Saturday, June 2, 2012

INFO : Resipi Berpantang

Ikan Masin Lada Hitam
Bahannya:
Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
Lada hitam

Caranya:
Tumbuk bahan tersebut dan jika
suka boleh ditambah perahan limau
dan gaulkannya sebati.


Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahannya:
Daging hihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa

Caranya:

i)Perapkan daging bersama halia ,
bawang putih dan bawang besar yang
telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
ii) Panaskan minyak, masukkan
daging bersama bahan perap, tambahkan
air mengikut keperluan bagi
memastikan daging lembut. 
iii)Setelah empuk,
boleh ditambah dengan garam dan
serbuk perasa mengikut keperluan dan
juga hirisan bawang besar.


SUP AYAM
Sup ayam hendaklah direbus hanya
dengan rempah tumis,
lada hitam, garam dan halia yang banyak.
Supnya tidak boleh banyak.


SUP KENTANG
Orang berpantang tidak boleh banyak
minum air dan makan makanan berminyak.

Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang yang dicampurkan dengan Suun.

Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak.


Buncis tumis lada itam
Bahan tumis (ditumbuk)
Ikan bilis (secekup)
2 biji bwg merah(kecil)
1 biji bwg putih
1 sudu besar lada itam

1. tumiskan bahan yg ditumbu
 (dlm 1-2 sudu besar minyak masak) 
hingga naik bau masukan 1/2 cawan air.....
pastu masukkan kacang buncis kacau2 
(buncis jgn sampai layu sgt)...siap utk 
dihidangkan...mudah bangat....


sawi tumis
sawi tumis air ni la yg hari2 dok mkn..
tumbuk bwg putih ngan ikan bilis..
rebus ngan sawi..sedap gak..
pastu ikan selar goreng...
lps 2 minggu dah start mkn ayam...


ha, senang2 je lauk orang pantang ni, 
En.Suami pun boleh tolong masakkan 
(kalau rajin ler dan pandai, jangan pandai2 
nanti terbakar pulak dapur tu)


Okay, kalau nak banyak lagi resipi 
berpantang boleh refer ke






SELAMAT MENCUBA !!! :)

2 comments:

IntaNBerliaN said...

mak akak dulu ms akak berpantang dulu, siap beli buku resepi berpantang lg.. hihii

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

hehe..saya malas beli buku sebab nanti bila tak pakai dah semak, dan tak berbaca lagi.. survey online je, mudah dan pantas.. dan tengok boleh delete.. kuakuakua

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm