Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 12, 2012

INFO : Pertambahan Berat Badan Semasa Hamil

Pertambahan berat badan merupakan satu perkara
yang merisaukan wanita yang mengandung.
Masa mengandung bukanlah masa untuk anda
menguruskan berat badan anda, kecuali anda
mendapat nasihat doktor puan untuk berbuat
demikian. Sekiranya anda termasuk di dalam golongan
orang yang gemuk, cuba kurangkan berat badan
anda kepada yang ideal sebelum anda mula
merancang untuk mengandung.



Pertambahan berat badan yang sesuai -
tidak terlalu rendah atau tidak terlalu tinggi - 
adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin / bayi. Pertambahan berat badan yang tinggi sebagai
contoh akan menyebabkan anda lebih cenderung
untuk mendapat kencing manis dan eclampsia.



Persoalannya, berapakah pertambahan
berat badan yang ideal? Sebenarnya ia bergantung
kepada berat anda sebelum mengandung. 
ecara keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa
pertambahan berat badan di antara 10kg
sehingga 15kg adalah perkara yang normal.
Untuk membantu anda mengawasi berat badan anda,
cuba awasi pengambilan kalori supaya keperluan
antara 250 sehingga 300 kalori setiap hari dipenuhi.
Istilah "makan untuk dua orang" tidak
sesuai untuk diikuti.








Pertambahan berat badan sebenarnya
bergantung kepada keadaan anda sebelum mengandung: 

Pertambahan berat badan yang disyorkan ialah:
Berat badan normal 
(BMI antara 20 sehingga 23):
11kg sehingga 16kg,

Berat badan tinggi / gemuk
(BMI melebihi 23):
7kg sehingga 11kg,

Berat badan rendah /kurus
(BMI kurang daripada 20):
12kg sehingga 18kg,

Sekiranya mengandungkan kembar:
15kg sehingga 20kg.



Secara kasarnya, pertambahan berat
badan setiap bulan boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian utama mengikut trimester:




Trimester
Pertambahan berat (kg)
Pertama (Bulan 1 - 3)
1 hingga 2 kg sebulan
Kedua (Bulan 4 - 6)0.5kg seminggu
Ketiga (Bulan 7 - 9)kurang 1kg sebulan






(info dari : FarmasiAnis)

3 comments:

IntaNBerliaN said...

akak tmasuk dlm golongn 12-18kg.. kikikii

iietamalek said...

congrates...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Kak Intan : kurus? bes ape.. takdelah susah nak turunkan lepas bersalin nanti :)

Kak iietamalek : kenapa congrates? belum rezeki saya lagi :(
tapi akan saya jadikan kata semangat !

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm