Assalamualaikum,
Pulau Sibu, Johor adalah destinasi percutian pilihan Yana kali ni, Yana memang suka bercuti. Lagi2 bersama En.Suami,
sebab senang jalan berdua. Dia ikut Yana,
atau Yana ikut dia. Kalau ramai2 nanti serabut lah,
walaupun seronok.
Yelah, orang tu nanti nak pergi sana,
yang ni nak pergi sini, kita nak pergi sinun.
Bila tak dapat kata sepakat, mula lah tarik muka.
Dan segala perbelanjaan adalah sangat senang
di kawal jika berdua :)
Okay, jom cerita pasal trip kali ni !
Yana dah decide memang kami akan pergi naik bas,
perjalanan selama 5 jam lebih dalam bas sangat memenatkan.
Kami bertolak jam 9 pagi, Melalui jalan
KL-Senawang-Kluang-Kuala Rompin-Endau-Mersing.
KL-Senawang-Kluang-Kuala Rompin-Endau-Mersing.
Ada juga beberapa insiden menggelikan hati terjadi,
apabila kami berhenti di sebuah stesen minyak untuk buang air, pemandu bas mula naik ke bas semula setelah turun 10 minit.
Dia memandu bas semula sebenar nya nak ubah parking bas tu,
sebab bas dah block jalan kenderaan lain.
Tiba2 ada mat saleh ni (yang juga ke tandas)
berlari lari mengejar bas ingatkan nak kena tinggal,
kawan dia yang dalam
bas ni pun dah terpekik terlolong
minta driver tu tunggu kawan dia belum naik !
Salah nya pemandu bas tu tak beritahu pun dia nak
adjust parking. Diam je, last2 En.Suami beritau
kawan mat saleh tadi yang driver nak adjust parking
baru diorang senyap,
sambil tergelak cuak kawan dia
kena tinggal .. Kami pun ketawa lah, kelakar tengok
mat saleh tadi .. Bas bergerak semula.
Tak sampai 10 minit
lepas tu, driver tu pun berhenti kat sebuah kedai makan,
yang mana kat situ pun ada toilet.
Cis, kalau beritau awal2
takdelah kami minta dia berhenti tadi kan.
Lepas makan2 30 minit dia bagi masa,
kami teruskan perjalanan. Masuk je Mersing,
kami di turunkan dekat
TERMINAL BAS DAN TEKSI MERSING.
Dari situ kami kena ambil teksi untuk
ke JETI TANJONG LEMAN,
perjalanan lebih kurang 1 JAM LAGI !
Ya Allah, penat nya Allah swt je yang tahu,.
Sesampai ke kami ke tempat parking teksi jam dah
menunjukkan pukul 3 petang,
ada 3orang minah saleh
pun ingin menyewa teksi ke Pulau Sibu,
Yeay ! Ada geng !
Kami sama2 tanya kan harga dari terminal ke jeti.
Salah seorang dari mereka
(yang nampak eksyen sikit) jawab
"RM 220" ! Apa??? RM 220??
Yana terkejut sangat !
Sebab dalam banyak2 survey
Yana buat dari google / kawan2
harga sebenar ialah
RM 80 SAHAJA sekali jalan sebuah teksi !!
Yana pun ada call
PERSATUAN TEKSI MERSING,
PERSATUAN TEKSI MERSING,
mereka pun beritahu harga yang sama
RM 80 sebuah teksi!
RM 80 sebuah teksi!
Minah saleh pun tak setuju.
Diorang mintak RM 60.
Lawan punya lawan,
diorang pun bincang punya bincang
last kata "Best price RM 100 je !"
Yana taknak fikir panjang, sebab masa dah suntuk,
feri dari Tg Leman jeti ke Pulau Sibu
jalan jam 4 petang.
Kami terima, minah saleh pun terima.
Kami naik teksi berasingan.
Yang tak seronok nya, pemuda yang menawarkan
"RM 220" tadi, tiba2 bersuara,
"Pakcik jelah bawak,
DUIT RAYA saya BANYAK LAGI !! "
semasa pakcik teksi bertanya
kan jika dia nak hantarkan kami..
(Tak suka dengan attitude orang macam ni,
kalau ye pun nak CEKIK, agak2 lah kan, ingat kitorang bodoh ke,
kita sama2 orang Malaysia, orang Melayu....)
kalau ye pun nak CEKIK, agak2 lah kan, ingat kitorang bodoh ke,
kita sama2 orang Malaysia, orang Melayu....)
Perjalanan menaiki teksi kena melalui Kota Tinggi,
ke Felda Tenggaroh ... Teksi adalah teksi kampung yang mana keadaan nya dah uzur. Pemandu adalah pakcik2 baya2
ibu bapa kita, yang dah pencen.. 50+ ke atas..
Kawasan jalan adalah lengang. Kiri kanan adalah
tanaman kelapa sawit.
Air cond TAK DIPASANG,
Yana dan En.Suami kepanasan ! Bayar RM 100 tapi macam naik lori ! Sedih dengan keadaan tu, tapi terpaksa tabahkan hati.
Pakcik teksi bawak laju ! Macam bawak kereta F1,
selekoh dia selamba je tekan minyak lagi, tak brek !
Yana dgn En.Suami dah keras dalam teksi tu !
Kami berdoa je supaya selamat sampai.
Dalam separuh perjalanan,
hujan turun dengan lebat,
baru lah pakcik tadi pasangkan aircond !
Tapi keluar bauan serupa IKAN MASIN pulak,
masin2 hapak gitu ! Errr, entahla.
Mungkin dah lama tak dipasang air cond,
bau pun dah lain macam. Tak kisah la,
Yana doa cepat2 dan selamat sampai sudah lah.
Sejam perjalanan, Alhamdulillah kami selamat
tiba ke destinasi .
TANJONG LEMAN JETTY !
Satu satunya jeti untuk ke PULAU SIBU !! :)
Bayar kepada pakcik, ucap terima kasih
dan selamat hari raya
Sebelum kami menaiki bas tadi, dan semasa menaiki teksi,
pihak hotel SIBU ISLAND RESORT ada menelefon
bertanyakan kami, dan meminta kami terus
ke KAUNTER 1 berjumpa staff mereka untuk
mengambil tiket boarding menaiki feri.
ke KAUNTER 1 berjumpa staff mereka untuk
mengambil tiket boarding menaiki feri.
Yana terus menuju ke kaunter,
dan mendaftar dengan staff mereka.
Dah dapat tiket, beg pun di bawa oleh staff tadi,
Yana dan En.Suami lepak2 sementara
menunggu ketibaan pelancong lain.
Minah2 saleh tadi pun belum sampai.
menunggu ketibaan pelancong lain.
Minah2 saleh tadi pun belum sampai.
Sedang elok 10 minit lepas tu, diorang pun sampai.
Kata nya drebar teksi tu berhenti
isi minyak dulu. Sebab tu lambat.
isi minyak dulu. Sebab tu lambat.
Cukup je orang, kami di arahkan beratur
untuk naik feri pulak. Ramai juga yang nak
ke Pulau Sibu, lebih kurang 20-30 orang,
untuk naik feri pulak. Ramai juga yang nak
ke Pulau Sibu, lebih kurang 20-30 orang,
rata rata nya pelancong luar, ada yang datang
berkumpulan dari Taiwan, China dan Eropah.
Orang Melayu tak sampai 10 orang
termasuk Yana dan En.Suami.
berkumpulan dari Taiwan, China dan Eropah.
Orang Melayu tak sampai 10 orang
termasuk Yana dan En.Suami.
Masuk dalam perut feri,
kami mengambil tempat dan
memakai life jacket yang disediakan.
Feri bergerak merentas lautan, menuju ke pulau..
Berada di tengah laut dengan feri yang berbuai
melanggar ombak betul2 membuatkan Yana pening.
rasa nak muntah pun ada. Macam tu lah agak nya
mabuk laut kan, nasib baik Yana rasa sikit2 je.
Lebih kurang 25 minit perjalanan feri,
terlihatlah sebuah pulau yang indah
PULAU SIBU :)
Berhenti je feri di jeti pulau,
hati Yana terlebih dulu meloncat keriangan !
hati Yana terlebih dulu meloncat keriangan !
Impian nak ke sini dah tercapai !
Alhamdulillah...
Kedatangan kami,
disambut oleh para penyanyi yang
menyanyikan lagu selamat datang
(lagu khas Pulau Sibu)
dan 2 orang staff yang menghulurkan minuman.
Aaah, nyaman tekak menghirup
air perahan oren segar.
Sejuk je lalu kat tekak..
Seronok sekali pengalaman ni.
Yana dan En.Suami tarik nafas dalam2,
segar betul udara nya. Minda jadi tenang ...
Kami terus ke kaunter untuk check in bilik.............
(Maaf, penat menulis.
Cerita panjang2 nanti korang bosan lak baca.
Cerita akan disambung dalam
Percutian ke Pulau Sibu, Johor (Day 1 - episod 2)
13 comments:
wah... yana g bercuti yer.. bestnya..
alahaiii sian mat saleh tu.. tapi rasanya kalu akak pun, akak kejar... yela, mesti ingat bas nak tggal jugak kan.. hihi
Sgt suke melancong jugak...ade rezeki mau ajak en donut g cni jugak...:)
Kak Intan : ha ah, dah bercuti panjang kan, alang2 singgah sini :)
Wawa : Ajak jangan tak ajak, memang sesuai untuk family yang inginkan kedamaian ..cewah !
haaaa...tu la..pi holiday tak ajak kita, kan dah kena naik teksi perisa ikan masin! hehehehe...tapi sesekali keluar berdua seronokkan!
Mama Nezha : Ya Allah, lupa awak ada area sana kan.. hehee. tak teringat langsung dalam erti kata "takmo menyusah orang lain" hehe. memang, keluar berdua sangat seronok, takyah fikir kerenah orang lain :)
wah, kerek sunggah driver teksi yg nak caj mahal tu.. mencik!!!
setakat yg zana survey, mmg rata2 kata pasal teksi ke sana "kurang memuaskan"..
seronok betul baca entry cuti2 ni.. ntah bila zana nak sampai ke sana agaknya..
aty teringin nak pergi sibu..ritu dah plan2 nak gi sane..konon2 nak hanimun...tapi tak jadi lak..terus ker pulau perhentian ganu..lepas tu ngandung lak..;p so..nanti2 lar lepas anak dah besar sikit baru plan nak gi sane lak..:)
Zana : memang pun, teksi lama kebanyakan nya. kalau beruntung, dapat lah merasa air cond. kalau tak, kita pun jadi ikan kering dalam tu.
Aty : ooh perhentian pun best kan, tapi banyak obor2.. takut
sis... nampak menarik pulau sibu nih... boleh ceritakan sket kos ke sana? means hotel + pengangkutan?
SyahNURazni : memang menarik... Kos nya boleh di dapati di akhir entri post berikut : http://bilaupttestmulapositif.blogspot.com/2012/09/celoteh-yana-part-62-percutian-ke-pulau.html
Tolong view blog saya, http://mybeautifuljourneydream86.blogspot.com/.
Assalam. Berapa kos feri dr tanjung leman ke sibu?
Kos feri nya dah include dalam pakej yang kami beli masa tu. Kalau nak lebih kepastian, boleh search jeti tg leman
Post a Comment