Assalamualaikum,
Sejak tak kerja, tak ada computer depan mata.
Harapkan update pakai fon bila nak update je anak
sok sek sok sek berbunyi. Sabtu lepas Syahir dah
masuk 4 bulan, bertambah sihat . 7.4kg sudah ..
Dah pandai meniarap 2 hari sebelum tukar bulan.
Alhamdulillah sihat anak ibu.
Rutin kami macam biasa je, Yana dah mula rasa
rindu nak kerja. Urm mungkin akan kerja bila
dah pindah nanti, insyaallah dalam 2,3 bulan lagi.
Urusan tinggal 20%. Selepas tu bolehla kami
hidup berdikari. Dan Syahir pun akan duduk dengan
pengasuh kalau ibu kerja. TAPI HANYA JIKA
ibu jumpa pengasuh yang sesuai, selagi tak jumpa
ibu TAKNAK kerja. sanggup ibu ikat perut takyah
shopping duit yang baba bagi tiap2 bulan tu so
that ibu boleh tolong baba balik beli barang dapur ke,
bayar bil ke guna duit2 tu. Asalkan anak ibu berada
dalam tangan selamat.
Yana tak tau nak bebel apa lagi, tengok je la