Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 7, 2012

Celoteh Yana : Part 58 - Raya Pertama & Kedua

Assalamualaikum,



Raya pertama tahun pertama sebagai SUAMI ISTERI, 
kami beraya di kampung halaman Yana,
Ipoh, Perak. Rumah arwah atuk dan opah, 
yang kini telah menjadi milik Maksu dan anak nya, Jijie.


Aktiviti macam biasa lah, pagi bangun breakfast, 
solat raya, bersalam salaman yang tua dan yang muda, 
menziarahi kubur, dan beraya di rumah arwah makcik saudara (kakak kepada Ayah) suami nya masih ada.




Menjelang petang, beraya ke rumah abang kepada 
Emak Yana di Jelapang, kemudian rumah saudara di 
Kg. Manjoi.. Dalam jam 7 kami dah balik semula 
ke rumah, sebab kebanyakan saudara tiada di rumah. 
Ada yang keluar beraya, ada yang balik rumah mertua dll.

Malam tu, Yana, En.Suami dan 3 orang adik Yana berjalan raya, kitorang ke Jusco Ipoh. Konon nya nak survey harga bateri Black Maria, last2 ke pusat hiburan .. Bawak adik2 dengan Yana sekali bergembira ! hehee, tu pun En.Suami siap ajak tengok wayang, 
Yana tak setuju sebab tak bawak stokin / sweater, nanti sejuk tak suka ! End up kitorang makan kat McDonalds Medan Gopeng :)
sedap, hujan turun renyai2 makan benda panas2 memang heaven ! 




Tamat raya pertama :)




Raya ke DUA !

Kami belum berbincang nak beraya ke mana, bangun pagi sarapan dan relaks2 santai depan TV. anak2 buat hal sendiri, ibu bapa pulak bincang2. Ada yang nak ke rumah saudara, ada juga yang nak ke kedai berjalan raya petang hari nanti. Pagi ni, kami menantikan ketibaan pakcik saudara sekeluarga (suami kepada arwah kakak Ayah tadi) katanya nak datang beraya. 
Tunggu punya tunggu, jam 12 lebih baru mereka sampai. Dijami dengan Hor Fun Kungfu, berselera semua makan, hujan renyai2 kat luar..so sejuk lawan panas, memang ngam ! 


Setelah mereka balik, kami bersantai lagi depan TV (sungguh tak raya kan !) Lebih kurang jam 5, Yana sekeluarga bersiap2 nak keluar. Kami mengemas beg, sebab malam tu jugak Yana dan En.Suami kena balik KL. Esok ada trip ke Pulau Sibu, bas bertolak jam 9 pagi. Manakala, ahli keluarga yang lain berkemas nak pulang ke kampung sebelah mak pulak, kat Kuala Kangsar.




Keluar dari rumah, kami menuju ke sebuah rumah di Simpang Pulai, rumah anak saudara mak. Lebih kurang 2 jam di sana, kami bertolak. Yana ambil jalan menuju ke KL, Ayah memandu menuju ke arah Kuala Kangsar.. Jam pukul 9 lebih waktu tu.



Kami selamat sampai ke KL jam 12 tengah malam.....


4 comments:

Halimaton Hanafee said...

wah beraya ke jusco ye yana..mesti lenggang kan takde org sgt..hehe

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

hai kak Aton, takdelah lengang sangat. ramai juga, terutama nya orang Cina.

IntaNBerliaN said...

yana duk mana yer?..

dkt dgn umah akak je yana beraya ni... parent akak kat cemor :-)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Yana duduk Gombak kak Intan :)
Tapi kampung dekat Gunung Rapat (sebelah Ayah) dan Kuala Kangsar (sebelah Mak)

Chemor?? hehe, depan sikit dari Jelapang ke? Yana taktau sangat, balik kampung biasa nya kalau tak duduk rumah, keluar pun ke Jusco Ipoh tu je :)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm