Monday, July 23, 2012

Celoteh Yana : Part 37 - Dah Nazak !

Asalamualaikum, 



Selamat Berpuasa hari ke 3, Alhamdulillah, 
Yana masih berpuasa sehingga hari ini. 
Penuh.. Harap2 tak payah lah nak berganti kan.. 
sebab nya ikut date , yana sepatut dah period 21 haribulan. 
Tapi belum ada lagi ni.. Hurm, hormon ni menggila lagi.. 
Ooopps, Yana tak mengandung pun, sebab masih "pantang" :)



Ye, dah nazak ! Apa yang nazak? 
KUOTA BROADBAND ni hah ... 
Sebab selalu tengok video best2 dan 
comel2 korang siarkan, makin kuranglah 
kuota ni.. Dah limit sangat tinggal lagi tak 
sampai separuh MB pun !

kesiaaaaannn, nak tunggu bil masuk, 
kena tunggu 28 haribulan.. Sementara ni, 
kena beli 1GB berharga RM28 
(kira macam topup la).. 
melayang lagi duit nak raya.. hehe.. 
Takpe, En.Suami bayarkan.. 
Terima kasih sayang.. 
Kalau tak topup camne nak blogwalking kan?? 
Rindu tau hari2 nak baca entri korang..




Tadi singgah kat blog Kak Hana ternampak bingka bakar 
atau Yana biasa dengar mak sebut nama BENGKANG ... 
Sedap nya letak bijan makan suam2,,, 
perrgghh sementara nak menunggu dia masak, 
bau dia memang menusuk kalbu ! 
Petang ni dah plan nak buat.. 
Kat sini ada resipi dia kalau korang nak cuba, 


JOM KITA BERBINGKA petang ni :)
Senang je nak buat tu... Campur2, 
blend2 masuk loyang, BAKAR... 

Ni resipi nya :  Resipi Bingka Kak Hana


Selamat Mencuba ! 

5 comments:

umiyumi said...

Salam Yana..
Yana asal dr utara ke? setahu k umi org utara panggil kuih bingka = bengkang :)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

waalaikumsalam kaka Umi, ibu bapa Yana orang Perak. Tapi yana lahir kat KL. Adakah Perak termasuk dalam kategori Utara? jika ya, YA SAYA ORANG UTARA.. Jika tidak, MAAF, SAYA BUKAN ORANG UTARA :)

IntaNBerliaN said...

susahkan bila brtoadband hbs limit..

izla said...

dulu pon waktu pantang kat kampung, beli broadband gak semata2 nak blog. wahaha

Asmara said...

baru saya tau tentang broadband ni. hihi.. dah lama x blk msia x tau sgt prkmbgn di sana. ;D

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm