Tuesday, December 4, 2012

Celoteh Yana - Part 77 : Spagetti Bolognaise

Assalamualaikum,


Semalam Yana masak Spagetti Bolognaise 
(betul ke eja ni?) kuah Prego.






Nak resipi ke? Ambillah kalau nak :)

1) Spagetti San Remo - sepaket direbus 
dengan air secukup nya, tambah garam sikit 
dan minyak supaya spageti tak melekat bila 
dah tos. Nak tukar minyak dengan butter pun boleh.


2) Bawang besar - 1 labu dipotong kecil
3) Bawang putih - 3 ulas dipotong kecil
4) Cili merah / cili boh - ikut suka nak pedas mana
5) Cendawan butang - 7-8 biji dihiris sederhana
6) Sosej ayam / daging - 4 batang dihiris sederhana
7) Daging hancur - setengah paket
8) Sos Prego - sebotol besar
9) Garam & Butter secukup nya

**Bahan 2,3,4 nak blend sekali pun boleh.

CARA NYA :
Panaskan kuali / periuk, masukkan butter 2 sudu besar, 
Tumis kan bahan 2,3,4 dahulu sampai naik bau, 
masukkan daging hancur, separuh botol Prego, 
kemudian masukkan cendawan, sosej, 
garam secukupnya. Masak sampai mendidih, 
masukkan sikit air (ikut suka nak cair atau tak)... 


Siap masak, spageti yang ditos kan tadi 
letakkan dalam pinggan, cedukkan kuah tadi 
ke atas nya dan SIAP, wallah senang sangat, 
sedap pun sedap :)



Anak buah pun suka, tapi dia makan dengan 
kicap 4-5 helai jelah.. 


3 comments:

Mrs Lurve said...

dh buat weekend lepas, sebungkus..xsangka boleh habis gara2 anak buah yg ramai huhuhuhu

IntaNBerliaN said...

kak ina kalau buat, sndiri mkn sbb hubby xsk sgt.. hihi

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Mrs Lurve : mest seronok makan berjemaah kan. Habis plak tu ")

Kak Ina : suami sy suka.. 2x tambah !

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm