFO : Panduan Dalam Membesarkan Anak (1)

Assalamualaikum,




Berikut Yana berikan sedikit tips, dalam memudahkan ibu & bapa menjaga anak.. Cewah, diri sendiri pun belum ada anak lagi :)
Takpe, sharing is caring kan? 



Jom layanssssssss...........




TIPS 1) Pemakanan

Ibubapa perlu WAJIB memberikan makanan yang berkhasiat dan cukup dari segala protien,mineral,vitamin,kalsium dan lain-lain lagi. Makanan yang baik dapat membentuk tumbesaran otak dengan sempurn
a.

Susu - Kalsium
Ikan - Protein
Minyak Ikan Kod - Multivitamin


TIPS 2) Keadaan Sekeliling

Kawasan persekitaran anak-anak anda juga memainkan peranan yang penting untuk menjadikan anak yang bijak. Rangsangan ibubapa sangat penting dengan cara menyediakan kawasan permainan khas untuk anak-anak kecil anda. Permainan yang sesuai akan merangsang minda si kecil. Selagi si kecil tidak membuat aktiviti yang bahaya, jangan sekat kemahuannya kerana itu adalah proses untuk dia menjadi kreatif.

TIPS  3) Pengalaman Luar

Sediakan peruntukan khas untuk membawa anak-anak pergi ke tempat lain untuk menimba ilmu. Suasana yang berbeza dari yang biasa mereka lalui pasti akan merangsang mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru. bak kata pepatah "jauh perjalanan luas pemandangan" 

TIPS  4) Beri Peluang

Dalam melatih anak anda menjadi pintar apa yang penting ialah melibatkan anak anda dalam sesuatu situasi. Jangan pinggirkan mereka hanya dengan alasan anak anda masih kecil lagi.itu adalah kesilapan yang sangat BESAR! Contohnya jika anda ingin mengecat rumah cuba libatkan anak anda dalam membuat keputusan bersama dalam memilih warna yang ingin dipilih.ini dapat merangsang anak anda untuk berfikir dan secara tidak langsung akan menanam satu perasaan dalam hati anak anda yang DIA JUGA PENTING DALAM KELUARGA dan diri rasa diberi penghargaan.

TIPS  5) Beri Penghargaan

Anak-anak suka jika apa yang mereka lakukan mendapat perhatian dan mendapat pujian terutama dari ibubapa mereka. Contohnya apabila anada meyuruh mereka membuat sesuatu kerja apabila anak anda berjaya melakukan cuba beri satu penghargaan seperti memberi hadiah. Cara ini pasti akan menggembirakan anak anda. Dengan rangsangan sedemikian anak anda akan menjadi lebih rajin dan taat kepada anda.

INFO : Kenali Sikap Anak Manja

Assalamualaikum








Ibu & Bapa di luar sana, jom belajar dan kenali sikap anak manja, adakah anak anda ada sikap2 begini?? :)




1. Mereka menangis dan berteriak bila ingin sesuatu.

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan tak mahu bangun.

3. Sering marah dan bahkan memukul anda ketika anda menghukumnya.

4. Mengabaikan pertanyaan anda.

5. Bersikap kasar pada orang dewasa dan anak-anak lainnya.

6. Menolak mainan atau perlakuan tertentu dengan adik beradik yang lain.

7. Suka mempamer, dan menjadi perhatian diantara kelompok mereka.

8. Selalu menginginkan yang dimiliki orang lain. Bila telah berhasil memilikinya, mereka selalu menginginkan sesuatu yang baru.


Sila SHARE jika tips ini bermanfaat :)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm