Assalamualaikum,
Hari ni, hari terakhir Yana dan En.Suami di
pulau indah ni... Yana bangun seawal jam 8 pagi,
semata mata nak lepaskan gian mandi swimming pool !
Ye, gian sangat. Yana tinggalkan
En.Suami yang tengah tidur, tinggalkan mesej
"Orang pergi swimming pool, akan balik jam 9"
Sampai2 swimming pool, takde orang mandi pun !
semua tengah breakfast, dekat cafe berhadapan
swimming pool. Alamak, cane ni.. Nak mandi ke tak,
ahhhh, mandi jelah. Aku datang memang
nak mandi kan, lalu
keceebbuuurrrrr..
Bunyi air berkocak. Yana berenang
berenang dan berenang.. Tak hirau dah
orang kat cafe tu, memang nak mandi puas2
hari ni last day.
2 kali keluar masuk pool, dah rasa sejuk pulak.
Perut pun dah lapar, terus naik, bilas badan
dengan shower yang ada, jalan balik ke bilik.
Nak kejutkan En.Suami bangun untuk
breakfast sama2. Sampai depan pintu, nampak
seseorang bergerak kat dalam ..
Oohh dah bangun rupa nya dia.
Yana ketuk pintu,
En.Suami cakap
"La, orang baru nak pergi kolam, u dah balik"
Yana jawab "Sejukkkk... "
Yana bilas badan, mandi dan tukar baju
untuk pergi breakfast pulak..
sarapan kami hari ke TIGA :)
Lepas breakfast Yana ajak En.Suami tanya
kot2 boleh sewa pancing murah2,
nak ajak dia memancing..
Kitorang suka memancing
tapi untuk seronok2 jelah.
Takdelah kerap atau gila-gila kan.
Dapat sewa RM 20 2 batang 2 jam,
dan umpan sotong 200gram RM 10.
Yang ni bayar cash saja :)
Dalam perjalanan nak ke kawasan memancing,
ternampak kandang kambing ..
Bau dia... peeerrrrrgggghhh
HAMIS !
Dalam perjalanan nak ke kawasan memancing,
ternampak kandang kambing ..
Bau dia... peeerrrrrgggghhh
HAMIS !
Pergi lah kitorang cari port nak labuhkan umpan,
tunggu punya tunggu ikan tak jugak dapat2...
Masa berlalu, hari makin terik,
matahari makin tinggi menandakan dah
nak masuk waktu tengah hari.
Yana masih lagi bertenggek atas batu kot2
lah kalau ada rezeki umpan mengena..
Last sekali HAMPEH ! dapat ikan kecik
je besar 3jari... campak balik masuk laut
Umpan yang berlebih
Yana campak dalam laut,
rezeki lah ikan2 tu.. jam dah masuk kul 12.
Kitorang pulangkan joran, dan balik ke bilik.
Mandi, berkemas dan tidur sekejap
sebelum nak check out, jam 1.30 petang ...
1.25 petang,
Kami bersiap2 nak keluar bilik,
semua barang dah di kemas.
Tak ada yang tertinggal.
Ucap salam dan terima kasih sebelum keluar,
sebelum pintu di tutup. Kami berjalan ke lobi.
Di lobi, kami check out jelaskan bayaran2
yang di cas ke bilik sebelum ni, dan melepak di lobi.
Menunggu panggilan untuk menaiki bot pulang...
Dalam jam 2 petang, lobi mula ramai
dengan orang yang mahu pulang.
Kami di arahkan pergi ke jeti setelah
mengambil boarding pass menaiki feri.
Lepas 10 minit semua dibenarkan menaiki feri, ..
siap sedia untuk bergerak.
Staff Sibu Island Resort terdiri daripada
penyanyi2, receptionist, store keeper,
waiter/waitress, chef semua nya berdiri
di jeti melambai kami pulang..
Perjalanan balik waktu tu , hujan turun renyai2..
Seakan menangisi kepulangan kami (cewah !!)
Sampai semula ke jeti Tanjong Leman,
dah ada teksi menunggu.
Sebuah teksi kampung yang LEBIH UZUR
dari teksi yang kami naiki semasa datang tempoh hari.
Pemandu nya, seorang pakcik dalam lingkungan 70-an,
air cond tak juga di pasang.
Teksi kali ni LEBIH PANAS,
rasa berbahang. Yana berbaring di seat belakang,
tertidur dalam TAK RELA.....
En.Suami yang setia menemani pakcik teksi.
Yana terjaga bila kami hampir sampai
ke Terminal Bas Mersing. Berpeluh peluh,
basah leher dan kepala..
Bayaran di kenakan kali ni RM 80 ,
BERPATUTAN .. Tiada kompromi ..
Cuma, SERVIS TERUK ..
En.Suami kata, semasa memandu pakcik
tadi seperti tertidur beberapa kali masuk ke
laluan bertentangan, dan memandu pada
kadar 40km/j sahaja,.. Bayangkan cuaca panas terik,
menaiki kereta tak ber air cond dan pemandu
tak berhemah.. Serik !
Nasiblaaaaaa......
Kami sampai di stesen bas jam baru
pukul 4 PETANG. bas akan sampai pada 6 petang..
Apa nak buat 2 jam?? Mati kutu,
sebab kami dah kenyang.. Nak makan2 pun tak
berselera akibat servis teksi pakcik tadi.
Kami duduk2 saja minum air, dan Yana
sambung baca novel. Masa berlalu,
bas tak nampak2 muncung nya. 5.30 petang,
En.Suami bertanyakan kaunter bas
"bas tak sampai lagi ke?"
Dia jawab "kejap lagi sampai lah tu"
Okay, tunggu lagi .. Jam 6 petang
"Mana bas ni?"
Dia jawab "Lambat sikit kot, isi minyak dulu ke?"
Tunggu lagi, Jam 7 malam
"Bas ni nak datang ke tak?
Dah kul 7 ni, esok saya kerja !"
Dia jawab "errr, bas rosak.. kena tunggu"
"Tunggu sampai kul bape??
Kenapa tak bagitau awal2! Boleh naik bas lain"
Dia senyap...
"Habis pukul berapa boleh sampai?"
Dia jawab "kul 9"
Lalu, ramai lah di antara penumpang tadi,
balik semula ke rumah.. Nak tunggukan jam 9..
Kami?? Melepet lah dekat stesen tu,
bernyamukan (nasib baik bukan berAMUKan)...
(OMNIBUS)
(Antara kaunter menjual tiket bas)
(Kaunter tiket OMNIBUS)
Puas di gigit nyamuk, jam 9malam bas sampai juga...
Kami semua naik dengan senang hati,
tak mahu tahu apa masalah bas tadi,
sebab dah teringat kat katil dan bantal kat rumah..
Kami sampai rumah jam 4 pagi,
sebab tolong hantar kan satu couple mat saleh ni,
ke hotel tempat mereka menginap sebelum nya,
alang2 dah lalu satu jalan.....
Sampai rumah, zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
Pengsan !
Keseluruhan nya :
1) SIBU ISLAND RESORT
Layanan : Superb !
Makanan : Sedap !
Persekitaran : Cantik, Bersih !
Staff : Mesra !
Harga : Berpatutan !
2) BAS
Pergi : Bagus, Tepati Masa !
Balik : Lewat 3jam !
3) TEKSI
Pergi : Bolehla, walaupun tak pasang air cond,
masih rasa OK.
Balik : Teruk, teksi lama sangat.
Pemandu tak berhati2. Merbahayakan
penumpang dan pengguna jalan yg lain.
4) KOS PERBELANJAAN (2orang)
a) Hotel, Breakfast, Feri Pergi & Balik : RM 572
b) Bas "T" Pergi & Balik : RM 137 ++
c) Teksi Pergi & Balik : RM 180
d) Makan Ala Carte : 1 x RM 48 ++
e) Makan Buffet : 3 x RM 55 : 330
f) Aktiviti Snorkeling : RM 100
g) Joran & Umpan : RM 30
h) Games (Pool Table) : RM 15
i) Keychain, Air, etc : RM 50
j) Tshirt : RM 50
JUMLAH : RM 1,482 ++
Kalau ada sesiapa yang berminat nak pergi Pulau Sibu ni, Yana nasihatkan BAWA KENDERAAN SENDIRI jika ada lebih dari seorang pemandu. Boleh pandu berganti, kalau penat.
Dan bawa makanan ringan sendiri
kalau2 lapar tengah malam, cafe dah tutup :)
NI LINK RESORT : SIBU ISLAND RESORT, MALAYSIA
10 comments:
ooo yana sk memancing yer... hubby akak pun sk tp macm yana lah gak.. sekadar suka2 je :-)
Hehehe thanks yana bg details expenses..boley buat bajet utk bercuti kat ctu nti...dgr cter yana, mmg nak sgt g sane...hehe
Kak Intan : ha ah, mancing suka2 je :)
Wawa : sama2, silakan lah pergi. mesti rasa seronok sangat :)
hi..i tgh kumpul maklumat nk g pulau sibu ni ;), tjumpa ur blog. just nk tnya, u stay cni utk bpe ari ek??
tq
Unknown : 3hari 2malam. Memang best, private island. Cuma perjalanan nak sampai ke sini agak jauh tapi berbaloi juga
oo..ok,tq. tp u dpt murah gak harga bilik 2 ek..sebb cek website, utk 3d2n rm 800++. u ambik bilik apa??
saya beli ni dekat promo dalam Groupon kot tak silap.. RM 5++ untuk 3h2m 2orang siap makan. Bilik deluxe memang dah termasuk
Best ke x? Kelaka je bila baca. Saya pun tgok kt groupon. Mcm murah. Salam kenal.
salam,,kalau nk pergi pulau rawa ni better ambik pakej or sndiri je? first time nk pergi tpi masih x thu pape.
salam,,kalau nk pergi pulau rawa ni better ambik pakej or sndiri je? first time nk pergi tpi masih x thu pape.
Post a Comment