Assalamualaikum ,
Pagi ke 2 di Pulau Sibu, Yana dah terjaga se awal 7 pagi.
Jerang air menggunakan keetle yang disediakan,
bancuh secawan Horlicks panas...
Capai novel, Black Maria dan cawan tadi,
bawa ke beranda. Ya Allah, indah nya ciptaan mu.
Pagi tu cuaca baik sekali, bunyi2 burung keluar pagi,
cengkerik dari hutan kedengaran.
Yana letakkan cawan tadi di atas meja,
sambil tangan mula memetik shutter Black Maria,
mengambil gambar suasana pagi yang damai ....
Yana labuhkan punggung di tangga,
bawa bersama cawan yang di letakkan di sebelah.
Perlahan2 Yana hirup Horlicks panas tadi,
dan mula membaca novel bersandarkan
tiang kayu chalet. Udara nya segar,
memang sesuai untuk mereka yang JIWA KACAU,
yang inginkan kedamaian, yang inginkan PRIVASI ...
Tiba2, seorang lelaki Bangladesh berbaju biru,
berseluar warna krim, keluar dari salah sebuah
stor berhampiran. Ah, kacau ! Siapa lelaki ni?
Yana bebel dalam hati..
Sesampai nya lelaki tadi di hadapan chalet kami,
dia menegur
"Selamat pagi Puan"
oooohhhh, sweet nya. Rasa macam MEM BESAR,
ada orang menegur di saat aku sedang santai2 .. hehee
En.Suami masih tidur, Yana biarkan,
sambil terus membaca sehelai demi sehelai
novel bertajuk Andai Gerimis Berhenti.
Memang feel habis, rasa tenteram sangat.
Beberapa kali hirup, air Horlicks pun habis,
makna nya Yana kena bangun, kejutkan En.Suami
supaya siap sedia untuk aktiviti Snorkeling
jam 9.30pagi nanti.
Yana masuk ke dalam bilik,
kemas kan apa yang patut, kejutkan En.Suami
dan sama2 bersiap untuk pergi bersarapan dulu,
sementara menunggukan waktu ber snorkeling.
Kami bersarapan sepuas nya ala kadar,
konon nya nak mengisi perut.
Tengok je lah apa yang kami makan,
mengisi perut / memenuhkan perut?? hehee
Jam menunjukkan 9pagi, kami menunggu di lobi.
Datang seorang staff lelaki bertanya kan siapa
yang akan mengikuti aktiviti snorkeling, kami
menjawab Ya, dan mengikuti nya. Dia bawa
kami ke bilik peralatan di mana segala keperluan
untuk aktiviti laut terletak. Dipanggil SPORT CENTRE.
Oh ya, bayaran untuk segala aktiviti berbayar
boleh di buat tunai di meja pengurusan ATAU
di cas kan kepada bilik anda,
bayar semasa check out nanti.
Brader tadi passkan kepada Yana dan En.Suami
gogle dan alat pernafasan, meminta kami mengambil
sendiri life jacket dan 'kaki itik' :)
Dah cukup barang2 semua, dia suruh kami ke jeti
di mana dah ada bot yang sedia menunggu untuk
bawa kami ke Pulau KUKUS ...
Di jeti, kami menaiki sebuah bot kecil, macam ni ::---->
(pemandangan sekitar pulau sebelum bertolak)
(perkara biasa kat sini : TAHI RUSA :) )
Seramai 6 orang termasuk pemandu bot,
3orang lelaki di tempat duduk tengah,
Yana dan En.Suami di tempat duduk depan sekali !!
hehee, En.Suami dah kecut, takut kata nya..
Perjalanan dari Pulau Sibu ke Pulau Kukus
mengambil masa 5-10 minit sahaja.
Brader tu bawak laju,
terhenjut2 kitorang dalam bot tu bila bot
langgar air bergelora. Korang bayangkan bot laju,
open space macam tu, takde pemegang
ke tali pinggang ke, lautan luas kat sebelah,
tengah2 laut pulak, memang adventure !
Yang kelakar nya En.Suami dah berpaut kuat
pada tepian bot, sambil keraskan badan .. Yana??
Apalagi, ketawa besar lah !
Mengekek sepanjang perjalanan !!
Tengokkan En.Suami yang kekecutan !
hahahaaa.. (oops sorry B :))
Sesampai kat pulau, kitorang macam pelik..
Aik, kenapa dia turunkan kita kat pulau ni..
Sebab sebelum ni Yana pergi Phuket,
snorkeling diorang akan turunkan dekat area
batu karang, sambil kita berenang2 tepi bot.
Yang ni lain macam sikit.. Lain tempat lain
cara nya ye tak??
Meh kasi korang tengok gambar.
Balik dari snorkeling jam 12tengah hari,
Yana terus terjun dalam swimming pool !!
hahaaaaa, geram tak leh tahan dah.
Seronok tengok orang dalam pool tu
ter ketek2.. berenang ! Mandi dalam sejam dua,
Yana dan En.Suami balik bilik, bersiap nak
makan tengah hari. Kali ni kitorang ambil ala carte.
Harga di cas mengikut pilihan makanan.
Yana pilih ni
NASI GORENG TROPIKA kot nama dia..
nasi goreng biasa letak telur mata dan popia goreng
RM 18 (rasa nya, SEDANG2 AJA..... =(
Air minum air kosong sejuk je sebab Yana
mintak air buah mangga takde.. =(
En.Suami makan
SIBU ISLAND CHICKEN FRIED RICE kot ...
RM 16 (rasa nya pun SEDANG2)
Air : Honeydew Fresh Juice : RM 12
(errrrmmm, rasa buah sikit sangat, tak pure, air je lebih)
Overall, TAK BERBALOI MAKAN ALA CARTE... Rugi
Balik dari makan, kitorang singgah tepi pantai dulu,
Yana berbaring kat buai sambil baca novel.
Seronok ! Tiba2 dah mengantuk,
sementara nak tunggukan petang nak main2
dengan rusa kitorang balik bilik..
(kawasan memanah)
(kawasan flying fox)
(kawasan tanah lapang
En.Suami ajak Yana pergi join aktiviti darat
macam flying fox, memanah etc
tapi Yana rasa malas lah pulak, walhal tujuan nya
memang datang situ nak join benda2 tu..
Sampai sana, tak berkenan plak. huhuuu
(pemandangan dari dalam bilik)
Balik bilik, kami tertidur sampai jam 5 lebih petang...
Siap2 keluar tengok rusa, jalan2 tepi pantai,
kitorang main congkak kat lobi ...
Habiskan masa santai2 tunggu waktu dinner pulak.
Masuk je jam 7, berpusu orang pergi cafe..
Macam biasa, makan bufet, RM 55 seorang.
Cas ke bilik please :)
Dah kekenyangan, kitorang jalan2 ternampak
arnab comel 2 ekor ni ! Snap2 gambar ..
Sombong arnab tu, asyik lari2 je..
Dah puas buli arnab, kitorang lepak2 main
games kat lobi, kitorang pun balik ke bilik...
Tamat cerita hari ke 2.. :)
2 comments:
yana...awak boley jd penulis novel!hihi...bile bace rase mcm, humangai bestnyeeeee...teru ati melonjak2 nk pergi sane...insyaallah tahun depan la...sbb ujung taun ni mahu ke langkawi...:)
salam yana... boleh story sikit tak ttg buffet dinner tu..
buffet dinner rm55/person. charge utk ke bilik kira rm55x2person or sekali charge rm55 je..?
heee tq yana :)
rin
Post a Comment