Tuesday, July 24, 2012

"AXE Anarchy Island Getaway"

AXE Anarchy Island Getaway


Dengar nama nye aje dah cukup membuatkan aku teruja !! Siapa taknak percutian percuma ke Pulau Carribean bersama insan tersayang ??? Ye, Nuffnang akan bagi pada 2 orang yang BERTUAH !! 

Nak join jugak :)



Aku punyai cara tersendiri untuk memikat wanita, dan aku dah aplikasi kan cara aku tu dekat isteri aku..
Dari hari pertama kitorang bercinta, sampai lah harini, kitorang dah jadi pasangan suami isteri. Kali pertama aku kenal dia, masa kitorang kecik lagi.. Sekolah rendah, kitorang naik bas yang sama .. Masa tu isteri aku nampak eksyen sangat, dia berdiri atas tangga bas, sambil pandang aku amcam nak telan. Bila masuk sekolah menengah, kebetulan masa tingkatan 4 kitorang dapat kelas sama.Tempat duduk dia belakang tempat aku.. Masa tu dia bercinta dengan orang lain, tapi aku selalu kacau dia.. Aku dapat rasa kan dia suka kat aku *blink blink*

Setiap hari aku suruh dia tolong bawak kan balik beg sekolah, aku pergi melepak dulu dengan kawan2. dan aku akan ambik beg tu kat rumah dia... walaupun dia marah, sebab terpaksa bawak beg aku, tapi sebenar nya dalam hati dia suka ! (Aku agak lah, sebab dia rela je kan?) Aku dapat rasa macam aku ada jodoh dengan dia .. Jenis aku pulak, kalau aku nak kan sesuatu memang aku akan usaha sampai dapat ! Hari demi hari berlalu, aku dah tak boleh tahan .. Aku memang betul2 dah suka kat dia, (masa ni dia dah putus dengan pakwe dia), suatu petang lepas balik dari sekolah.. masa tu aku ingat lagi, kat TV tengah mainkan 1 drama Mexico yang kitorang memang suka follow cerita tu.. Dia suruh kawan dia telefon aku sebab dia memang nak sangat luahkan isi hati  .. Dia suruh kawan dia cakap aku nak jadi pasangan aku ! Aku kata boleh .. Tapi aku nak cakap telefon dengan dia, so kawan dia pun pass line kat dia..
Dia : "hello"
Aku : "hello"
Dia : "urm, boleh ke?"
Aku : "boleh apa?"
Dia : "nak couple"
Aku : (sambil ketawa kecil) "boleeehhh"
Dia : (ketawa jugak, malu gila !) "okay, bye"

Terus aku letak gagang talifon, kan aku dah cakap ! Dia memang ada hati kat aku.. Sebab tu dia okay je kan bawak kan beg sekolah aku ! hahahaa
Besok nya, jumpa dekat sekolah dia dah tersipu sipu malu .. Bermula dari hari tu lah hubungan kitorang..
Kitorang jalani hari2 biasa macam budak sekolah lain, bila waktu balik dari sekolah, dia mintak aku hantar dia sampai rumah (aku dah ada motor dah masa ni).. Sampai dekat area rumah dia, dia turun motor dan nak tunjuk aku ni pakwe yang macho dan boleh jadi suami yang baik, sambil aku nak pikat lagi hati dia, aku suruh dia salam tangan aku, cium sekali.. Pergh, mithali dapat awek camni ! Aku dah cakap dalam hati, "boleh buat bini ni" ;)

Hubungan kami berjalan macam pasangan lain, dalam diam, aku jadi terlalu sayang pada dia.. Seminggu sebelum hari jadi aku, dia belikan aku t-shirt LEVI'S, dia naik bas dari rumah sampai Pertama Complex.
Dia bungkus cantik2 dalam kotak, aku letakkan surat cinta sekali gambar dia dalam kotak tu, kat belakang gambar tu dia tulis "Abang, semoga hubungan kita berkekalan selama-lama nya.. I LOVE U" Romantik jugak dia ni !
Pada hari jadi aku, dia berikan kotak tu pada aku, aku buka sambil tersenyum dan ucap terima kasih kat dia.. Gambar dia aku letak atas meja dalam bilik.. Surat cinta tu, aku cakap tunggu aku balik baru aku baca.. 

Kitorang dibuai perasaan yang indah, yelah orang bercinta kan.. Lebih kurang 4tahun bercinta, suatu hari, tak aku duga aku dapat tahu yang dia ada berkawan dengan lelaki lain ! Aku tak faham kenapa, aku jadi marah, sakit hati dan kecewa... yang teramat ! Aku tak dapat terima orang yang aku sayang bersama lelaki lain ! Aku nekad, aku memang betul2 sayang kan dia, dan aku nak dia jadi suri hati aku sorang je, aku nak dia dengan aku sorang je sampai mati ! Aku tanya pada dia, apakah dia masih sayangkan hubungan kami.. Dia jawab ye,, dan lelaki tu hanya kawan biasa.. Aku sedaya upaya nak tawan hati dia, aku belikan dia rantai silver berharga ratusan ringgit, aku bawak dia pergi shopping setiap kali aku dapat gaji, aku bawak dia pergi tempat makan yang dia nak, bercuti...pendek kata semua aku buat untuk dia.. Dia hanya perlu sebutkan je, aku akan usaha kan. Walaupun aku tak ada belanja untuk diri sendiri, yang penting aku dapat tawan hati dia.. AKU MESTI TAWAN HATI DIA !!

Aku sanggup menitiskan air mata sebab dia, ye, memang aku sayang dia.. Dan aku buat keputusan, aku kena lamar dia untuk menjadi milik aku selama nya.. Setelah 7tahun berkawan, duit simpanan aku pun dah cukup, aku hantar rombongan meminang dia.. Aku dan dia ditunangkan selama 6bulan, dan pada 24.9.2011 dia telah sah menjadi isteri aku ! Aku telah tawan hati dia untuk hidup bersama aku, selama - lamanya.. Aku bawak dia ber bulan madu ke Phuket, Thailand 4hari 3malam.. Kami sama2 menikmati saat tu.

Dan kini, aku masih tetap setia menawan hati isteri aku, setiap bulan aku serahkan tugas menjaga kewangan pada dia, aku buat dia tahu yang dia orang penting dalam hidup aku. Setiap kali ada duit lebih, aku akan bawa dia bercuti.. Aku akan suruh dia minta atau tentukan apa dia nak beli, .. Aku akan cuba penuhi setiap permintaan dia.

Dan kini, aku rasa aku layak memenangi percutian ke Pulau Carribean anjuran AXE dan Nuffnang sebab
aku nak bawak dia ke negara luar pulak. Menikmati suasana di tempat mat saleh,  pasti isteri aku mesti akan lebih gembira kalau dia tahu aku buat ni semata - mata untuk dia ... SEBAB AKU SAYANG SANGAT DEKAT DIA.




hasil nukilan : MOHD SYUAIB BIN ABDUL MALEK
(suami kepada NURDIYANA BINTI MOHD ROSDI)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm