Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 10, 2012

Celoteh Yana : Part 47 - Tawaran Kerja

Assalamualaikum,



Siapa yang dapat tawaran kerja? Bukan Yana, tapi En.Suami. 
Yana masih kekal di takuk yang sama, 
dan ada berkira2 nak angkat kaki tahun depan 
(kita tengok camne nanti..hehe)..
En.Suami dapat tawaran kerja lain, dalam masa 
yang sama dapat tawaran kenaikan gaji. 
Okay Yana detail kan serba sedikit, kelebihan dan 
kelemahan tawaran berdua ni :-

TEMPAT A (tempat lama)
KELEBIHAN
1) bekerja dengan sebuah family, yang mana BOS 
adalah subjek UTAMA, kadang2 kena bekerja untuk 
isteri, anak menantu dan cucu bos tadi.

2) Gaji adalah lingkungan 1.7K ++ - 2K 
(termasuk OT, elaun dan duit poket)

3) Tempat kerja lebih kurang 40 minit perjalanan.

4) Skop kerja utama : bawa BOS jumpa kawan, 
pergi bersenam, makan2, jalan2, pejabat etc.. 
Bawa ahli keluarga bos (waktu lain) pergi jalan, 
hantar cucu bos ke sekolah, tuisyen, makan2 etc..

5) OT sejam adalah RM 5, tiada life insuran, 
tiada klinik panel, tiada syarikat sebenar. 
Hanya berdasarkan alamat rumah, dan nama syarikat yang di daftarkan untuk perniagaan sewa menyewa kan hartanah




TEMPAT B (tempat baru)
KELEBIHAN
1) bekerja dengan sebuah family juga, yang mana 
ANAK BOS adalah subjek UTAMA, 
kadang2 kena bekerja untuk bos, isteri, dan ibu mertua.

2) Gaji adalah lingkungan 1.9K ++ - 2.5K ++ 
(termasuk OT, elaun dan duit poket) 

3) Tempat kerja lebih kurang 30 minit perjalanan.

4) Skop kerja utama : hantar dan jemput 
anak BOS ke/dari sekolah, bawa isteri/ ibu BOS ke 
tempat mereka mahu, kadangkala outstation dengan 
bos ke beberapa tempat dalam Malaysia beserta elaun dan penginapan.

5) OT sejam adalah RM 10, ada life insuran, 
ada klinik panel, sebuah syarikat besar membekalkan ayam.




KALAU KORANG LAH KAN, yang mana satu korang pilih? 
Untuk jangka masa panjang..

6 comments:

Mooniqueen said...

I choose option B.... Hope can help u... Apa2 pun terpulanglah...tapi bab gaji tu banyak jugak beza... Kene fikir2kan jugak...

izla said...

Of course lah pilih B.
banyak benefit dari A.
yang penting, benefit life insuran dan klinik panel tu.

Aty Fared said...

dah tentu ar B..nampak B tu lebih sikit untungnyer :)

IntaNBerliaN said...

yg b tu nampak lg ok kot.. lgpun lg dkt..

!k@ said...

aah..ika pun rasa yang B tu..lg banyak benefit..kali kena out station pun ada elaun kan..

Asmara said...

Of course la B kan. Dah la dekat tp kenaikan A tu bg byk ke?

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm