Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 10, 2012

Celoteh Yana : Part 60 - Percutian ke Pulau Sibu, Johor (Day 1 - episod 2)

Assalamualaikum,


Sambungan cerita dari ENTRI INI :)



Kami check in di kaunter, 
staff yang bertugas memberikan senyuman mesra. 
Yana masih ingat lagi.


Kami di daftarkan di bawah bilik DELUXE, 
dan diberikan kunci bernombor 1003 :)


Lega sangat dapat kunci bilik, 
kami berjalan menuju ke bilik. 
Hujung sekali berdekatan stor simpanan barang. 


Rasa takut pun ada, sebab kawasan belakang 
deretan chalet adalah HUTAN TEBAL. 
Apa pun, kami kuatkan hati, berdoa supaya 
tiada apa yang buruk berlaku. 


Kami jalan berlenggang je, sebab beg kami 
di hantar oleh staff menaiki buggy. 
Ewah, customer jalan kaki, beg naik kereta. 
Tak adil U :)




Sesampai je depan pintu bilik, berdiri je di beranda, 
Yana tengok pemandangan cantik betul ! 
Memang damai... Masuk bilik, segala lelah 
rasa terlepas semua.. Penat perjalanan tak terasa ! 
Letakkan beg dan keluarkan barang2 yang 
diperlukan, Yana labuhkan badan atas katil. 





AMAN , TIADA LAGI HIRUK PIKUK 
YANG SELAMA NI KEDENGARAN .. 
BEBAS ..



Kami mandi, dan bersiap2 nak keluar semula. 
Menikmati keindahan pulau ni, 
ye INDAH adalah perkataan yang boleh 
digambarkan untuk membantu korang 
imaginasikan suasana nya. 



Petang tu, kami bermesra dengan rusa yang 
lepas bebas bermain di kawasan lapang pulau ni, 
beri makan adalah salah satu aktiviti percuma 
yang disediakan oleh pihak resort untuk pengujung. 



Malam menjelang tiba, suasana sekitar kolam 
yang Yana shoot, cantik betul kan. 
Menggamit siapa yang teringin ke sini. 
Rasa nak terjun masa tu jugak. 
Kolam beroperasi dari jam 7pagi - 7malam.




Yana dan En.Suami decide untuk bufet makan malam, 
berharga RM 55 seorang. 
Makanan yang disediakan pelbagai variasi, 

(Cafe Lumba-Lumba)


Ni antara makanan yang Yana ambil, 
kami makan berulang. Semua kami rasa, 
sedap2 belaka. Kenyang sangat2 :)



Dalam jadual aktiviti yang di beri pihak resort, 
jam 9 malam akan ada "moonlight walking", 
tapi punya lah puas kami menunggu, 
rupanya aktiviti di batalkan sebab petang tadi hujan, 
jadi jalan basah dan licin.
Jadi kami buat keputusan berjalan sendiri2, 
ambil gambar dan berseronok :)






Penat berjalan dan mengambil gambar, 
kami ke meja pengurusan aktiviti untuk booking 
aktiviti keesokan hari, 
SNORKELING ke Pulau KUKUS, 
berharga RM 50 seorang selama 2 jam :)



Kami pulang ke hotel jam 11 malam .....


6 comments:

IntaNBerliaN said...

wah.. serius.. cantik nya tempat nih ;-)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Kak Intan : Ha ah, cantik sangat. rasa macam taknak balik !

Zana Adieyza said...

yana, hari tu zana ada gak berangan nak pulau sibu hujung tahun nnti.. maybe kalau jadi, boleh jadikan entry yana sebagai panduan.. trskan review dear..

bab rusa tu mmg nmpk seronok!!!

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Zana : pergi jangan tak pergi, pastikan Zana baca betul2 sebab Yana detailkan satu2 .. seronok tau pergi sana !

iietamalek said...

bestnyerr bercuti...hehe

Wawa said...

bestnye...kolam tu sgt menarik perhatian...hehe...

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm