Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 20, 2012

INFO : Bengkung

Assalamualaikum ,


Sebut pasal bengkung mesti ramai yang tau
apa kengunaan nya kan..
Bengung (terutamanya) untuk kegunaan wanita dewasa
yang ingin mengembalikan bentuk badan,
Disamping membantu rahim dan kawasan abdomen
pulih dah kembali ke tempat asal selepas melahirkan anak.


Biasa nya bengkung diperbuat daripada
kain yang tahan lasak dan tidak mudah koyak.
Bengkung boleh didapati dari set bersali
 ataupon di beli berasingan dari orang
yang menjual bengkung ni..








Berikut adalah beberapa persoalan yang ingin anda tahu tentang bengkung...

Perlukah saya bengkung?
Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.
Bagaimanakah ciri-ciri bengkung baik?Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjangmenutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yangkukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul sertaakan tertinggal seperti terlebih isi dan akanpotongan badan. Di bahagian pinggang mengecilsedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasipergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak. 



Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang? Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkungmembersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.

Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan? Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu(seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)

Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya? Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untukmenyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokongdan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja? Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!

Perlukah memakai minyak dengan bengkung? Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.



Jenis2 bengkung yang dijual :-


Bengkung Strap On Lifeline





Bengkung Lilit Mia   





 Bengkung Roda Mia Nipis



Bengkung Tali Mia




Tip memilih saizBagi mereka yang mengandung, boleh gunakan ukuran pinggang sebelum mengandung atau boleh mengukur bawah payudara untuk mendapat anggaran saiz.Ukuran bra tidak sama dengan ukuran bawah payudara. Jika menggunakan ukuran bra, ukuran perlu ditolak 4 inci (contoh ukuran 32 inci perlu ditolak 4 inci jadi 28 inci)


(sumber dari : MyBengkung.Com)





Kalau untuk bayi, tidak dipanggil bengkung,
Tapi BARUT. kegunaan nya untuk
mengelakkan perut bayi kembung..
bukan untuk slim kan bayi ye.. 
heheee, nanti kita buat entri pasal barut pulak ;)




** Yana dah order 1set bengkung
dari Mama Mia. So, sementara menunggu,
ada 2 barang lagi Yana kena ada kan
untuk "ekspedisi" Yana nanti..
Apa barang dan ekspedisi tu? Tunggu dan lihat ye..

1 comment:

IntaNBerliaN said...

bengkung mmg sgt2 pnting :-)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm